Friday, December 30, 2011

Down

Kalaulah kau tahu aku menangis teruk sebab kau, rasa2 nya kau akan berubah tak? Mungkin. Sebab kau tak pernah tengok dan mungkin tak akan sangka aku menangis pun kan.

Kalaulah kau tahu aku kecewa sebab kau, rasa2 nya kau akan berubah tak? Mungkin. Sebab aku tak pernah kecewa seteruk ini dengan sesiapa pun sebelum ni.

Kalaulah kau tahu kepercayaan dan rasa hormat aku kepada kau semakin berkurang tanpa diketahui ke mana, rasa2 nya kau akan berubah tak? Mungkin. Sebab kau sendiri tahu betapa tingginya kepercayaan dan rasa hormat yang aku letak pada kau.

KAU PASTI AKAN BERUBAH. Tapi, mampu ke aku berterus-terang dengan kau? Mampu ke? Kiranya membuatkan kau berkecil hati adalah perkara terakhir yang aku lakukan di dunia ini. Ya Allah, hanya Kau yang faham. Tolong tunjuk jalan terbaik.

Masalah, penat la fikir. Malas nak fikir. Makin fikir makin tertekan.
Kadang2 kita tak perlu nak fikir sangat. Sebab bila kita fikir kita akan membiarkan masalah itu terbelenggu dalam fikiran kita sedangkan kita boleh memilih untuk tak memikirkan.

Tapi kadangkala agak gila bila tak menghiraukan langsung hal ini sebab masalah ni kita terlibat sama dan sentiasa akan terlibat sama. Tak boleh nak elak. Melainkan aku pergi jauh (aku nak pergi mana?). Atau mati. Tu je.

Buatlah lagi. Buatlah. Suatu masa baru kau tahu langit tinggi rendah.

Memang. Memang pusing2 lagu tu jugak. Tapi kau kene sedar selepas ni keadaan takkan sama. Kita takkan sama macam dulu. Perasaan dan hati aku takkan sama macam dulu. Luaran mungkin sama. Itu kau kene terima. Sama macam mana aku terpaksa terima semua benda ini.

Bertahun-tahun aku bina titik kepercayaan ini, semudah itu kau musnahkan. Kiranya kalau kau tahu betapa remuknya hati aku, kau takkan terfikir walau sekali untuk berbuat demikian.

Jangan salahkan takdir. Kau tak boleh fikir semua benda pun takdir. Kadang2 ia mungkin ujian. Ujian buat kau. Kau yang tak kuat nak terima kan? Kau kalah dengan ujian Allah. Kau kalah. Kau tak pernah terfikir kan implikasi semua ni? Pernah tak kau terfikir hati2 yang perlu kau jaga? Pernah tak??????????????

Kau sama je macam orang lain.

Vaviiiii. Aku rasa nak pergi jauh!

No comments: