Saturday, December 31, 2011

Pengakhiran 2011 yang malang

Kalau...

Satu-satunya lelaki yang paling aku sanjung
Satu-satunya lelaki yang aku paling percaya
Satu-satunya lelaki yang paling aku sayang
Satu-satunya lelaki yang paling aku rapat
Satu-satunya lelaki yang aku berharap

Mula bermesej-mesej 'sayang-sayang' dengan perempuan lain.
Padahal perhatian dia pada aku sikit pun tak nampak perubahan
Masih sama macam dulu
Sangat-sangat tak sangka kan?









































Ye, lelaki itu ayah aku.

Boleh faham betapa terlukanya aku sebagai anak bila mendengar berita ni?


Dan perempuan itu berusia 26 tahun, kawan baik mak aku sendiri


Boleh faham betapa terlukanya hati mak aku? Betapa malunya mak aku dengan kawan dia tu?

Mak aku baca sendiri mesej2 ayah aku kat hp kawan dia tu. Nasib baik perempuan itu adalah perempuan baik dan jenis yang tak melayan. Dia dia rasa satu keperluan untuk berterus-terang dengan mak aku. Sebab itulah jugak dia menolak ajakan mak untuk datang ke rumah. (Dia rapat dengan family aku sebelum ni, selalu makan tengah hari kat rumah dan aku rasa ini salah satu sebab ayah aku boleh 'tersuka', selalu nampak , cantik macam artis2 pulak tu. Oh geli untuk memikirkan. 26 tahun. Baya anak sendiri kot?

Entah la. Rasa tawar hati sekarang. Rasa semacam kurang hormon nak bermesra-mesraan dan berlawak jenaka dengan dia lagi. Rasa malas nak layan. Ikutkan hati rasa malas nak pedulikan tapi otak kata ibu bapa perlu dilayan dengan baik. Even dalam hadis pun kata macam2 mana pun ibu bapa tetap ibu bapa perlu dipatuh dan dijaga hati selagi mereka tak menyuruh kita membuat kejahatan.

Sakit hati la. Sakit sangat2. Otak dan hati aku tak senada, tak seirama. Aku yang tertekan, serba-salah.

Luaran mungkin aku akan bereaksi biasa (mungkin lain sikit itupun kalau perasan la) tapi hati aku ni. Rasa jauh sangat2. Rasa curiga ni aku bawa sampai mati kot.


Bila mak aku beritahu tu, aku gelak pura2 macam tak percaya padahal bukti terang bersuluh. Nak buat apa lagi? Takkan nak nangis depan mak?

Pastu bila aku dah balik sini, mak aku tanya nana "Angah kau tak cakap apa2 ke?". Pastu adik aku btahu mak aku yang aku menangis atas bas (malam nak blik Tggnu), terusssss air mata mak aku laju turun ke pipi. Itulah sebab aku taknak nangis depan mak aku sebab aku tahu mak aku bukannya kuat sangat, dia mesti akan nangis kalau tengok aku nangis.

Kalau satu2 nya lelaki yang aku sayang, yang aku kenal betul2, yang aku paling percaya takkan buat benda2 macam ni pun boleh buat macam ni, tell me lelaki mana je yang aku boleh percaya sekarang?

Semua lelaki sama je. Senang sangat berubah hati. Mudah sangat nak tersuka orang lain.

Kalau mula2 awal perkahwinan je smooth pastu dah berusia 40 tahun-50 tahun buat hal, baik takyah kawen macam ni.

Susah kalau kita meletakkan kepercayaan dan rasa sayang yang tinggi terhadap lelaki ni, kelak bila dia buat hal, kita akan terluka sangat2. Aku sebagai anak pun dah terluka sangat2 ni aku tak boleh bayangkan kalau aku di tempat mak aku.

Aku dah la rasa fobia dengan lelaki. Bukan fobia apa, cuma aku rasa lelaki takde kepentingan dalam hidup aku pun. Aku ada family, aku ada kawan, aku cukup happy dengan hidup aku sekarang so lelaki ni untuk apakah? Kasih sayang? Kasih sayang bagaimanakah? Aku tak dapat cari lagi apa keistimewaan lelaki untuk hadir dalam hidup aku sebab aku rasa aku dah cukup kasih sayang, aku tak rasa kosong pun. Dah la lelaki2 yang konon2 nak ngorat aku tu, alaaaa macam la aku tak tahu diorang pun tengah adjust perempuan lain jugak dalam hati berkata 'mari kita tengok perempuan mana yang sangkut'. Heh. Aku tak ingin la lelaki macam ni. Jenis yang senang suka perempuan, suka ramai perempuan pastu kalau aku terima lelaki macam ni sure makan hati la apa la.

Pastu bila jadi hal macam ni, terus buat aku rasa tawar hati gila2 bukan dengan ayah aku je tapi dengan semua lelaki pun. Eh, tak payah la nak bagi rasa cinta pada lelaki ni kan. Sekurang-kurangnya kalau jadi apa2, hati tak la rasa sakit sangat. Aku rasa, kelak kalau aku kawen pun nanti, bukan atas sebab cinta pun. Kawen terpaksa je kot. Kawen je dengan mana2 lelaki pun. Demi memenuhi hasrat sedara-mara yang mengatakan semua anak dara perlu berkahwin. Cettt.

Pastu bila dah beranak-pinak akan aku lemparkan sepenuh kasih sayang aku kat anak-anak pastu bila suami kata nak kawen lain atau mula menunjukkan minat terhadap perempuan lain, aku dengan bangganya dan berbesar hati akan mengatakan "Silakan bang. Silakan." tanpa rasa sedih, berkecil hati mahu pun tertekan. Sebab bukan cinta pun kan so tak mungkin akan sedih. Tapi anak2 biar aku yang jaga. Hahahah. Sekurang-kurangnya ada orang yang akan jaga aku bila aku tua nanti kan?

Oh jangan risau, aku masih anak yang waras. Tapi dalam masa yang sama aku ingin menyedarkan ayah aku. Nanti kalau ayah aku bersuara suh aku kawen ke aku nak jawab macam ni "Malas lah nak kawen". Bila dia tanya kenapa aku nak perli2 sikit "Zaman sekarang ni lelaki bukan boleh percaya sangat, pijak semut pun tak mati. Mula2 ok, lama2 buat perangai, buat sakit hati je pastu asyik bersedih je. So buat apa kawen kalau tak bahagia? ". Ok tak jawab camni sambil gelak2? Tak nampak sangat kan?


Aku benci 2011. Aku berdoa moga hati ayah aku ditetapkan dan tak berbolak-balik lagi. Kan Allah yang pegang hati manusia? Dia ada kuasa untuk itu. Anggap saja ini ujian

Heh, malas nak fikir dah.

Friday, December 30, 2011

Down

Kalaulah kau tahu aku menangis teruk sebab kau, rasa2 nya kau akan berubah tak? Mungkin. Sebab kau tak pernah tengok dan mungkin tak akan sangka aku menangis pun kan.

Kalaulah kau tahu aku kecewa sebab kau, rasa2 nya kau akan berubah tak? Mungkin. Sebab aku tak pernah kecewa seteruk ini dengan sesiapa pun sebelum ni.

Kalaulah kau tahu kepercayaan dan rasa hormat aku kepada kau semakin berkurang tanpa diketahui ke mana, rasa2 nya kau akan berubah tak? Mungkin. Sebab kau sendiri tahu betapa tingginya kepercayaan dan rasa hormat yang aku letak pada kau.

KAU PASTI AKAN BERUBAH. Tapi, mampu ke aku berterus-terang dengan kau? Mampu ke? Kiranya membuatkan kau berkecil hati adalah perkara terakhir yang aku lakukan di dunia ini. Ya Allah, hanya Kau yang faham. Tolong tunjuk jalan terbaik.

Masalah, penat la fikir. Malas nak fikir. Makin fikir makin tertekan.
Kadang2 kita tak perlu nak fikir sangat. Sebab bila kita fikir kita akan membiarkan masalah itu terbelenggu dalam fikiran kita sedangkan kita boleh memilih untuk tak memikirkan.

Tapi kadangkala agak gila bila tak menghiraukan langsung hal ini sebab masalah ni kita terlibat sama dan sentiasa akan terlibat sama. Tak boleh nak elak. Melainkan aku pergi jauh (aku nak pergi mana?). Atau mati. Tu je.

Buatlah lagi. Buatlah. Suatu masa baru kau tahu langit tinggi rendah.

Memang. Memang pusing2 lagu tu jugak. Tapi kau kene sedar selepas ni keadaan takkan sama. Kita takkan sama macam dulu. Perasaan dan hati aku takkan sama macam dulu. Luaran mungkin sama. Itu kau kene terima. Sama macam mana aku terpaksa terima semua benda ini.

Bertahun-tahun aku bina titik kepercayaan ini, semudah itu kau musnahkan. Kiranya kalau kau tahu betapa remuknya hati aku, kau takkan terfikir walau sekali untuk berbuat demikian.

Jangan salahkan takdir. Kau tak boleh fikir semua benda pun takdir. Kadang2 ia mungkin ujian. Ujian buat kau. Kau yang tak kuat nak terima kan? Kau kalah dengan ujian Allah. Kau kalah. Kau tak pernah terfikir kan implikasi semua ni? Pernah tak kau terfikir hati2 yang perlu kau jaga? Pernah tak??????????????

Kau sama je macam orang lain.

Vaviiiii. Aku rasa nak pergi jauh!

Wednesday, December 28, 2011

Unpredictable

Ya Allah, mala petaka apa yang Kau turunkan buat kami. Berat rasa hati ni. Macam nak pecah. Bala apakah ini. Jatuh terduduk mendengar khabar yang disampaikan. Memang, kebenaran itu pahit untuk ditelan. Ya Allah, aku tak kuat untuk ini. Cukuplah setakat ini Ya Allah. Mengapa Kau turunkan ujian sehebat ini? Kenapa? Kenapa? Kenapa perlu mengirimkan derita setelah kau hadiahkan bahagia?

Aku tak marah, cuma aku terkilan sangat. Terkilan dengan diri sendiri. Mungkin aku tak cukup baik yang perlu kau kirimkan peringatan untuk diri ini.

Aku tak paham. Aku tersepit.

Cukuplah setakat ini. Aku tak sanggup, aku tak mampu. Aku taknak jadi pemuram durja hanya disebabkan ini. Aku tak nak tangisan menghiasi malam2 ku. Aku tak nak jadi seorang pembenci.

Kiranya
Kiranya
Kiranya

Pemergian aku dari dunia ini mampu memulihkan keadaan seperti sediakala, mampu menyedarkan, aku sanggup.

Aku sanggup berkorban.

Apa kau cakap ni nadia??

Ya Allah, berikan petunjukMu.

Sekurang-kurangnya kirimkan aku insan2 positif, insan2 yang mampu menceriakan hari-hari ku. Yang mampu membuatkan aku lupa dengan masalah ini.

p/s: Bukan berkaitan dengan cinta. Aku tak ada masa untuk itu

p/s: Nana kata aku nampak kuat. Tak. Tak. Luaran memang aku kuat. Belah hati aku sikit, boleh tengok apa di dalamnya.

Monday, December 26, 2011

Alahai Boss-ku

Boss KL. Lawak nak mampos laaaaaaaaa!

Rasa nak mesej je dia 'Ko ni lawak laaaaaaa'

ahahahahah

Sakit perut aku gelak bila dengar cerita yang disampaikan oleh kelik aku tu. Boss aku mungkin bercakap dengan nada serius, mungkin dia tak sedar benda yang dia cakap tu mendatangkan ketawa di kemudian hari. Nasib baik dia cakap dengan kelik aku, kalau cakap dengan aku? Aku gelak dan2 tu gak pastu sure kene sound sebab main2/nampak tak serius (sebab gelak tyme dia cakap).

Salah satu hint lawak itu adalah sangat kelakar ialah bila aku sampaikan kat orang dengan nada tersekat-sekat sebab gelak+bercakap dalam masa yang sama. Cakap sepatah gelak cakap sepatah gelak bila nak abis ayat kan? Penat tau nak abiskan ayat aku sebab nak cakap tapi nak gelak gak. Bleh bayangkan?Aku gigih la nak abiskan ayat nak sampaikan cerita itu sepenuhnya kat best friend aku sebab bagi aku, lawak harus dikongsi bersama!

Terima kasih boss sebab menceriakan hari saya =)

p/s: Bukan semua orang boleh membuatkan orang ketawa ketika dia bercakap dengan serius, dengan nada yang serius sekaligus tak sedar langsung yang ayat dia boleh mengundang tawa orang, apatah lagi ketawa terbahak-bahak ;)

Sedia je lah.

Boss: Nadia, ko dah buat passport ke belum?
Aku: Belum. Kenapa?
Boss: Apasal tak buat lagi? Kan aku dah cakap dulu? Penat la nak cakap banyak kali.
Aku: Errr. Hari tu bukan belum confirm lagi ke? Kene approval boss atas baru kira confirm kan
Boss: Apa pulak tak confirmnya. Aku cakap kira betul la tu. Ko ni. Apa yang susah sangat? Penat la nak cakap banyak kali. Nadia, benda2 yang aku cakap kene take serious sikit jangan nak main2.

Aku terfikir nak buat passport ke tak ni. Memandangkan aku ada banyak masa, ada baiknya aku buat sekarang. Sekurang-kurangnya kalau tak jadi takpe la, bleh aku simpan kot2 nak pi Singapore jalan2 ke. Hehehe. Sebab kalau jadi camne? Mampus aku kene sound dengan boss aku (macam dialog di atas). Kat sini kadang2 selamba je short notice. Hari ni beritahu suh gi, minggu depan flight pun pernah ada kes ok. Dialog di atas adalah apa yang aku boleh imagine-kan berdasarkan kes lepas2. Ini lah tahap ke tak boleh blah-an boss aku. Benda kecik macam ni lah yang dipebesar-besarkan so nampak aku macam salah, dia betul. Padahal buat passport 24 jam siap tak perlu nak sound2 pun. Tapi dia ni bukan boleh kira, main lepas je mulut. Oh dia sendiri kata mulut dia macam cilaka so paham2 je lah. Ni contoh la. Nak bagi peristiwa betul2 cam tak bape sedap la. Hahaha. Ok nak buat passport esok. Tak kira lah jadi gi ke tak jadi ke cancel last minute ke, aku nak claim gak duit buat passport tu. Huh. RM100 tuuu *berkira*

Wednesday, December 21, 2011

Rasa-rasa

Nape eh. Kalau kat twitter kan, bila orang2 lain update tweet aku rasa macam kadang2 (tak selalu, mungkin 2 kali dalam 6 bulan) tweet itu ditujukan untuk aku, macam terkena kat batang hidung, macam sentap sendiri2. Hahahaha. Aku sorang je rasa macam ni kot. Adakah? Hahaha.

Dulu pernah memang confirm dan sahih ada sorang dari kawan aku ni sindir aku kat twitter (sebab tweet dia berturutan selepas aku, sebaik sahaja beberapa saat aku update tweet, tentang isu yang sama yang ada kaitan dengan tweet aku kiranya dia nak pertikaikan tweet aku tu la), aku rasa macam alaaaa reply je la tweet aku tu kan, takde la aku mcm sentap sebab direct kan tapi bila 'indirect' tu tetiba rasa lain macam, takyah la nak update tweet sambil sindir2 aku kan tapi aku buat donno je.

Eh bosanlah rasa macam ni. Eh bosanlah tweet.

Baik aku bertapa kat Google Reader.

Menjeruk perasaan

Marah

Pastu time rasa marah+benci bersatu (bukan benci biasa2 tapi ni tahap rasa nak cakap 'ba alif ba ya la kau' gituuu) tetiba ada orang pujuk. Lalu perasaan itu bertukar rasa sedih plus tetiba rasa nak nangis (sebab rasa macam ohmaiiii baiknya dia). huhu..

Kenapa kenapa. Kenapa aku perlu berhadapan dengan dua insan yang berlainan karakter. Kan bagus mereka ada satu karakter saja. Be it yang itu mahupun yang itu, i don't mind. Sekurang-kurangnya aku tak perlu membezakan. Aku perasan, perbezaan itu sebenarnya yang buat aku sedih ;(


huhuhu...

p/s: Cerita semalam, tetiba teringat balik. Mujur aku seorang yang walaupun 'cepat panas' tapi cepat pulak sejuknya.

Monday, December 19, 2011

Skodeng

This guy, write about my sis on his blog ;)




This is a story about stranger who become part of my life.

We first met when im doing my diploma in UiTM Melaka. We barely speak but her amazing smiles led to few conversation between us.

I still remember her presentation about breast cancer, she said she was so nervous but she do it well.

Im not good at remembering stuff, so i might forget some important moments, that make us more closer.

She accompany me, almost every night at twitter.

I secretly read her blog. haha :D

but one thing, that makes me afraid of her. Her undying love to Allah. and me just a guy with so much sins to start with.

A few days back, she celebrated her 20th birthday, and i feel so bad that i wasn't there to celebrate the most important event for her and with her.

I still remember that i was suppose to met her, and help her with her assignments, but i texted her, last minute, cancelled the meet up, because i've got some other things coming, and i feel bad for it, im so sorry.

if you read her blog, you can see how sincere she is.

Totally different if comparing to me, talking about unimportant stuff almost all the time.

So i promise to myself that when i've got chance to meet her, i will make the day special for her :)




p/s: Aku ingat lagi pasal budak ni yang nana cerita. Dia tersangat pelik bila budak ni kata dia kagum dengan nana sebab nana macam bagi idea kat dia sikit,tolong2 tambah point budak tu masa budak tu tengah present (like what he write in his entry yang part 'not good remembering stuff tu). Sejujurnya bagi aku benda tu biasa2 (nana pun rasa macam tu).Ala, macam menyampuk benda yang kita tahu. Tapi tu la, kadang2 apa yang kita buat kita tak sedar yang ada orang yang kagum dengan kita walaupun benda yang kita buat tu kita rasa biasa2 je non special at all. Kan Allah yang pegang hati manusia. Dia boleh buat orang suka/tertarik walaupun kita rasa benda tu biasa sangat =)

p/s: Teringat cerita ada sorang tu kagum dengan aku (dia citer kat orang lain) hanya disebabkan aku bawak motor. Heyy, ini zaman moden kot, biasa la girl bawak motor kan

Friday, December 16, 2011

Pertanyaan demi pertanyaan

Kalaulah kita boleh kontrol hati kita
Kalaulah kita boleh pilih untuk tentukan kita nak suka sape
Kalaulah kita boleh memilih

Kalaulah
Kalaulah

Kalaulah kita bagi peluang pun tak boleh nak rasa suka macam mana???
Kalaulah kita still tak boleh nak elak rasa suka macam mana???

Kalaulah perasaan suka itu boleh ditukar-tukar

Tuesday, December 13, 2011

Aberdeen

Pagi tadi boss KL tanya.

“Nadia, aku nak antar ko gi training kat Aberdeen. Ko nak gi tak?”

Kelu gila lidah aku. Kebetulan aku tahu Aberdeen tu kat mana (walaupun tak glemer sampai kawan aku pun tak tau kat mana). It’s UK!

Boss kepada boss KL suruh cari orang untuk hantar training kat Aberdeen, UK. Boss aku bagi nama aku ngan bos T (just two of us) for training purpose (untuk unit kitorang. Kiranya plan dan peruntukan memang ada cuma nak cari orang untuk training kat sana. Yang lawaknya masa boss aku cakap tu aku terdiam tak terkata apa kan (kelu ok!) dia bleh ingat aku macam tak nak gi sebab tu aku diam je. Siap pujuk2 aku suruh gi siap cakap kalau gi dapat experience tempat orang, experience kerja siap cakap dapat claim banyak (satu hari RM500 kalau tak silap). Padahal dia tak sedar aku terdiam sebab terkejut. Hahaha.

Dear boss KL. Tengkiu banyak2 sebab bagi opportunity kat saya =) Saya kalau bab2 gi oversea, laju je, takyah tanya2 la confirm berehhh.hihihi

Tapi tak boleh nak yakin sangat 100 % sebab dulu pernah ada kes antar orang lain sekali last2 tukar orang.

Boss KL dulu la… Sepatutnya dia yang kene gi training kat France, Japan (dulu2, tahun 2008-2009 camtu). Tapi sebab bos atas dia gila nak bercuti free, last2 boss dia yang gila nak bercuti tiket free yang pergi, boss KL ni tak dapat pergi. Padahal yang buat analysis, yang operate instrument bukan boss dia dia tapi dia. Macam tak patut kan bos dia tu??? Sepatutnya bila pergi training ada outcome. Tapi orang gi training balik takde apa2 outcome pun! Last2 dia suruh boss dia yang run (lawak je part ni.hahaha). Tapi last2 tak berjalan pun instrument. Kiranya boss dia gi tu useless je. Gi sana tak faham pape pun.

Disebabkan dia pernah alami situasi macam ni so dia taknak buat orang bawah dia macam tu. Ni yang bagusnya dia ni, ada common sense. Kalau ikutkan la, dia boleh je nak pergi weh (Lagipun dia belum pernah gi UK lagi). Sebab dia boss, ada kuasa untuk buat keputusan. Dia boleh je pergi dengan bos T berdua. Pastu boss T balik boleh ajar aku, takde pe dehal kan. Kiranya dia gi free2 la, outcome pun ada (sebab boss T boleh ajar aku). Tapi dia tak buat macam tu. Dia nak bagi peluang kat aku. Dia nak aku yang experience benda2 tu. Sebab aku yang nak run sample, so dia nak antar aku. Pastu antar bos T sekali sebagai back-up (sebab kebanyakan analysis aku yang buat, boss T dah banyak handover kerja dia kat aku)

Huhuhu ceritanya sekarang. Takut boss dia yang gila bercuti tu tetiba menyebok nak gi skali trip kali ni. Kot la dia gi berdua dengan boss T ke. Sebab boss T boleh ajar aku kan. Tapi dulu dia macam lab manager dan boss unit boss KL boleh la dia nak menyebok2. Sekarang dia dah macam takde kaitan dan takde kene-mengena dengan unit aku so no point la nak menyebok2 kan.

Hermm tak tau la. Dulu budak baru lelaki 3 orang gi training untuk kursus untuk gi offshore (cost RM1980 per head), boleh plak dia nak marah2 sebab macam takde outcome katanya. Ceh dia gi France, Japan tu ada outcome plak? Hhahahah.. Pastu bising2 kata tak cukup orang nak gi sampling kat offshore. Tapi bila boss aku nak antar orang kursus offshore tu bising2 plak. Entah la, dia tu kes nak jimatkan kos la tu. Tak fikir langsung profit dan kelancaran kerja yang akan dapat kalau antar orang gi training apa2 ke.. Nasib boss aku dah dapat approval dari orang yang atas lagi dr orang tu, so lepas la 3 orang tu gi training. Tu yang dia marah tu konon tak melalui approval dia dulu kononnya.

Yang kes aku ni tak tahu la camne. Takut dia involve je. Kalau boss aku bijak skit dia takkan minta approval dari orang tu. Terus minta approval dari pihak yang lagi atas. Hahah. Tak tau la camne. Macam tak berharap sangat kot. Kalau aku tak dapat pergi tu tak lain tak bukan sebab dia la..

Kelakar dengan ayat boss KL

"Ko kene polish skit BI ko tu. Jangan ko gi tapi tak faham apa yang mat saleh tu cakap nanti boss aku tanya sape yang gi Aberdeen tu, Nadia apa outcome, ko pun dok Uuu Aaa Uuu Aaa depan boss aku macam orang bodo tak tahu apa2 kang dengan aku2 sekali bodo sebab antar ko gi sana".

Hahaha. Lawak la boss aku ni! Tolong la jangan cakap lawak macam tu.LOL

p/s: Dia ni agak senang mengeluarkan perkataan bodo la apa la. Even benda2 simple. Tu yang aku rasa lawak tu. Dengar dia mencarut2 dalam phone, buat aku asyik tergelak je.

p/s: Boss KL tak jadi berhenti kerja. Hehehehe =D

Monday, December 12, 2011

Sentiasa dalam ingatan

"Apa specialnya Nadia sampai ko……(perbualan seterusnya dirahsiakan)" tanya seseorang kepada dia.

Jawapan dia membuatkan aku terharu.

Seumur hidup ni, tak pernah kot rasa terharu sangat-sangat sampai ke tahap ini. Especially dengan orang yang aku agak asing dan tak berapa rapat.

Macam nak nangis pun ada neh.

Mungkin sebab dia nampak ‘jahat sangat’ sampai aku tak pernah terfikir dan macam tak sangka dia akan buat benda baik.

Benda baik yang 'orang baik' sendiri' pun tak pernah dan tak terlintas langsung pun nak lakukan



8 December 2011

Terharu banyak-banyak!

(Lately benda ni asik bermain-main dalam kepala aku)

Sunday, December 11, 2011

Yin & Yang

Anda...

Kenapa masih bertanya?

Anda berharapkah?

Atau sebenarnya memberi harapan?

Atau anda sebenarnya tahu tapi 'sengaja' buat2 tahu

Atau mungkin mencuba nasib.

Tidakkah anda pernah terlintas di hati yang...






Yin & Yang,

Takkan mungkin bersatu.

Selagi Yin adalah Yin dan Yang adalah Yang.

Dua itu adalah entiti yang berbeza.

Takkan mungkin disatukan, takkan mungkin bersama.

Walau apa sebab pun.

p/s: Kecuali dengan kehendak Ilahi.


Notakaki: Hatiku terusik. Dengan pertanyaan yang kedengaran ikhlas. Sorry, aku tak mampu nak jawab ;(

Saturday, December 10, 2011

Rahsia

Even serapat mana pun, mesti ada rahsia.

Blog yang ini, even adik aku sendiri pun tak tahu. Dan dia takkan tahu. Dan dia tak perlu tahu.

Identiti orang2 kat dalam ini yang aku lindungi identitinya (demi menjaga keaiban), semuanya berada dalam pengetahuan adik aku sebenarnya (bukan aku yang beritahu).

Orang yang tahu identiti dan kenal insan2 yang aku ceritakan dalam blog aku ni, tak perlu tahu apa anggapan,tanggapan,perasaan & harapan aku tentang insan2 itu. Oleh sebab itu, mereka takkan tahu kewujudan blog ini.

Orang yang tak tahu identiti insan2 yang aku ceritakan dalam blog aku ni dibenarkan untuk tahu apa anggapan,tanggapan, perasaan & harapan aku terhadap insan2 itu. Oleh sebab itu, mereka aku benarkan untuk berada di blog ini.

=)

Dua-dua ada rahsia kan.... dan biarlah hanya aku tahu sepenuhnya rahsia itu.

Boss KL

1) Dia jenis bos yang sangat sangat sangat melindungi anak-anak buah dia. Benda ni aku nampak lepas aku bandingkan sesuatu isu dengan bos2 yang lain. Kawan aku yang berpindah boss (buat sementara) pun dah terasa perbezaannya. It’s preety said that my boss is an amazing boss compare dengan boss2 lain. Bahkan dia akan ‘mengamuk’ kalau tahu ada bos lain/sesapa yang ‘kacau’ anak buah dia. Kacau macam mana? Sort macam buli sampai anak buah dia tertekan (kes macam kawan aku kot. Ni dia tak tahu apa jadi kat kawan aku tu, kalau dia tahu sure dia mengamuk~Semua ni bos T yang btahu). Nasib baik bos aku ni ada gf dah kalau tak bleh masuk senarai calon aku.kehkehkeh *miau2*<--- gedik tetiba

2) Masa aku sakit ari tu. Selalu dia akan suruh aku follow up apa2. Dan dia tahu kalau aku buat follow up mesti tak berapa nak jalan sebab aku ni sape. Pekerja biasa je, lainlah dia , boss, kalau minta apa2 sure cepat jalan. Dia tanya aku aku dah dapat kad perubatan ke. Aku cakap belum. Aku btahu dia nanti aku sendiri call orang KL tu , buat follow up tanya pasal kad tu tapi dia kata ‘TAKPE2, BIAR AKU YANG TANYA DIA’. 2 jam lepas tu dia call aku btahu dia da settlekan pasal tu, dia suruh aku gi klinik cepat2, nama dah ada dalam system.. Wahhh pantas dan efficient sungguh


3) Dia kan aggresif sikit. Orang aggresif ni rajin ‘bising’ kalau tak dapat. Sebab tu selalu apa2 yang dia minta dari management cepat je dapat. Even bos lagi atas daripada dia pun tak seaggresif bos aku dan kata kalau bab minta2 ni serahkan kat bos aku ni padahal orang tu lagi bos (jawatan lagi tinggi daripada bos aku tapi slow bab minta2 ni maklum la orang tak aggresif so takut nak banyak2 bunyi).


4) Ayat yang sama aku dengar dari semua orang. ‘Dia ok tapi bab kerja dia strict sikit’


5) Jenis yang tak berkira sangat. Dia boleh meng-confirm-kan aku tanpa banyak karenah padahal kawan aku yang kerja awal 3-4 bulan daripada aku tak confirm2 lagi sampai sekarang. Huh, berkira betul bos diorang kan? Boss aku terkejut dengar budak yang masuk sebelum aku tak confirm2 lagi..


6) Guide aku dengan betulnya (walaupun disertakan dengan bebelan2 yang tak enak didengar kadang2.hahaha). Dia akan btahu sekian2, tunggu aku cari info dan settlekan je. Kalau bos T, apa benda yang dia suruh aku buat kadang2 aku sendiri tak faham dan aku terpaksa sort it out apa benda sebenarnya yang dia nak.


7) Bersikap bossy. Tapi aku tak kisah sebab dia bos yang caring ;)

7 kelebihan berlawanan dengan satu kelemahan. Dan aku rasa aku boleh melupakan kelemahan itu ;)

Tapi kalau boss aku ni dah takde nanti, sape nak protect aku? Huwaaaaaa. Sob3x..

Dear Boss.. Tempat keje boss yang baru tu ada nak pakai orang tak? Mahu ikut boss...

Friday, December 9, 2011

Lawak

Kelakar gak kalau lelaki 'bahan' lelaki. Diorang macam takde cover2 dah.

Masa tu makan ramai2. Lelaki ini (aku bagi nama samaran Mr X) tengah distribute kuah tomyam daripada mangkuk besar masuk ke dalam 10 mangkuk kecik.

Mr. K: Fuh...Bagus la Mr X ni. Gentleman tu. Kalau aku jadi perempuan memang best la dapat partner, pasangan hidup macam ni...

(selepas 5 saat)

Mr. K: Tapi nak buat teman tidur tak best lah.
Mr. X: Bodoh. *cakap sambil tergelak*

(satu meja gelak!)

Notakaki: Mr. K dengan Mr.X ni memang best friend.

Notakaki 2 : Puas aku fikir apa maksud ayat Mr.K tu. Tapi lama2 aku faham dah. Hahaaha.

Caring

Orang kata kalau nak tahu caring ke tak seseorang tu ialah time kita tak sihat.

Baru aku tahu, wahhhh caring2 gak dua-dua bos aku ni. huehuehue. Cuma bos T nampak caring (tunjuk)lebih sikit mungkin sebab kitorang selalu berinteraksi. Dulu awal2 time dia tak biasa dengan aku (time aku jatuh motor bulan puasa dulu) dia sendiri cakap ngan sorang pekerja lain yang dia 'segan' nak tanya aku. Bos KL yang kebetulan ada kat sini semalam pun ada tunjuk caring gak tapi macam tak nampak sangat.

Next entry, aku ingat aku nak up entry kenapa aku suka bos KL walaupun mulut dia celupar tak hengat. Selalunya mulut type2 gini jarang (tak pernah?) dapat komen positif dari aku sebab bab kata orang 'kerana mulut, badan binasa'. hahaha. Kerana mulut, apa2 yang positif semua letak tepi.hahaha. Tapi dia ni macam special case skit, benda2 positif dia tu yang aku nampak menyerlah berbanding mulut dia tu so mulut dia tu aku just letak tepi je (tahan telinga.haha)

Thursday, December 8, 2011

Malu

Hermm.. Jarang orang judge aku at the very first time berdasarkan point yang aku cakap dan perkara yang aku ceritakan. Selalunya orang judge aku daripada penampilan aku.

Paling tak sangka dia ingat lagi detik pertemuan dengan aku dulu, Dia ingat lagi 'perasaan' dia masa itu, dia ingat lagi benda apa yang aku cakap dengan dia dan paling tak sangka dia ingat lagi 'judging' dia terhadap aku dulu.Judging positive *mari blushing bersama-sama.haha*

Takkan dia tak boleh agak yang kawan aku akan cerita point2 yang dia cakap tu kat aku? Takkan dia tak tahu yang kawan aku tu agak best friend dengan aku so kemungkinan dia akan report benda yang dia cerita tu agak tinggi.hahaha. Tolonglah dia rasa malu. Aku yang mendengar ni pun termalu-malu dah. Aiyoooo...

Wednesday, December 7, 2011

Misteri

Kenapa makin hari makin suka ni? Arghhhhh.

Tambah2 bila dia keluarkan ayat "Berkenan tak?" sambil tunjukkan jari ke arah dirinya sendiri sambil pandang tepat ke arah mata aku. Mungkin dia bergurau (masa tu ada 2 girl lain kat situ) tapi tergamam haku. Hanya mampu senyum (sebab fikir dia hanya mengusik)

Dia macam ada aura. Tuhan, tolong lenyapkan aura ini

"Jumpa dah boyfriend kat sini?"
Straight giler dia tanya!!!!

Nak je aku jawab 'Belum. Kenapa? Nak tolong carikan ke?' tapi memandangkan ada lebih kurang 10 orang kat situ maka aku perlu rasa malu hanya mampu gelak sambil disambut kata oleh orang lain "Kau ni pun, tanya open2 depan ramai orang. Itu kene tanya personal2 la"

Sunday, December 4, 2011

Tweet attention seeker.

Aku kan tak suka tweet yang ala2 attention seeker. Contoh

'Sape suka Aaron Aziz sila RT.'

Tu takpe la, walau kita suka pun kita tak RT, apadehal kan. Suka hati la nak RT ke tak.

Ni yang tahap ala2 memaksa. Tahap kritikal. Contoh.

'Sape Islam sila RT.'

Attention seeker ok? Suka la kot berpuluh RT dia dapat.

Tweet ni ala2 kalau tak RT so tak ngaku Islam la kononnya.

Yes aku mengaku aku Islam tapi aku taknak RT , so what?

*emo tetiba*

Friday, December 2, 2011

Way to go



Tadi kan sharing2 dengan bos pasal satu benda (berkaitan suasana kerja&orang2 kat sini) sambil2 tu selit la pasal bos KL. Tanya dia confirm ke bos KL nak berhenti. Dia kata memang confirm. Huaaaaaa nak nanges!!! Huhuhu. Aku tanya kenapa dia kata ada la hal personal (tapi aku dah tahu kenapa, dari sumber2 yang dipercayai). Pulak tu bos ni bukak satu rahsia salah satu sifat kebaikan bos KL tu. Lagi laaaa rasa nak nanges!

Pastu dia selit2 tanya aku ok ke berbos dengan dia. Dia suruh terus-terang kot2 ada yang tak puas hati. Camne aku nak cakap. Langsung takde rasa tak puas hati ke apa. Instead aku ter-cakap statement ‘bos paling baik di antara bos2’. Wahhh terpuji depan dia sudaaaa.


Bos saya kan.. Sangat cool. Sangat sopan. Sangat baik. Sangat bertimbang rasa. Sangat bertamadun. Eiiii rasa nak puji satu perenggan. Aku rasa kalau berbos-kan dia, keje 10 tahun pun haku sanggup!

Tapi bila bos lain nak konker aku, aku rasa macam aih apahal ni. Dia tak tahu keje aku macam mana, tiba2 nak tunjuk kuasa plak pekes kan. Orang2 macam ni yang buat aku nak resign cepat2 ni. Bukan aku je, kawan aku ni pun! Tapi kitorang aim nak dapat IKM dulu before resign. At least resign dapat something la, tak rugi kan. Way to go!

Tuesday, November 29, 2011

50-50

‘Eiii tolongla bos yang ni berhenti kerja pergi tempat lain cepat2.’

Ayat ni berlegar-legar dalam kepala aku sepanjang kat sini, tapi bila ianya betul2 terjadi, aku tergamam!

Khabar2 angin selalunya betul. Dia hantar surat resign semalam!

Sepatutnya dia nak bagi 24h notice tapi orang KL pujuk2 so sebulan notice.

Sepatutnya aku happy kan. Tapi asal aku rasa macam sedih? Huhu…

Entah. Anggap sahaja ianya rasa kehilangan.

Dia tu walaupun mulut celupar tak hengat (dia sendiri cakap eh, self-proclaim) tapi ada certain2 benda dia bagus. Entah, susah la nak cakap. Kiranya dia ni slack tang mulut celupar, tu je, lain2 semua ok sangat.

Tu kot yang membuatkan aku rasa sedih.

Technician aku pun kata gitu (tak sangka dia pun bereaksi begitu, aku ingatkan aku sorang je yang rasa camtu)

“Boss, jangan marah pulak, just nak tanya je, dengar2 cerita nak berhenti. Trkjut dgr. Betul ke?”

1 minit, 2 minit, 1 jam, 2 jam senyap, mesej tak berbalas sampai sekarang (dia jenis yang akan balas mesej immediately punya type)

Agak2 dia marah ke aku mesej gitu? Berani plak aku bagi mesej gitu kan.Lantak la. Janji aku nak dia tahu yang aku tahu.

p/s: Orang yang aku maksudkan dalam entri sebelum ni ialah dia. See betapa menyampah tahap dewanya aku terhadap dia? Nape tah rasa macam tak berapa happy bila dengar cerita dia nak berhenti.

Monday, November 21, 2011

Cakap tak guna otak


Eiii susah la nak berhadapan dengan orang yang bercakap tak guna otak ni. Sakit jiwa layan orang macam ni.

Bodoh bodoh bodoh. Rasa nak cakap kat dia camni. Aaaaaa. Kalaulah boleh!

Nasib baik la dia sorang je macam tu. Kalau lah ada 2,3 or sepuluh orang macam dia, aku rasa aku dah boleh masuk hospital mental.

Ya Allah, kurniakan kesabaran buat aku.

Eh dia ni macam tak sedar diri ke. Tahu ramai orang tak tahan dengan dia, tak tahan dengan mulut dia tapi mulut masih tak reti-reti nak kawal.

Tak pernah2 aku jumpa mulut macam.... Ya Allah, Dia je yang tahu.

Eiiii tolong lah sedar diri sikit

Eiii tolong la faham


Sunday, November 6, 2011

Aura

Agaknya orang yang mulut manis (pandai bercakap) + ada gaya ni macam ada 'aura' untuk menarik orang kan. Even lelaki pun boleh 'tertarik' (bukan tertarik secara gay, tapi akui yang orang2 macam ni ada 'aura') apatah lagi perempuan kan.

Walaupun kita kata takkan takkan takkan tapi berkemungkinan ia akan masuk secara perlahan-lahan, secara tak sedar, tambah2 lagi kalau hati sedang 'kosong' belum dihuni sesiapa.

Oh Tuhan, jauhkanlah hati aku daripada 'tertarik' dengan orang2 yang mulut manis tapi ternyata dia BUKAN jodohku. Sungguh lah membazir masa. Aku taknak hati aku 'dijajah' oleh orang yang salah dan bukan pada masanya.

And to that person, takyah tarik perhatian aku bleh? Kalau sekadar suka2, buang masa ok.

Friday, November 4, 2011

Semalam 3/11/11

Semalam...
3/11/11...
Seorang rakan baik menceritakan kisah cinta dia yang tak kesampaian (as from now).
Sebak, sebak sangat.
Sebab kisah mereka bermula masa kat uni, dan aku ikuti kisah mereka sejak dari detik pertama lagi.

Pastu kan pastu kan. Tetiba je aku rasa
Mesti best kan, to be someone special to someone others =)
I mean, a man. Wakakaka ;P

Sebelum ni kan, berlambak dah baca kisah cinta sweet tahap diebetes , tapi sikit pun macam tak berapa terkesan. Tapi tetiba semalam 3/11/11, tetiba rasa macam lain. Adakah sudah tiba masanya?

Aku selak balik2 kisah aku dengan lelaki. Macam tak ada. Muahahahaha. Pathetic tak? ;P

Betul la. Aku tak pernah menjalinkan hubungan perasaan dengan mana2 lelaki pun. Even cinta monyet ka skandal ka memang takda.

Sebab apa?

Aku tak pernah bagi peluang kat orang. Sikit pun tak bagi peluang sebab awal2 aku dah letak barrier/cut maka orang2 tersebut tak jadi nak masuk line lalu pergi meninggalkan aku.hahaha. Pastu kan, kalau yang katanya nak berkenalan dengan lebih rapat (apakah? haha) terus aku rasa macam allergic/geli2 an tau, tak tau kenapa.Bukan memilih tau tapi dengan semua pun rasa camni. Ada sape2 bomoh aku ke supaya rasa macam ini dengan semua orang? hahahaha*joke*

Aku rasa macam

1) Aku ni perempuan gatal kalau bagi response? Aiyoyoyo. You need to go counseling session nadia.

2) Adakah aku ni dikira layak to be with someone else? Special to someone else? Seriously? Terasa malu. hahaha. Kelebihan apa je la yang aku ada. Cantik/comel? Berlambak je perempuan cantik/comel di luar sana. Nanti dia jumpa orang yang dia rasa lebih cantik, mungkin dia akan meninggalkan aku. Bijak? Heh klako2, tang mana bijaknya oiii.Nanti dia find out aku ni tak bijak, dia mungkin akan meninggalkan aku. Kemudian apa lagi? Semua2 la. Rasa macam aku ni just another girl takdak pape pon.

Peluang. Heh. Poyo je aku kata bagi peluang tapi mesti 2 benda ni akan muncul dalam kepala aku.

Kalau suka 'lain macam' pernah la jugak kat sorang ni. Tapiiiii telah hilang ditelan waktu. Aku suka sebab ensem je (hidangan mata) sebab tu ianya sementara kot. Aku anggap ianya sebagai 'perasaan sementara'.Sebab kalau suka bebetul mesti ada teringat-ingat kan? Kalau takde teringat2 tu kira sementara lah kan. hahaha.

Boleh tak aku kata kalau orang yang betul, datang pada masa yang betul, dan memang ditakdirkan untuk aku so nanti automatik 2 mende tu takda dalam kepala? Bleh? Hahaha mungkin ye lah kan.

Monday, October 31, 2011

Perasan tak?

{image deleted }

hahahaha! Kbai!

p/s: Ada sebab yang mencetus di sebaliknya.

Sunday, October 30, 2011

Rokok vs Skyline

Sepasang kekasih di kedai makan.


GF : u tau x rokok ni blh wat u cpt mati?
BF : mane ade. Jodoh ajal maut semua kat Tuhan yang tentukan...
GF : hmmmm...berapa banyak u habiskan duit untuk rokok?
BF : satu kotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling...
GF : satu hari satu kotak. seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200... u mule isap rokok bile???
BF : pandai math u ni...dri tingkatan 2. kenape?
GF : skrg u punye umo 24. 24-14=10..
and then RM25,200 darab dengan 10 dapat RM252,000! Banyakkan yang u dah bazirkan dlm tempoh 10 tahun.
BF : so? I ade mintak duit kat u ke nak beli rokok? Tak adakan?!
GF : memanglah takde tapi kalau u tak merokok and u simpan skrg u dah boleh
beli Skyline ke... Evo ke...Subaru ke... semua boleh!
BF : u isap rokok x yang?
GF : Tak yang...kenape tanye mcm 2?
BF : kalau u x isap rokok mcm i...mane Skyline u?
GF : !4#$%^&*

HAHAHAHA. XD

sumber: FB

Tuesday, October 25, 2011

So What

Ada ke bos aku ingat aku nak impress dia.

"Ko takyah nak impress aku la, client tu yang ko kene impress, bukan aku"


Like seriously? Puhlisssssssssssssssssssssss! Tak koser ok aku nak impress2 orang ni. Pastu dia komen pasal aku ber-FYI dengan dia. Eh eh salahkah??? Tak paham aku. Bukan biasa ke FYI ni??? Eeeeeiii tolong la.

Alkisahnya client (Shell yg banyak karenah tu) tanya, camne aku buat dengan sample tu sebelum test dengan instrument. Dia tanya bos aku, memandangkan aku yang buat test tu maka aku tahu la aku buat camne kan. Aku reply kat bos aku (tak cc kat client pun! Just cc bos T je). Aku btahu la sample tu macam ada wax sikit (padahal condensate, tak sepatutnya ada wax, aku pun pelik apasal sample tu gitu). Bila ada wax dia cam keras kan so aku btahu aku panaskan sekejap kat water bath around 1 minute just nak bagi ia cair je kan pastu baru test masuk instrument.

Biasa je kan explanation aku? Itupun dia ingat aku nak impress dia? WTF! Kalau aku nak impress dia, baik aku cc emel aku ke client terus kan. Aku just terangkan detail2 kat dia camne aku treat sample tu. Tu je. Then dari emel aku tu pandai2 la dia jawab dengan client kan (like how bos T did it previously). Apa kene mengena impress2 ni?

Dia kata aku nak impress dia sebab aku bagi detail2 siap dengan mention suhu aku panaskan dan siap btahu berapa lama aku panaskan. Dia kata mana ada dalam method mende2 yang aku cakap tu. Salah plak aku bagi detail2? Dengan dia je pun bukan dengan client.

Nak je aku menjawab "Laaa, ayat tu aku just nak terangkan apa yang aku buat dengan sample tu. Asal, ko rasa ayat tu ko rasa aku nak impress ko ke? Tak koserrrrrrr"

Aku salah sebenarnya, silap sebab tak btahu dia dulu sample tu keras bla bla, pandai2 buat sendiri. Tu yang dia tegur aku tu. Perli2 aku buat ayat bombastic padahallll salah buat. Tapiiiiiiiiiii aku dah biasa dapat sample camtu dan BIASANYA takde cara lain melainkan kene heat dalam water bath. So apa masalahnya wahai bos????? Kalau btahu client awal2 pun dia akan suh panaskan gak. Apa2 pun sample ada lagi. Boleh re-test kalau nak.

Pastu dia kata kalau apa2 jadi dia yang kene menjawab kat client nanti. Pastu dia kata "Nanti ko tengok la aku reply camne nanti"

Bos KL ni kan, sukaaaaa sangat mempebesar-besarkan satu isu macam nampak aku salah gila2! Bos T, rilek je. Tau2 je dia yang reply kan ke client ok (eh, bos KL kata dia yang akan reply, takde pun?). Takde pun bos T call2 aku pun, takde bebel2 kat aku pun. Jumpa aku langsung tak bercakap pasal mende ni seems like, benda kecik takyah kecoh2 gitu. Ni aku suka dia ni. Aku rasa dia seorang yang tak suka memberatkan kepala dengan masalah, berbeza sangat dengan bos KL. Bos KL, kalau anda terus begini, anda akan tua sebelum waktunya. Huh!

Tp bos KL ni kalau tegur aku macam ada trik sikit (aku baru perasan lepas refresh2 balik). Lepas dia bebel2 kat aku mesti last2 di akhir percakapan dia akan macam cakap lembutttttttt je macam errr pujuk? hahaha. Ayat nak manis. Gitulah lebih kurang. Sebab dia marah2 camne pun mesti aku macam takde marah sangat kat dia. Aku rasa biasa. Adakah begini style dia bercakap dengan pompuan? Bak kata diya, sweet talker la katakan.

p/s: Sejurus lepas dia abis bercakap dengan dia dalam call, aku terus cek emel sent item, terus aku delete emel yang aku antar kat dia tu (selalunya aku jarang delete sebab saje simpan). Eiiii geli bila memikirkan ayat aku tu dia kata aku nak impress dia. Yekkkk, geli2! Tak ingin ok nak impress dia. Daripada impress dia baik aku impress client ada gak paedahnya. Takpun baik aku impress bos atas lagi yang menentukan kenaikan gaji aku. Tapi memandangkan aku tak reti nak impress orang soooooooo tak payah! Hahaha. Serius okeh aku tak pandai nak 'kipas bontot orang'.

p/s: Masa dalam area kul 5 petang (waktu balik) aku ada dalam bilik analysis lagi, belum balik. Tetiba terpacul muka bos T kat muka pintu sambil angguk kepala+menunjukkan isyarat ibu jari kanan----> yang membawa maksud. 'Everything ok?'. Aku jawab dengan menganggukkan kepala tanda 'OK!'. Pastu dia dengan muka serius+takde perasaan tu dia lambai2 tangan buat isyarat tangan bubye kat aku yang membawa maksud 'Balik dulu eh'. Aduyaiiii lawak gila, aku takleh tahan tergelak depan dia. Aku citer kat kawan aku, berdekah-dekah kitorang ketawa. Macam kartun la bos T ni! hahah.

Saturday, October 22, 2011

Kontra


Aku suka (bukan suka ehem2 ok!) bos aku yang kat Terengganu (FYI, aku ada dua bos, satu kat trggnu, satu kat KL) sebab dia ni cam ala2 kartun sket. Wakakakak! Eh serius cam kartun je gayanya aku tengok (kadang2). Cam seronok + best je berboskan dia ni. Cool je dalam setiap perkara walaupun perkara itu menyakitkan hati dia.. (even kawan aku dari unit lain pun kata waaaa bos aku ni cool). Dah la kadang2 buat lawak tapi muka serius/cool tak boleh blah. Dah la hensyium muka suci murni macam penyanyi nasyid. Eh? Muahahha, nasib baek ko dah kawen so automatik aku takde tangkap feeling.

Aku takleh elakkan dari membanding-bandingkan dua2 bos ni. Dalam certain2 situasi dengan bos T mesti aku cakap 'Ni kalau bos KL ni, mesti dot dot dot'. Kalau dengan bos KL mesti aku cakap 'Ni kalau dengan bos T ni mesti dot dot dot' . I keep comparing. Sebab dua2 bos aku ni jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh berbeza dari sikap, sangat kontra. Aku tak tahu la camne diorang ni boleh bekerjasama. Hahahaha.

Dengan bos KL ni haihhhh, aku tak berkenan dengan kekasaran dia (siapa yang suka kasar kan). Bahasa yang dia guna masyaAllah, kasarnya sampai tak terduga akal fikiran. Aku rasa macam bercakap dengan salah seorang pelakon filem KL Gangster pulak. Tapi aku perasan kalau dengan aku dia macam berlembut sikit (sikit). Mungkin sebab aku perempuan kot?? Sebab ada sekali tu aku tersilap buat mende, dia sound aku, aku terima dengan hati yang terbuka sebab aku akui memang salah aku. U know, aku jangkakan dia akan tinggikan suara marah aku or at least carut2 sket ke tapi end up dia just tegur aku macam bernada kecewa, tu je. Surprisingly lah kan sebab dia ni kalau marah wajib disertai dengan carut-carutan. Well kadang2 nampak macam kesalahan tu normal dan tak perlu nak dicarutkan pun, tapi nak buat camne, orang yang lidahnya dah biasa MARAH=CARUT DIRECT. Memang gitu lah kan. Tapi takde plak carut2 ngan aku ari tu. Aku rasa salah satu sebab mungkin aku tak melawan. Dia cakap2 aku diam je (sebab memang aku salah kan).

Kalau dia datang Terengganu umpama nightmare bagi aku. Takut ada mende2 yang mengundang kemarahan dia. Luckyly minggu lepas dia datang takde plak mende2 yang dia nak marah aku. Report aku cam biasa la, buat first time so ada la benda2 yang dia komen tapi komen secara lawak je aku rasa, takde plak marah. Syukur2. Hahaha

Bos KL ni sebenarnya ok. Selalu gelak2 je kalau bercerita dengan dia (dia suka bergurau/buat lawak). Buat kerja pun tiptop sampai kene puji dengan client by email. Sangat sangat sangat sangat ok. Yang tak ok nya adalah bila dia marah. Bila dia marah itu adalah bila orang tak ikut seperti yang diarahkan a.k.a buat silap. Tu je. Sayang kan? Tu je yang slack-nya dia, panas baran. Ya Allah, kurniakan lah kesabaran ke dalam hati dia.

Yang membuatkan aku aneh dengan dia tu adalah ada sekali tu (aku duduk berdua je dengan dia dalam bilik meeting sebab nak siapkan report) masa tu ada sorang bos dept lain masuk jap nak cakap something dengan dia, aku sebelah dia je kan opkos aku dengar apa yang dia cakap. Masa tu dia tengah marahkan (sebab bengang) seseorang yang lain kat bos dept lain tu, cam kutuk2 la. Keluar la perkataan dot dot dot. Pastu sebaik sahaja dia cakap dot dot dot tu, terussss dia selit cakap kat aku 'Sorry eh nadia'. Aku rasa macam, errrr perlukah minta maaf? Hahaha. Kira dia ni ada sedikit hati perut la, bahasa kasar/carutan dia tu hanya untuk orang yang bagi dia 'layak' dengar. Bagi aku yang tak de kene-mengena tak salah pape ni, tak 'layak' dapat kata2 kasar gitu so sebab tu dia minta maaf.

So satu je kekurangan bos KL ni. Kelebihan dia? Banyakkkkkkkkkk. Sampai aku pun terkagum-kagum. Salah satunya dia agak take care pasal aku , pasal kebajikan aku (as pekerja dia. Bukan part ni buat aku kagum dengan dia eh, part lain, nanti aku cerita kat entry lain). Tak macam bos T, dia tak bape kisah sangat pasal aku. Bukan apa. Kira bos T ni expect aku bleh independent plus dia tak suka ambil tahu hal remeh-remeh, hal small matter. Kalau bos KL, mende2 kecik pun dia amik kira. Tapi act aku tak bape kisah pun pasal ni. Macam kes wish birthday la. Aku tak ambil hati/tak kisah dengan sesapa yang tak wish (walaupun kawan baik aku terlupa wish, sumpah aku tak amik port langsung) cuma buat siapa2 yang wish tu aku hargai sangat2.

p/s: Ye, bos KL ni adalah orang yang sama dengan orang yang aku ceritakan disini. Kadang2 aku terfikir camne la orang camni bleh ada girlfriend. Out of nowhere betul la. Even kawan aku yang dulu pernah kata 'Orang macam dia tu boleh ada gf ke? Ada ke orang nak kat dia?' pun terkejut bila aku beritahu bos aku tu act dah ada gf (masa duk dua dengan dia tu aku sempat dengar dia jawab fon 'Ello yang, i kat ofis lagi ni' kahkahkah). Camne bleh ada gf? Either dia ni sweet-talker kalau dengan gf takkan marah2 atau gf dia kaki kikis tak kisah dia camne2 pun janji bleh kikis duit atau sebab dia ni jenis prihatin@ayat manis je sebab tu girl suka even dia selalu marah2 camtu sekalipun.

p/s: Setiap kali aku pandang bos KL, aku berdoa dalam hati, semoga aku tak dapat bakal suami macam dia. Setiap kali pandang bos T, aku terdetik moga suatu hari aku dapat bakal suami yang cool macam dia =) Ye, rasanya aku boleh bertolak ansur dengan orang yang tak berapa care (aku orang yang cukup kasih sayang so kalau orang tak berapa amik berat dengan aku pun , aku tak amik port) tapi aku tak boleh bertolak-ansur dengan orang yang panas baran.

Thursday, October 20, 2011

Hati yang terusik


Sweet kan? Aku tak tahu la sama ada bila aku senyum tu aku pernah menyentuh di sudut hati orang tak selama ni.

Wednesday, October 19, 2011

Aril

Tengah membincangkan watak Aril dalam Cinta Elysa.

Kawan: Ada ke realiti watak Aril dalam dunia sebenar ni?
Aku: Laaaa, apa plak takde nye.. Tu dot dot dot
Kawan: *senyum* aah la...
Aku: Kadang2 rasa macam nak tanya 'Ko kalau ngan GF ko memang selalu marah2, garang2 camni ke? Ke dengan GF lain sikit, macam split personality, romantik lebih?'
Kawan: *tergelak-gelak*

Oh teringinnya nak tahu, jadi gf dia untuk 1 hari je cukuplah, nak tengok camne. kahkahkah

Sunday, October 16, 2011

Having fun

-Wtc runtuh bila eh?
-11 September
-Eh mana, 9 haribulan 11
-11 September la. 11 haribulan 9 (3 orang menyokong)
-9 haribulan 11 la (yang sorang masih lagi tak mahu kalah)
-Mana ni. 3 lawan 1 ni. (yang 1 masih tak nak kalah)

Bla bla bla…..(Selepas lebih kurang 2 minit berbalah last2…)

-Ye la tu. Dia serang 11 September. 9 hb 11 baru runtuh. (muka serius dia cakap, time ni aku dah gelak dah)
-Haaa ye lah tu. Serang 11 September, tapi dok runtuh lagi. Hok 2 bulan lepas tu baru runtuh.(muka serius jugak)

(semua 5 orang gelak gila2)

Aduyaiiii, sakit perut aku gelak. Budak2 laki ni agak kretip dalam buat lawak. Diorang ni menceriakan hari2 aku. Tambah2 lagi sekarang platform shutdown maka bertambah ramailah budak2 offshore kat lab. Meriah. Dok gege je buat lawak.

Tu yang aku suka kerja ramai2 orang ni. Macam2 karenah. Karenah yang tak best aku buang tepi, aku amik yang best2 je.


Alamak, esok bos datang, takleh nak gelak sakan dah. Huhu…

Friday, October 14, 2011

Tak selamat

Entah, rasa tak selamat plak menulis di sana.

Gambr2 aku (kat layout, malas giler nak tukar) dan tak ketinggalan gambar yang lepas2, membuat aku rasa 'keterbukaan'. Tak best.

Sini selamat ;)

Sunday, October 9, 2011

Banyak main?

Abis la. Aku dah kene mark ‘banyak main’ dengan bos aku.

Semuanya gara2 bos aku ingat aku buat lawak/bergurau. Padahal aku mana berani hoi nak berlawak dengan bos aku yang garang ni. Aku biasanya kalau nak berlawak pun dengan orang yang aku rapat/rasa selesa je.

Ni semua gara2 aku selalu bagi jawapan mengarut/totally salah kalau dia tanya pape soalan. Jawapan tembak la kiranya. Out of nowhere punya jawapan. Aku kalau jawab spontan tanpa berfikir or memang tak tahu, camtu la. Aku selalu perasan setiap kali lepas aku bagi jawapan yang salah tu mesti bos aku gelak pastu cakap ‘Banyak la’ pastu explain2 jap bagi jawapan yang betul pastu sempat cakap sket ‘Main2 eh?!’ (OMG dia ingat aku main2??!!!). Aku da macam keliru gitu, bila masa plak aku main2 neh.


Masa ada sekali tu briefing tu kan. Orang yang briefing tu tanya aku apa maksud ayat perenggan tu. Masa tu aku pun tak tahu dan masa dia baca tu pun aku memang berhajat nak tanya dia pun maksud ayat tu, bila dia tanya tu aku jawab ‘Hermm…(fikir 10 saat). Haaa. Baru nak tanya ni’ . Tak ingat exact ayat, kira aku tanya dia balik la. Pastu tetiba semua kat situ gelak termasuk bos aku skali. Eh eh, lawak ke? Tolong la. Tak lawak pun apasal semua gelak. Aku tertoleh kearah bos aku. Bos tengah pandang aku sambil bersisa ketawa dan cakap ‘Banyak main nadia ni’.

Eeee bahaya lah bos aku ni. Len kali kene hati2 sket. Tapi nak hati2 camne. Keyword is, aku serius neh bila masa plak aku huhahuha berlawak dengan dia?

So lepas ni adakah aku perlu senyap???

Saturday, October 8, 2011

Out of nowhere

Mr. K ni kan, suka sangat cam ala2 gosip aku dengan dia. Euwwww. Eh menyampah gak kekadang tapi buat senyap je la. Mentang2 lah aku satu2nya girl yang selalu kene deal dengan dia n dia pun tak kawen lagi (kalau still camtu, takyah kawen pun takpe kot, buat naya kat pompuan je nanti) pastu Mr. K nampak plak dia tu macam ‘care’ pasal aku. Dah la asyik bercerita pasal dia tu kat aku. Ada sekali tu tyme makan ramai2 dengan auditor, masa tu cakap pasal apa tah, out of nowhere tetiba terkeluar ayat dari mulut Mr.K bisik kat aku “Ke dia future husband mu?” Ya Allah, kalau aku tengah minum sure menyembur-nyembur dah. Dalam ramai2 orang kat situ nape la mesti nama dia yang terkeluar. Kat mulut aku cakap “Eh eh apasal tetiba je sebut nama dia plak ni”

Tapi dalam hati berkata

‘OMG?? Aku sanggup mati la daripada kawen dengan dia.’

Minta simpang la. Tak pernah terfikir plak aku, pastu bila Mr.K cakap camtu biasalah kepala aku mulalah imagine kan. Memang tempah maut je kalau aku involve dengan dia tu. Kalau pasal pekerjaan je takpe sebab dia professional sket tapi kalau luar daripada tu memang kirim salam laaaa. Since ayah kenal dia, aku cerita la sket2 kat ayah. Ayah pesan suh hati2 dengan dia, sebab kata ayah, dia tu 'lain macam' sikit. InsyaAllah, akan ingat pesan ayah.

Kalau aku ada dua je pilihan sama ada pilih dia atau pilih mati, aku rasa baik aku pilih mati.

Rasa itu cukup kot menggambarkan betapa dasyatnya dia.

Huaaaa nape lah aku kene deal dengan dia ni. Mencikkkkkk *pasrah dengan nasib diri*

p/s: Eh, blog ni macam blog khas untuk mengumpat dia plak. Errr anggap sahaja ini luahan yang tak boleh diluahkan secara terbuka dan beridentiti.

Friday, October 7, 2011

Makin lama.....

Makin lama, makin banyak aku tahu tentang dia, latar belakang dia, makin takut. Oh myyyyyyyyy. Kenapa la aku kene mengadap dengan orang macam ni. Kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Ya Allah, bantulah aku! Tak kiralah dari segi apa pun. Tolong! Hanya Allah je boleh tolong aku.

Thursday, September 15, 2011

Unknown

Blog ini dimulakan dengan 'unknown identiti' dan aku mahukan ia berakhir dengan unknown identiti juga.

Dan akan berterusan ;)

Saturday, August 13, 2011

Kutub utara kutub selatan, moga ianya bersifat sementara


Kutub utara kutub selatan. Macam….magnet!

Dia jauh daripada aku, tapi bayangnya ada di mana2. Baru semalam TER-masuk dalam mimpi aku (dah 2-3 kali rasanya tapi selalu aku ignore malas nak ingat). Dalam mimpi semalam apa dia buat tah kat majlis perkahwinan sepupu aku, tapi yang herannya aku tak terkejut plak nampak dia kat situ.

Setiap kali kalau bercakap face to face dengan dia, rasa nak tengok mata dia lama2, tak nak lepas walau sekejap. Tah nape tah. Macam magnet. Nak kata suka, tak suka pun, just natural (aku sangat pasti dengan ini). Just suka tengok mata dia. Mungkin bentuk mata dia cantik, mungkin mata hitam dia bercahaya macam pakai contact lense, mungkin bulu mata dia melentik, mungkin mungkin. Aku pun tak tahu kenapa ‘mata’ dia seperti magnet bagi aku. Senyumannya pulak, manis sungguh. Tambah2 dia jenis yang suka senyum. Tapi tak hensem pun dia, jauhhhh dari ciri2 yang boleh aku kategorikan sebagai hensem (hensem lagi mamat yang muka ala Chinese look tu (Mr Sk & Mr Z juga tapi tak tertarik plak aku dengan yang hensem2 tu). Pernah dulu2 sekali terkantoi ‘khayal’ sebab dok tengok mata dia je. Macam mengelamun. Agak2 dia perasan tak? Astaghfirulahalazim, moga dijauhkan segala fitnah..

Nak kata selalu jumpa yang memungkinkan semua ini (macam aku suka Mr.A dulu, sebab selalu jumpa), tak plak.Sebulan sekali kot.


TAK SUKA tapi tertarik. Bukan tertarik sebab suka tapi just tertarik (ayat samyvellu sila buat2 faham)

Nak kata tertarik sebab hensem, dia tak hensem pun woi.
Nak kata tertarik sebab peristiwa ala2 hindustan macam kisah aku dengan Mr. A dulu, takde pun.

Jadi kenapakah?

Sungguh aku tak mahu membenarkan perasaan ini berterusan. Perasaan teringat-ingat selalu. This feeling was totally wrong. Sebab sebab sebab…


Biarlah rahsia

Semoga ia hilang perlahan-lahan ditelan waktu.

Semoga perasaan ini bersifat sementara. Moga dijauhkan. Amin.

p/s: Tak nak rasa 'tertarik tapi tak la suka pun, just natural' bertukar menjadi 'tertarik&suka tapi taknak mengaku'.

Saturday, July 30, 2011

Kerja

Semua orang tanya aku aku tension tak setakat ni kerja kat sini, kat tempat baru ni. Jawapan aku tak. Tak sama sekali. Cuba cakap apa perkara yang paling meresahkan dan merisaukan dan mentensionkan selain tak dapat menunaikan solat 5 waktu dengan sempurna??? Mind to tell me??? Aku boleh terima tekanan, aku bebel2 pun aku boleh je teruskan tapi aku tak boleh terima kalau tak boleh melakukan ibadah wajib tu dengan sempurna. Aku tak boleh tolenrasi tang ni. Rasa macam pekerjaan aku tak berkat, rasa gaji yang aku dapat tak berkat.

FYI, aku citer skit pengalaman kerja aku yang lepas. Disebabkan peraturan dan waktu kerja yang pelik, kitorang hanya dibenarkan solat 15 minit je (termasuk bukak tudung amik wuduk semua). Kau bayangkan macam mana. Nak berjalan ke toilet lagi, bukak tudung lagi , wuduk lagi, nak berjalan ke surau lagi. Tu tak kira lagi kalau tetiba sebelum wuduk tu tetiba rasa nak gi toilet ke kan. Macam tergesa-gesa gila. Solat pun kene cepat2 takut lebih masa. Tak tenang ok. Itupun dalam ramai2 yang keje situ 1/10 je aku kira yang menunaikan solat. Yang lain2? Yang lelaki takkan uzur kotttt???? Sampaikan bila ada masa2 tertentu aku bleh terlepas waktu solat sebab busy sangat+kepala serabut dengan customer+call sampai berjam.

Bila jadi camni, aku rasa pressure betul tang ni, sedih betul aku rasa cepatlahhhhh aku dapat kerja yang aku boleh solat dengan sempurna.

Maka bila berada di kesempatan job yang membolehkan aku solat dengan aman+sempurna, aku rasa syukur gila2. Sebab tu aku happy nak mati! Apa2 tekanan tu aku boleh ‘ignore’ je, tak amik port sangat. Sometime, ignorance is bliss kan??

p/s: Setakat ni aku belum rasa tekanan secara official lagi. Ke sebab aku dah biasa dengan tekanan so aku tak classify tekanan itu adalah tekanan? (ayat samyvelu). Kalau ada pun yang kene kerja kul 12 malam tu la. Kapal kargo yang bawak sample tu mendarat kul 12 malam, kul 12 malam tu la gak kene get ready perform analysis. Aku selamat kali ni sebab aku buat muka kesian kat partner aku sekarang ni kata aku naik motor, takut plak bawak tetengah malam buta kan (lagipun dia lelaki, takkan nak tumpang gi sesame ngan dia kan. Kalau BF, takpe lah kan. KAHKAHKAH gila kau). Lain kali bila Sya da masuk, aku naik kete dia dan kami sama2 satu unit maka kene la stay sama2 buat analysis, so memang takde alasan dah pasni. Tapi actually aku biasa je kerja sampai 12 malam. Kerja yang sebelum ni maksud aku. Kerja shift paham2 je lah kan! Should be no problem la kan kerja at 12 midnight??

p/s: Aku dapat rasakan bos aku saje amik geng aku kerja sekali sebab kalau jadi macam ni boleh keje sama2 even lewat malam kan. Nampak macam dia risau gila bila aku cakap aku bawak motor, dia kata suh amik keta nanti (ni dia kata masa kat interview dulu hehehe caring tak bos aku? ;P~Tapi memang aku berhajat nak amik kete pun ujung tahun ni InsyaAllah) Perempuan lagi pun so takde masalah la nak keje sama2 even tengah2 malam kan. Kalau lelaki tak ke rasa macam ‘berdua-duaan’ gituhhh? Hishhh. Bila aku cakap partner aku girl, terkejut si partner aku sekarang ni. Sebab biasanya 1 girl+1 boy untuk chemist kat onshore untuk unit aku ni (sebab dia akan keluar dari unit ni so tinggal dua2 perempuan?? Tak pernah2 sebelum ni dengar cerita). Sebab yang boy tu depa nak buat spare kot2 ada keje kat offshore (biasanya tak lama pun, paling lama seminggu sekali pergi). Girl takkan gi offshore kan? Entah aku pelik gak tang ni. Sebab tu aku rasa bos aku ‘sengaja’ buat gini. Mungkin dia ada plan lain untuk re-arrange pasal offshore tu. Macam ari tu sepatutnya partner aku tu kene gi offshore tapi sebab dia memang dah kat offshore dah tyme tu (atas urusan lain) so bos aku minta chemist unit lain ganti partner aku tu. Aku rasa kalau ada apa2 hal kat offshore memang dia minta chemist unit lain gi kot sebab takkan nak hantar girl pi offshore kot. Tak pernah ada dalam sejarah. hahahah

A word

‘Astaghfirullahalazim’

Tetiba je spontan aku tersenyum mendengar ayat itu yang datangnya dari mulut dia (masa bercakap di telefon dengan aku ari tu, gila nak senyum depan dia!). Rasa macam ehhhhhh? Tak sangka gilaaa! Terasa masih ada sisa keimanan? Errr faham2 aje lah! Semoga ia bertambah dari hari ke hari. Amin =)

Friday, July 15, 2011

Budak nakal

AMARAN : ENTRI INI PANJANG

Sebenarnya aku tersentuh sangat baca ayat Kak Di ni

"Kalau Tuhan dah kata kita kena berhijrah sekarang, sekarang jugak lah kita dibukakkan hati untuk berhijrah. Takde delay seminit dua dah. Tapi kalau kita nak diuji Allah, anytime je kita boleh tersungkur walau sekuat mana pun kita rasa iman kita. Jangan sesuka hati menilai iman orang. Iman kita, hanya Tuhan je yang tau." (Kak Di, 2011)


Ia mengingatkan aku kepada seseorang. Yang aku harap moga dia dapat hidayah untuk berubah. Sebab… dia dasyat sangat! Aku jadi takut! Takut dekat dengan dia. Tapi terpaksa dekat dengan dia. Acane tu? Doakan aku selamat di samping dia bleh?

Aku: Dia ok ke? (cubaan mengorek maklumat)
K: Dia ok je. Dia ok. Tapi tu la, dia belum dapat hidayah lagi tu. Dia tu..kira ketua skinhead tu masa sekolah dulu tau, antara budak2 nakal la. Dulu2 kan skinhead ada kat kawasan mana je, Melaka, (ok aku sempat tangkap Melaka je). Satu sekolah dengan aku dulu tapi kitorang just gitu2 je tak bertegur sangat. Kalau kau, kau join ke grup2 skinhead2 ni?
Aku: *Geleng2 kepala sambil senyum. Skinhead? Gila. InsyaAllah, putus nyawa pun aku takkan join*
K: Panas baran tu ada la skit2 kan, ye la orang tak semayang kan ada la skit2 benda yang dia tak bleh kawal dalam diri dia. (pastu lupa dah apa benda lagi yang dia cakap)

Dia itu. Can u believe? Aku sendiri macam tak percaya mendengar sejarahnya. Dia. Ketua budak2 skinhead masa zaman sekolahnya. Dan kini, aku berhubungan dengan dia secara langsung! *pengsan*

Honestly first2 masa jumpa dia dan bercakap dengan dia, aku macam a bit confused. Dia ni melayu ke tak eh? Haaa gitu. What do u expect? Muka bukan pure melayu (macam peranakan apa tah yang pasti sekali pandang susah nak kata dia melayu) and penampilan dia errr, ada tattoo (perkataan bercorak seni siap ada merah2-effect darah kot?) di kedua-dua lengannya menambahkan lagi ke-taksangka-an-melayu itu. Sekali dengar nama penuh eh eh melayu rupanya, tak sangka, takde bunyi Inggeris pun pada namanya. Hermmm, aku jarang jumpa orang type2 macam ni dan bagi aku orang macam ni unik. Sebab berani beridentiti begini di kalangan orang2 yang tak macam dia . Dia the only one. Faham kan?. Dia berani menunjukkan dia begitu, langsung takde sembunyi2 or tapis2 lagi. Selalunya orang akan buat jahat secara sembunyi2 especially bila berada di kalangan orang yang tak macam dia. Penampilan pun gangster abis. Tu baru penampilan, tak masuk ‘inside’ lagi. Lagiii dasyat aku dengar.

Yang aku bertambah pelik tu, kenapa orang macam ni pun ada di industri so called professional ni? Kenapa?? Bukan orang macam ni ala2 takde tujuan hidup, malas nak belajar apatah lagi nak bekerja? (mahap banyak2 sebab men-judge tapi majority begitu tak pernah aku jumpa yang tak begitu). Dia ada career yang bagus&stabil, ada masa depan yang cerah, bijak (kalau tak bijak takkan boleh kerja bagus kan?) dan sepatutnya boleh tahu beza baik buruk tapi mungkin sebab terpengaruh dengan orang ke atau sebab selalu pergi oversea ke apa (pengaruh persekitaran), maka dia jadi terpesong. Ditambah dengan kawan aku ada cerita pasal dia yang katanya dah jauh menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar (kawan aku kenal dia dulu daripada aku dan ye, dia berani menunjukkan ke-tak-baik-an dia). Menggigil aku membayangkan kemungkaran dan kemungkinan kemungkaran2 yang dia lakukan (masa 1st tahu). Rasa berdebar-debar sebab err dasyatnya dia! Oleh kerana rasa ingin tahu yang tinggi , aku taip nama penuh dia dan search kat facebook dan walla! Jumpa ok profile dia (lucky dia tak private profile!). And melalui itu, aku boleh nampak memang benar dia begitu. Dia memang betul begitu. Takutnyaaaa. Ingatkan setakat tattoo kat tangan je, tapi lebih dari itu rupanya. Aku jadi stalker (dia tak aktif FB sebab busy tapi ada la sisa2 yang kat situ yang boleh aku baca). Baca komen2 dia kat orang lain, status dia, tengok gambar2 dia. Memang mengucap panjang tengok gambar dia. Sape ada perasan update twitter aku ‘Astaghfirullahalazim’ tu? Hah! Sebab dia lah!

Ayah aku pernah jumpa dia. Macam biasa persepsi orang tua “Tak elok lah dia tu”, kata ayah sambil menggeleng-geleng kepala. Of course sebab tattoo kat tangan dia tu. Nasib baik bukan calon menantu, kalau ye confirm kene reject!

Oleh kerana dia memberi ‘sinar’ dalam hidup aku, jadi aku rasa dia antara orang berjasa dan penting dalam hidup aku . Maka dengan itu aku harap sangat2 moga2 dia berubah. Berubah ke jalan yang benar. Harap sangat2. At least kalau dia tak betul2 menghayati ajaran Islam dari segi pengisian rohani sekalipun, tak melakukan yang wajib sekalipun, sekurang-kurangnya jika dia meninggalkan kemungkaran2 yang dia lakukan, aku dah sedikit senang. Hidayah Allah juga datang perlahan-lahan kan?

Tak dinafikan bila tahu dia ‘begitu’ hati rasa tak tenteram sangat. Rasa macam Ya Allah, kenapa la dia macam ni. Kenapa la orang macam ni yang berkait dengan aku, kenapa la dia orang yang aku perlu berurusan secara langsung, kenapa la aku dipertemukan dengan orang sebegini. Kenapa la antara orang yang memberi sinar dalam hidup aku adalah orang type macam ni. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kontra sangatttt. Rasa tak suka, tak suka dan tak suka. Aku pernah dengar (hadis or firman Allah, tak sure ye) yang berkata, jika kita melihat kemungkaran tanpa rasa benci (or tak suka) di hati maksudnya kita tiada iman di dalam diri kita (maaf kalau tersalah tapi memang aku pernah dengar ayat ni). Aku anggap saja rasa tak suka tu menandakan ada iman yang bersisa dalam diri aku, bukan aku tak suka sebab dia ‘begitu’ eh . Kalau ikutkan banyak je orang macam ni kat luar tapi sebab tak berkait dengan aku, maka aku tak amik port sangat, just tak suka gitu2 je la. Tapi sebab dia berkait dengan aku maka aku kene kisah. Huhu.. Sebab tu aku nak dia berubah.

Pernah dulu (cerita dulu), seseorang yang aku harap sangat2 dia berubah (of course insan yang penting dalam hidup aku juga). Aku just namakan dia sebagai M. Dia baik tapi tu la.. Ada slack sedikit. Setiap kali nampak dia melakukan perkara yang dilarang terang2 oleh Allah tu, hati aku rasa menyampah sangat tapi terpaksa tahan sebab nak jaga hati dia. Setiap kali lepas solat (atau bila2 masa yang aku nak), aku tak lupa menitipkan doa agar M berubah ke jalan Allah. Kadang2 kalau waktu malam2 tu aku pernah solat hajat dan selalu ter-menitiskan air mata, rasa sedih sangat kenapa doa aku tak dimakbulkan lagi, kenapa bertahun-tahun aku berdoa tapi dia masih tak berubah. Rasa sedih sangat menyatakan aku tak kisah bila2 masa pun Allah nak kurniakan hidayah kepadanya bila2 masa pun lambat pun takpe, aku sanggup tunggu asalkan hidayah itu datang sebelum dia meninggal dunia. Bayangkan betapa aku nak sangat2 dia berubah. Aku nak M mati dalam keimanan. Tak nak dia mati dalam kekufuran. Guess what? Akhirnya Allah makbulkan doa aku. Setelah bertahun-tahun! What a relieve! Aku tertanya-tanya how come? Bila M sendiri yang cerita dengan aku sebab-sebabnya (tanpa aku tanya, dia sendiri yang cerita) baru aku faham. Aku kagum bagaimana Allah sampaikan hidayah itu kepadanya. Melalui satu peristiwa yang aku sifatkan tak baik, tak sangka ada rahmat besar melalui peristiwa itu. Setiap perkara yang berlaku even buruk sekalipun, pasti ada hikmah besar yang tersembunyi di sebaliknya (peristiwa bagaimana biarlah rahsia).

Sebarang teguran (oleh orang lain), alunan azan, bacaan Al-Quran etc etc apa2 pasal agama pun belum cukup mampu merubah M sebelum ni. Kalau ada pun mungkin sekejap2 dan tak istiqamah (tak sepenuhnya). Tak sangka peristiwa buruk itu mampu merubah dia. M berubah dari seorang yang melakukan perkara yang dilarang oleh Allah kepada sesuatu yang lebih baik .Bukan sahaja meninggalkan kemungkaran dahulu dan melakukan perkara yang wajib2, tapi lebih dari itu. Rasa macam drastic sangat! Tahap perubahan dia lebih kepada pengisian rohani&penghayatan Islam itu sendiri. Seorang yang suka bercakap/mengulas/mendengar pasal agama. Seorang yang kalau masuk shopping kompleks dia akan pergi kedai buku sebab nak cari buku2 agama. Seorang yang bukan sahaja membaca Al-Quran tapi kehulu-kehilir dengan tafsir di tangan. Seorang yang asyik nak cari kedai buku sebab nak selak buku agama/tafsir yang terbaik untuk pemahaman. Kadang2 aku malu. Malu sebab dia berubah menjadi lebih baik dari aku. Aku dapat rasakan iman dia lebih tinggi daripada aku. Korang faham tak? Sila baca novel Versus karya Hlovate. So boleh faham tahap ‘baik’ yang aku maksudkan macam mana.

Sebab peristiwa di atas, peristiwa yang betul2 terjadi depan mata aku yang membuktikan hidayah itu hak Allah, aku jadi insaf. Aku tak berani nak cakap lebih2 tentang keimanan orang sebab aku percaya, orang jahat pun boleh berubah dengan kehendak Allah. Biar seteruk mana pun dia, biar sedasyat mana pun orang tu sekarang, akan datang kita tak tahu dia macam mana.. People changed.


Maka bila kita nampak orang type2 macam ni, takyah nak cakap lebih2, kita doakan sahaja semoga dia dikurniakan hidayah untuk berubah.

Dan aku titipkan dalam setiap doa agar dia (orang yang first aku cerita) ni berubah sama seperti M. Kenapa aku nak sangatttt dia berubah ?
1) Sebab dia bukan ‘biasa2’ tapi jauh terpesong dah.
2) Sebab dia antara insan penting pada aku.

Semoga Allah makbulkan doa aku kali ni sama seperti Allah makbulkan doa aku suatu ketika dulu. Hidayah itu datang daripada Allah. Kan? Kita doa sahaja lah =)



p/s: Satu je sebab aku percaya dia akan berubah suatu hari nanti (Cuma tak tahu bila). Sebab dia dikelilingi oleh orang2 yang tak macam dia. Maka possibility nak berubah tu ada. Hidayah Allah, kalau nak datang tu takde sapa atau tiada apa dapat menghalang kan?

p/s: Kadang2 aku terbabas jugak dalam menilai orang. Kadang2. Maka aku suka ingatkan diri aku pasal benda ni, dan aku suka juga orang lain mengingatkan aku pasal benda ni. Thanks to Kak Di sebab mengingatkan aku dengan semua benda2 ni. Maka aku coretkan dalam entry ini, supaya bila aku baca balik, aku tak mudah ‘lupa’ =)

Introduction

Ye, saya orang yang anda kenal. Blog ini diwujudkan sebab untuk mengisi entry yang aku sifatkan terlalu private untuk dipaparkan di blog umum dan mahu menyembunyikan entry ini dari pengetahuan seseorang yang tahu address blog aku tu. Nak private entry kat sana,malas dan tak reti. Nak private blog lagi lah tak. Nak tukar address lagilah malas. Tapi nak share jugak. Maka terhasil lah blog ini. So blog umum tapi private ni diwujudkan.Ye anda2 yang tahu url ni adalah antara orang2 yang terpilih. Adios!.

p/s: Oh ye, blog ni memang akan bersawang jadi tak perlu datang selalu pun takpe. Maklum la, entry private tak selalu ada. Hoho..