Saturday, July 30, 2011

Kerja

Semua orang tanya aku aku tension tak setakat ni kerja kat sini, kat tempat baru ni. Jawapan aku tak. Tak sama sekali. Cuba cakap apa perkara yang paling meresahkan dan merisaukan dan mentensionkan selain tak dapat menunaikan solat 5 waktu dengan sempurna??? Mind to tell me??? Aku boleh terima tekanan, aku bebel2 pun aku boleh je teruskan tapi aku tak boleh terima kalau tak boleh melakukan ibadah wajib tu dengan sempurna. Aku tak boleh tolenrasi tang ni. Rasa macam pekerjaan aku tak berkat, rasa gaji yang aku dapat tak berkat.

FYI, aku citer skit pengalaman kerja aku yang lepas. Disebabkan peraturan dan waktu kerja yang pelik, kitorang hanya dibenarkan solat 15 minit je (termasuk bukak tudung amik wuduk semua). Kau bayangkan macam mana. Nak berjalan ke toilet lagi, bukak tudung lagi , wuduk lagi, nak berjalan ke surau lagi. Tu tak kira lagi kalau tetiba sebelum wuduk tu tetiba rasa nak gi toilet ke kan. Macam tergesa-gesa gila. Solat pun kene cepat2 takut lebih masa. Tak tenang ok. Itupun dalam ramai2 yang keje situ 1/10 je aku kira yang menunaikan solat. Yang lain2? Yang lelaki takkan uzur kotttt???? Sampaikan bila ada masa2 tertentu aku bleh terlepas waktu solat sebab busy sangat+kepala serabut dengan customer+call sampai berjam.

Bila jadi camni, aku rasa pressure betul tang ni, sedih betul aku rasa cepatlahhhhh aku dapat kerja yang aku boleh solat dengan sempurna.

Maka bila berada di kesempatan job yang membolehkan aku solat dengan aman+sempurna, aku rasa syukur gila2. Sebab tu aku happy nak mati! Apa2 tekanan tu aku boleh ‘ignore’ je, tak amik port sangat. Sometime, ignorance is bliss kan??

p/s: Setakat ni aku belum rasa tekanan secara official lagi. Ke sebab aku dah biasa dengan tekanan so aku tak classify tekanan itu adalah tekanan? (ayat samyvelu). Kalau ada pun yang kene kerja kul 12 malam tu la. Kapal kargo yang bawak sample tu mendarat kul 12 malam, kul 12 malam tu la gak kene get ready perform analysis. Aku selamat kali ni sebab aku buat muka kesian kat partner aku sekarang ni kata aku naik motor, takut plak bawak tetengah malam buta kan (lagipun dia lelaki, takkan nak tumpang gi sesame ngan dia kan. Kalau BF, takpe lah kan. KAHKAHKAH gila kau). Lain kali bila Sya da masuk, aku naik kete dia dan kami sama2 satu unit maka kene la stay sama2 buat analysis, so memang takde alasan dah pasni. Tapi actually aku biasa je kerja sampai 12 malam. Kerja yang sebelum ni maksud aku. Kerja shift paham2 je lah kan! Should be no problem la kan kerja at 12 midnight??

p/s: Aku dapat rasakan bos aku saje amik geng aku kerja sekali sebab kalau jadi macam ni boleh keje sama2 even lewat malam kan. Nampak macam dia risau gila bila aku cakap aku bawak motor, dia kata suh amik keta nanti (ni dia kata masa kat interview dulu hehehe caring tak bos aku? ;P~Tapi memang aku berhajat nak amik kete pun ujung tahun ni InsyaAllah) Perempuan lagi pun so takde masalah la nak keje sama2 even tengah2 malam kan. Kalau lelaki tak ke rasa macam ‘berdua-duaan’ gituhhh? Hishhh. Bila aku cakap partner aku girl, terkejut si partner aku sekarang ni. Sebab biasanya 1 girl+1 boy untuk chemist kat onshore untuk unit aku ni (sebab dia akan keluar dari unit ni so tinggal dua2 perempuan?? Tak pernah2 sebelum ni dengar cerita). Sebab yang boy tu depa nak buat spare kot2 ada keje kat offshore (biasanya tak lama pun, paling lama seminggu sekali pergi). Girl takkan gi offshore kan? Entah aku pelik gak tang ni. Sebab tu aku rasa bos aku ‘sengaja’ buat gini. Mungkin dia ada plan lain untuk re-arrange pasal offshore tu. Macam ari tu sepatutnya partner aku tu kene gi offshore tapi sebab dia memang dah kat offshore dah tyme tu (atas urusan lain) so bos aku minta chemist unit lain ganti partner aku tu. Aku rasa kalau ada apa2 hal kat offshore memang dia minta chemist unit lain gi kot sebab takkan nak hantar girl pi offshore kot. Tak pernah ada dalam sejarah. hahahah

No comments: