Wednesday, December 28, 2011

Unpredictable

Ya Allah, mala petaka apa yang Kau turunkan buat kami. Berat rasa hati ni. Macam nak pecah. Bala apakah ini. Jatuh terduduk mendengar khabar yang disampaikan. Memang, kebenaran itu pahit untuk ditelan. Ya Allah, aku tak kuat untuk ini. Cukuplah setakat ini Ya Allah. Mengapa Kau turunkan ujian sehebat ini? Kenapa? Kenapa? Kenapa perlu mengirimkan derita setelah kau hadiahkan bahagia?

Aku tak marah, cuma aku terkilan sangat. Terkilan dengan diri sendiri. Mungkin aku tak cukup baik yang perlu kau kirimkan peringatan untuk diri ini.

Aku tak paham. Aku tersepit.

Cukuplah setakat ini. Aku tak sanggup, aku tak mampu. Aku taknak jadi pemuram durja hanya disebabkan ini. Aku tak nak tangisan menghiasi malam2 ku. Aku tak nak jadi seorang pembenci.

Kiranya
Kiranya
Kiranya

Pemergian aku dari dunia ini mampu memulihkan keadaan seperti sediakala, mampu menyedarkan, aku sanggup.

Aku sanggup berkorban.

Apa kau cakap ni nadia??

Ya Allah, berikan petunjukMu.

Sekurang-kurangnya kirimkan aku insan2 positif, insan2 yang mampu menceriakan hari-hari ku. Yang mampu membuatkan aku lupa dengan masalah ini.

p/s: Bukan berkaitan dengan cinta. Aku tak ada masa untuk itu

p/s: Nana kata aku nampak kuat. Tak. Tak. Luaran memang aku kuat. Belah hati aku sikit, boleh tengok apa di dalamnya.

No comments: