Sebenarnya aku tersentuh sangat baca ayat Kak Di ni
"Kalau Tuhan dah kata kita kena berhijrah sekarang, sekarang jugak lah kita dibukakkan hati untuk berhijrah. Takde delay seminit dua dah. Tapi kalau kita nak diuji Allah, anytime je kita boleh tersungkur walau sekuat mana pun kita rasa iman kita. Jangan sesuka hati menilai iman orang. Iman kita, hanya Tuhan je yang tau." (Kak Di, 2011)
Ia mengingatkan aku kepada seseorang. Yang aku harap moga dia dapat hidayah untuk berubah. Sebab… dia dasyat sangat! Aku jadi takut! Takut dekat dengan dia. Tapi terpaksa dekat dengan dia. Acane tu? Doakan aku selamat di samping dia bleh?
Aku: Dia ok ke? (cubaan mengorek maklumat)
K: Dia ok je. Dia ok. Tapi tu la, dia belum dapat hidayah lagi tu. Dia tu..kira ketua skinhead tu masa sekolah dulu tau, antara budak2 nakal la. Dulu2 kan skinhead ada kat kawasan mana je, Melaka, (ok aku sempat tangkap Melaka je). Satu sekolah dengan aku dulu tapi kitorang just gitu2 je tak bertegur sangat. Kalau kau, kau join ke grup2 skinhead2 ni?
Aku: *Geleng2 kepala sambil senyum. Skinhead? Gila. InsyaAllah, putus nyawa pun aku takkan join*
K: Panas baran tu ada la skit2 kan, ye la orang tak semayang kan ada la skit2 benda yang dia tak bleh kawal dalam diri dia. (pastu lupa dah apa benda lagi yang dia cakap)
Dia itu. Can u believe? Aku sendiri macam tak percaya mendengar sejarahnya. Dia. Ketua budak2 skinhead masa zaman sekolahnya. Dan kini, aku berhubungan dengan dia secara langsung! *pengsan*
Honestly first2 masa jumpa dia dan bercakap dengan dia, aku macam a bit confused. Dia ni melayu ke tak eh? Haaa gitu. What do u expect? Muka bukan pure melayu (macam peranakan apa tah yang pasti sekali pandang susah nak kata dia melayu) and penampilan dia errr, ada tattoo (perkataan bercorak seni siap ada merah2-effect darah kot?) di kedua-dua lengannya menambahkan lagi ke-taksangka-an-melayu itu. Sekali dengar nama penuh eh eh melayu rupanya, tak sangka, takde bunyi Inggeris pun pada namanya. Hermmm, aku jarang jumpa orang type2 macam ni dan bagi aku orang macam ni unik. Sebab berani beridentiti begini di kalangan orang2 yang tak macam dia . Dia the only one. Faham kan?. Dia berani menunjukkan dia begitu, langsung takde sembunyi2 or tapis2 lagi. Selalunya orang akan buat jahat secara sembunyi2 especially bila berada di kalangan orang yang tak macam dia. Penampilan pun gangster abis. Tu baru penampilan, tak masuk ‘inside’ lagi. Lagiii dasyat aku dengar.
Yang aku bertambah pelik tu, kenapa orang macam ni pun ada di industri so called professional ni? Kenapa?? Bukan orang macam ni ala2 takde tujuan hidup, malas nak belajar apatah lagi nak bekerja? (mahap banyak2 sebab men-judge tapi majority begitu tak pernah aku jumpa yang tak begitu). Dia ada career yang bagus&stabil, ada masa depan yang cerah, bijak (kalau tak bijak takkan boleh kerja bagus kan?) dan sepatutnya boleh tahu beza baik buruk tapi mungkin sebab terpengaruh dengan orang ke atau sebab selalu pergi oversea ke apa (pengaruh persekitaran), maka dia jadi terpesong. Ditambah dengan kawan aku ada cerita pasal dia yang katanya dah jauh menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar (kawan aku kenal dia dulu daripada aku dan ye, dia berani menunjukkan ke-tak-baik-an dia). Menggigil aku membayangkan kemungkaran dan kemungkinan kemungkaran2 yang dia lakukan (masa 1st tahu). Rasa berdebar-debar sebab err dasyatnya dia! Oleh kerana rasa ingin tahu yang tinggi , aku taip nama penuh dia dan search kat facebook dan walla! Jumpa ok profile dia (lucky dia tak private profile!). And melalui itu, aku boleh nampak memang benar dia begitu. Dia memang betul begitu. Takutnyaaaa. Ingatkan setakat tattoo kat tangan je, tapi lebih dari itu rupanya. Aku jadi stalker (dia tak aktif FB sebab busy tapi ada la sisa2 yang kat situ yang boleh aku baca). Baca komen2 dia kat orang lain, status dia, tengok gambar2 dia. Memang mengucap panjang tengok gambar dia. Sape ada perasan update twitter aku ‘Astaghfirullahalazim’ tu? Hah! Sebab dia lah!
Ayah aku pernah jumpa dia. Macam biasa persepsi orang tua “Tak elok lah dia tu”, kata ayah sambil menggeleng-geleng kepala. Of course sebab tattoo kat tangan dia tu. Nasib baik bukan calon menantu, kalau ye confirm kene reject!
Oleh kerana dia memberi ‘sinar’ dalam hidup aku, jadi aku rasa dia antara orang berjasa dan penting dalam hidup aku . Maka dengan itu aku harap sangat2 moga2 dia berubah. Berubah ke jalan yang benar. Harap sangat2. At least kalau dia tak betul2 menghayati ajaran Islam dari segi pengisian rohani sekalipun, tak melakukan yang wajib sekalipun, sekurang-kurangnya jika dia meninggalkan kemungkaran2 yang dia lakukan, aku dah sedikit senang. Hidayah Allah juga datang perlahan-lahan kan?
Tak dinafikan bila tahu dia ‘begitu’ hati rasa tak tenteram sangat. Rasa macam Ya Allah, kenapa la dia macam ni. Kenapa la orang macam ni yang berkait dengan aku, kenapa la dia orang yang aku perlu berurusan secara langsung, kenapa la aku dipertemukan dengan orang sebegini. Kenapa la antara orang yang memberi sinar dalam hidup aku adalah orang type macam ni. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kontra sangatttt. Rasa tak suka, tak suka dan tak suka. Aku pernah dengar (hadis or firman Allah, tak sure ye) yang berkata, jika kita melihat kemungkaran tanpa rasa benci (or tak suka) di hati maksudnya kita tiada iman di dalam diri kita (maaf kalau tersalah tapi memang aku pernah dengar ayat ni). Aku anggap saja rasa tak suka tu menandakan ada iman yang bersisa dalam diri aku, bukan aku tak suka sebab dia ‘begitu’ eh . Kalau ikutkan banyak je orang macam ni kat luar tapi sebab tak berkait dengan aku, maka aku tak amik port sangat, just tak suka gitu2 je la. Tapi sebab dia berkait dengan aku maka aku kene kisah. Huhu.. Sebab tu aku nak dia berubah.
Pernah dulu (cerita dulu), seseorang yang aku harap sangat2 dia berubah (of course insan yang penting dalam hidup aku juga). Aku just namakan dia sebagai M. Dia baik tapi tu la.. Ada slack sedikit. Setiap kali nampak dia melakukan perkara yang dilarang terang2 oleh Allah tu, hati aku rasa menyampah sangat tapi terpaksa tahan sebab nak jaga hati dia. Setiap kali lepas solat (atau bila2 masa yang aku nak), aku tak lupa menitipkan doa agar M berubah ke jalan Allah. Kadang2 kalau waktu malam2 tu aku pernah solat hajat dan selalu ter-menitiskan air mata, rasa sedih sangat kenapa doa aku tak dimakbulkan lagi, kenapa bertahun-tahun aku berdoa tapi dia masih tak berubah. Rasa sedih sangat menyatakan aku tak kisah bila2 masa pun Allah nak kurniakan hidayah kepadanya bila2 masa pun lambat pun takpe, aku sanggup tunggu asalkan hidayah itu datang sebelum dia meninggal dunia. Bayangkan betapa aku nak sangat2 dia berubah. Aku nak M mati dalam keimanan. Tak nak dia mati dalam kekufuran. Guess what? Akhirnya Allah makbulkan doa aku. Setelah bertahun-tahun! What a relieve! Aku tertanya-tanya how come? Bila M sendiri yang cerita dengan aku sebab-sebabnya (tanpa aku tanya, dia sendiri yang cerita) baru aku faham. Aku kagum bagaimana Allah sampaikan hidayah itu kepadanya. Melalui satu peristiwa yang aku sifatkan tak baik, tak sangka ada rahmat besar melalui peristiwa itu. Setiap perkara yang berlaku even buruk sekalipun, pasti ada hikmah besar yang tersembunyi di sebaliknya (peristiwa bagaimana biarlah rahsia).
Sebarang teguran (oleh orang lain), alunan azan, bacaan Al-Quran etc etc apa2 pasal agama pun belum cukup mampu merubah M sebelum ni. Kalau ada pun mungkin sekejap2 dan tak istiqamah (tak sepenuhnya). Tak sangka peristiwa buruk itu mampu merubah dia. M berubah dari seorang yang melakukan perkara yang dilarang oleh Allah kepada sesuatu yang lebih baik .Bukan sahaja meninggalkan kemungkaran dahulu dan melakukan perkara yang wajib2, tapi lebih dari itu. Rasa macam drastic sangat! Tahap perubahan dia lebih kepada pengisian rohani&penghayatan Islam itu sendiri. Seorang yang suka bercakap/mengulas/mendengar pasal agama. Seorang yang kalau masuk shopping kompleks dia akan pergi kedai buku sebab nak cari buku2 agama. Seorang yang bukan sahaja membaca Al-Quran tapi kehulu-kehilir dengan tafsir di tangan. Seorang yang asyik nak cari kedai buku sebab nak selak buku agama/tafsir yang terbaik untuk pemahaman. Kadang2 aku malu. Malu sebab dia berubah menjadi lebih baik dari aku. Aku dapat rasakan iman dia lebih tinggi daripada aku. Korang faham tak? Sila baca novel Versus karya Hlovate. So boleh faham tahap ‘baik’ yang aku maksudkan macam mana.
Sebab peristiwa di atas, peristiwa yang betul2 terjadi depan mata aku yang membuktikan hidayah itu hak Allah, aku jadi insaf. Aku tak berani nak cakap lebih2 tentang keimanan orang sebab aku percaya, orang jahat pun boleh berubah dengan kehendak Allah. Biar seteruk mana pun dia, biar sedasyat mana pun orang tu sekarang, akan datang kita tak tahu dia macam mana.. People changed.
Sebab peristiwa di atas, peristiwa yang betul2 terjadi depan mata aku yang membuktikan hidayah itu hak Allah, aku jadi insaf. Aku tak berani nak cakap lebih2 tentang keimanan orang sebab aku percaya, orang jahat pun boleh berubah dengan kehendak Allah. Biar seteruk mana pun dia, biar sedasyat mana pun orang tu sekarang, akan datang kita tak tahu dia macam mana.. People changed.
Maka bila kita nampak orang type2 macam ni, takyah nak cakap lebih2, kita doakan sahaja semoga dia dikurniakan hidayah untuk berubah.
Dan aku titipkan dalam setiap doa agar dia (orang yang first aku cerita) ni berubah sama seperti M. Kenapa aku nak sangatttt dia berubah ?
1) Sebab dia bukan ‘biasa2’ tapi jauh terpesong dah.
2) Sebab dia antara insan penting pada aku.
Semoga Allah makbulkan doa aku kali ni sama seperti Allah makbulkan doa aku suatu ketika dulu. Hidayah itu datang daripada Allah. Kan? Kita doa sahaja lah =)
p/s: Satu je sebab aku percaya dia akan berubah suatu hari nanti (Cuma tak tahu bila). Sebab dia dikelilingi oleh orang2 yang tak macam dia. Maka possibility nak berubah tu ada. Hidayah Allah, kalau nak datang tu takde sapa atau tiada apa dapat menghalang kan?
p/s: Kadang2 aku terbabas jugak dalam menilai orang. Kadang2. Maka aku suka ingatkan diri aku pasal benda ni, dan aku suka juga orang lain mengingatkan aku pasal benda ni. Thanks to Kak Di sebab mengingatkan aku dengan semua benda2 ni. Maka aku coretkan dalam entry ini, supaya bila aku baca balik, aku tak mudah ‘lupa’ =)
No comments:
Post a Comment