Friday, April 4, 2014

The feeling

Aku tak sangka proses melupakan orang sebegini penat.

Allah. Bagi aku lepaskan lelah ini sebentar boleh?

Long time ago, youre just a stranger. Totally stranger. Tak sangka hari ni org berkenaan memberi kesan yang besar dalam hidup aku. Kalaulah masa boleh berpatah-balik, aku ku-ubah semuanya. Namun aku bukan Tuhan.

Kalaulah masa boleh berpatah-balik, takkan kulepaskan nombor baru aku ke dia. Masa aku block semua benda yang menghubungkan aku dengan dia, aku hampir2 berjaya dlm proses melupakan dia tapi aku terlepas satu perkara yg agak penting sebenarnya. Nombor baru aku! Rupanya sudah ada dlm simpanan dia setelah aku tak sengaja dulu, duluuuuu pernah call dia guna no tu. Dan sebab x tahu, aku lupa nak block kat whatsapp jugak. Yang meranapkan semuanya. Yang meruntuhkan tembok aku.

Datang perasaan aku perlu appreciate orang2 yang baik, yang pernah baik dalam hidup aku, yang masih terima aku dan tidak bermusuh dengan aku. Sebab orang2 begini bukan ramai sangat. Maka aku perlu utk tak lukakan hati mereka. Aku perlu jaga hati mereka.

Keadaan akan lebih mudah jika dia benci aku. Sebab ego aku sebenarnya boleh tahan jugak. Biasanya kalau benar orang benci aku, tak contact aku biasanya aku akan cepat move on walaupun pada awalnya sedih. Pastu memang aku takkan contact dah orang berkenaan selagi orang tu x make the 1st move utk contact aku.

Orang kalau benci benar benci memang dia takkan make the first move. So ia akan memudahkan aku. Dua2 dingin benar beku.

Masalahnya dia tak benci aku. Dan dia sendiri pun pernah kata dia xde sebab untuk benci aku. Mungkin suka adalah (suka as sebab aku suka dia, that's it). Aku pun tak boleh saje2 nak benci dia. Tak boleh. Aku tak boleh benci orang yang tak benci aku, yang masih contact aku, yang masih ada aku dalam ingatan dia. Dan aku juga x boleh buat dia benci aku saje2 nanti aku lagi sedih. Makin aku try buat makin aku sedih. Aku akan rasa bersalah.

ANehnya aku rasa. Sedangkan aku rasa dia sangat senang untuk membenci orang. Aku sampai boleh list out orang2 yang dia benci dan atas sebab apa. Ada sorang ni dia tak suka giler punya tak suka. Simple je sebab dia.

Dia dengan ex2 dia gaduh siap midle finger bagai. Siap regret kenal. Siap anggap dah mati. Kenapa dengan aku tak macam tu????? Padahal pernah je kitorang gaduh selisih pendapat. Mungkin aku tak in relationship dgn dia so x bagi much affection kat dia kot. Atau hati aku senang terpujuk x macam ex2 dia kot so dia cam x sempat nak masuk fasa benci merangkap fasa tak dilayan sebab merajuk.

Disebabkan kitorang x membenci antara satu sama lain, maka dia ada hak untuk aku angkat phone setiap kali dia call (biasanya dia akan call sebulan sekali untuk bertanya kabar dan sembang2). Aku sendiri pun x pernah call dia saje2 brtanya kabar. Aku call biasanya ada hal seperti ajak kuar ke or tanya jalan ke. Dulu masa aku tak sengaja call dia pun sebab nak ajak keluar tgk wayang (which is x kuar pun sbb memang dia kebetulan ada kat kl time tu, rumah adik dia) dan itulah kali terakhir aku call dia merangkap kali terakhir aku ajak dia keluar.

Monday, March 24, 2014

Apa Perasaan?

So apa perasaan nadia? Lelaki yang kau beria-ia suka tu dah nak kawen? Tak lama je lagi.

Alhamdulillah. Hehe.

Takpe lah kan. Akhirnya dia bertemu juga pilihan hati yang dia pilih untuk hidup bersama for the rest of his life. Walaupun org itu bukan aku :)

Mixed feeling sebenarnya. Mungkin mengenangkan dia orang yg aku pernah suka. Tapi aku tak pernah mahu   lawan takdir Allah. Dan deep inside aku percaya yang aturan Allah adalah yang terbaik untuk aku dan untuk masa depan aku. Terima kasih Ya Allah kerana melaksanakan takdirMu dan telah menunjukkan kepadaku.

Ternyata aku lebih layak dengan orang lain. I was wondering who is him? =)

Orang kata dengan kehilangan baru kita akan bertemu dengan diri kita yang selama ini kita cari. Mahalnya harga untuk akhirnya berjumpa dengan diri sendiri kan?

Dulu aku pernah sangat berharapkan sesuatu. Sangat. Tapi Allah tak kabulkan permintaan aku. Aku agak frust indeed. Tp deep inside aku percaya Allah ada perancangan terbaik untuk aku. Sehingga lah Allah hidangkan aku dengan pilihan itu. Aku berdoa tapi kali ini dengan pengharapan yang aku rela Allah tak tunaikan perkara itu. Rela akan kehilangannya. Perkara yang untuk bermimpi pun aku tak sanggup apatah lagi untuk terlintas. And surprisingly, I got it. Masa tu la bertambah keyakinan dengan kuasa Allah.

Dan ada lagi satu peristiwa dalam hidup aku yang paling buruk pernah terjadi. Yang menyebabkan aku rasa kenapa la aku kene hadapi semua ini. Sehingga la Allah nak tunjuk hanya kerana peristiwa ini, doaku bertahun-tahun telah dimakbulkan. Hanya kerana ia peristiwa paling buruk dalam sejarah hidup aku. Paling buruk. Hanya dengan itu, doa ku dimakbulkan. Aku punya berharap la trhadap doa itu, sehingga aku sanggup Allah tak tunaikan permintaan aku in future. Aku sanggup jika itu harga yang perlu dibayar. Boleh nampak betapa tingginya pengharapan itu. Allah telah nyatakan yang itu adalah hak dia dan dia berhak beri kepada sesiapa yang dia kehendaki. Justeru, siapa lah aku untuk memintanya. Meminta bagi pihak orang lain pulak tu. Terasa kerdilnya diri aku untuk Allah pandang doa aku. Namun bila kun faya kun, itulah yang terjadi. Allah kabulkan permintaan aku beserta harganya sekali. Mahal harganya. Dan aku terima dengan berbesar hati kerana itu yg aku mahukan. Terasa di setiap urat nadiku terhadap kekuasaan Allah yg maha agung. Maha memberi.


Dengan keyakinan dua peristiwa ini sebenarnya yang membuatkan aku accept everything yang datang dalam hidup aku. Buruk atau bahagia.

:)

P/s: Pelik kenapa aku mcm x sedih je. Its either aku dah lama bersedia atau aku jenis yang accept everything.