‘Eiii tolongla bos yang ni berhenti kerja pergi tempat lain cepat2.’
Ayat ni berlegar-legar dalam kepala aku sepanjang kat sini, tapi bila ianya betul2 terjadi, aku tergamam!
Khabar2 angin selalunya betul. Dia hantar surat resign semalam!
Sepatutnya dia nak bagi 24h notice tapi orang KL pujuk2 so sebulan notice.
Sepatutnya aku happy kan. Tapi asal aku rasa macam sedih? Huhu…
Entah. Anggap sahaja ianya rasa kehilangan.
Dia tu walaupun mulut celupar tak hengat (dia sendiri cakap eh, self-proclaim) tapi ada certain2 benda dia bagus. Entah, susah la nak cakap. Kiranya dia ni slack tang mulut celupar, tu je, lain2 semua ok sangat.
Tu kot yang membuatkan aku rasa sedih.
Technician aku pun kata gitu (tak sangka dia pun bereaksi begitu, aku ingatkan aku sorang je yang rasa camtu)
“Boss, jangan marah pulak, just nak tanya je, dengar2 cerita nak berhenti. Trkjut dgr. Betul ke?”
1 minit, 2 minit, 1 jam, 2 jam senyap, mesej tak berbalas sampai sekarang (dia jenis yang akan balas mesej immediately punya type)
Agak2 dia marah ke aku mesej gitu? Berani plak aku bagi mesej gitu kan.Lantak la. Janji aku nak dia tahu yang aku tahu.
p/s: Orang yang aku maksudkan dalam entri sebelum ni ialah dia. See betapa menyampah tahap dewanya aku terhadap dia? Nape tah rasa macam tak berapa happy bila dengar cerita dia nak berhenti.
No comments:
Post a Comment