Friday, February 24, 2012

Kenapa dia????

Kenapa dia perlu berlakon dalam citer Adam & Hawa tu?????? Eiiiii geliii.

Kenapa dia perlu berlakon di samping pelakon feveret aku Aaron Aziz, kenapa perlu dia berlakon dalam citer yang adaptasi novel feveret aku tu???

T______T

Aku dapat info dia bawa watak Johan (2nd hero)

Sape dia?

Ingat lagi cerita pasal 'budak sekolah' masa aku kerja 7-e dulu? Yang suka sakat aku, yang aku pernah suka (kononnya, sebab ensem kot), yang dulu pernah rapat dengan ayah aku tu??

Ye, dia T______T

Aku stop suka dia sejak tahu perangai/attitude sebenar dia. Dan sebab tu cukup untuk menghilangkan minat/admire aku terhadap dia biar la hensem mana sekalipun. Dan cukup membuatkan aku rasa geli-geleman sebab pernah terminat org mcm tu. Ya Ampunnn, Geli bila memikirkan, dan agak mengaibkan dia kalau aku cerita, maka cukup aku je yang simpan cerita tu. Tak sanggup nak cerita kat orang. Akak aku sampai kehairanan bin keajaiban kenapa setiap kali dia usik aku pasal budak tu, aku menyangkan muka benci+menyampah instead of malu2 kucing. Dan dia tak habis2 mendesak aku untuk menceritakan sebabnya. Aku rasa dia pun curious kot sebab aku kalau minat orang, kalau hilang minat pun takde la sampai tayang muka menyampah. So dia pelik apasal aku menyampah bila dia sebut nama budak tu.

Dah la masa tengok citer apa tah kat astro (citer hantu yang setiap khamis malam jumaat tu), dulu2, dia jadi watak utama untuk satu episod tu, aku tengok dengan perasaan geli+menyampah.

Aku rasa aku tak tengok kot adam & hawa tu. Lantakla

p/s: Aku tahu once kalau dia jadi artis (dan femes) aku akan sentiasa nampak muka dia kat mana2. Dah la ada sekali tu ternampak berita pasal dia kat ohbulan aku rasa macam alahaiiiii.

Tuesday, February 21, 2012

Sentap

Tersentap hati bila dengar cerita dia yang dia ada penyakit kronik dan doktor bagitahu dia ada masa lagi 3-5 tahun untuk hidup.

Shit! Kenapa orang inspiring macam ni mempunyai jangka hidup yang singkat??????

Disebabkan dia tahu jangka hayat dia maka sebolehnya dia nak manfaatkan kehidupan dia sebaiknya. Buat benda yang outstanding yang dapat memuaskan hati dia (sebelum menutup mata at least). Macam buat 2nd degree (He own his master), dan benda2 lain yang mampu membuatkan orang kagum and admire dia.

Sejujurnya kalau aku la jadi dia, mesti jadi lemah semangat. Ye lah, dah tau tak lama nak mati, maka beribadah je la, takyah susah2 nak buat benda2 outstanding.

Kuatkan semangat dia?

Dia sepatutnya hidup lebih lama. Orang yang macam aku ni yang macam tak berapa nak effect orang ni yang patut hidup singkat sikit.

Sunday, February 19, 2012

Apa2 jeeee


He is soooo nerd! Kadang2 dia cerita buku2 (english) yang dia baca kat aku, aku macam erkkkkkk. Ok, tak pernah dengar. Hahahah.

Tapi best je kawan dengan orang2 yang macam ni. Secara tak langsung dapat menyerap aura2 positive dari dia. Banyak je aura positif yang berjaya aku serap dari dia. Terasa nak memajukan diri meluap-luap. kehkehkeh

Tadi dia tanya kitorang (act dah banyak kali dia tanya soalan yang sama), dia minta pendapat kitorang, nak dia keje based kat sini (Kerteh) ke atau kat KL. Dan setiap kali tu la aku akan bagi jawapan yang sama 'Gi KL je la'. Aku rasa macam 'membazir' je dia kat sini. Maksud aku dengan kemahiran dan kelebihan yang dia ada, dia mampu untuk berada kat cawangan HQ kat KL tu. Tapi setiap kali tu la dia macam keberatan pastu cakap 'Tapi sini ada satay ikan..' sambil gelak2. Motipppp? Padahal sekali je dalam 6 kali aku nampak dia beli satay ikan tu. hahahaha.

Tadi aku, Sya dengan dia gi survey Merang Beach Resort kat KT. Kitorang rancang nak buat team-building company kat sana so sekarang in the middle of survey2 tempat yang sesuai. So gi la kami bertiga, balik singgah pantai, jalan2 kat pantai jap. Minggu depan kitorang bertiga rancang nak gi jalan2 kat Kuantan Parade pulak. Hahaha. He told us, dia tak sangka dia boleh baik dengan orang kat sini (dia maksudkan aku dengan Sya) sampai boleh ke KT, boleh makan petang sekali, gi pasar malam sekali within 3 weeks kat sini. Well~ hahahah. Teringat ayat dia masa minggu pertama masuk sini (hari ke 2 rasanya). 'Nadia orang yang pertama yang buat saya rasa selesa bercakap kat sini ni'.Kemain saya-awak. kahkahkah . Sekarang 'kau-aku' jerk. Masa tu aku tak tahu plak dia ni macam 'luar biasa'. Kalau tahu, aku pun tak berani tegur. Wakakak. Aku kalau dengan orang lelaki ni sebenarnya akan nice dengan dua golongan je. Customer dengan rakan sekerja.

Sebab aku rasa itu satu keperluan.

Sebab tu dulu masa kat UPM , aku dicop sombong sebab tak layan lelaki dan geng aku dulu dicop gedik sebab tak pernah rapat or lepak2 dengan lelaki.

Jujur, aku dayus

Apasal sedih sangat citer ni woiiii.

Dah la aku tak boleh tengok lelaki macam ada perempuan lain bagai masa dah kawen.

Penat emosi2 last2 dua2 tak salah.

Pandai pengarah twist2 cerita supaya penonton tertanya-tanya last2 menangis.

p/s: Sebenarnya aku macam teringat kisah dot dot dot. Walaupun takde kaitan but heyyy it's about suka kat perempuan lain masa dah kawen dah pun, jalannya tetap sama. Huhuhu. Last2 aku jadi menangis macam nak gila sebab kisah dot dot dot tu campur dengan kisah citer ni. Huwaaaaa ni yang malas nak tengok kisah2 macam ni.Huhuhu

Thursday, February 16, 2012

Luar biasa


Sangat luar biasa lah dia. Aku rasa macam 1st time jumpa orang yang luar biasa macam ni. Once he open his mouth and start to talk, everyone speechless . Boleh? Dengan bos2 sekali. Terdiam sebab macam terkagum dengan apa yang keluar daripada mulut dia. Idea2 dan bukan setakat idea sahaja malah apa2 yang dia cakap semua macam 'ada isi' dan nampak hebat (bukan poyo). Eh susah nak dijelaskan.


Budak ni actually asistant boss aku (superior aku, boss yang kat KL tu). Boss aku nak dia assist more to sales la jumpa2 client sebab dia ni communication skill memang terbaik la. Tapi boss yang lagi atas (boss yang kat KL selain boss aku) nak dia duduk Kerteh je. Buat operation kat Kerteh je. Aku rasa diorang nak gunakan dia habis-habisan pastu kredit dapat la kat boss2 KL ni. Aku rasa rugi kalau dia based kat sini. Sebab orang hebat macam tu layak pergi KL je, biar boss2 kat KL rasa tercabar skit bila ada pesaing hebat macam dia ni.

Memang la bos2 KL suruh dia keje based kat Kerteh. Sebab apa? Mudah je. Mereka bimbang orang2 hebat macam ni akan 'mengatasi' position2 mereka kat KL tu. Tak mustahil. Sejarah company aku ada menunjukkan even orang yang ada diploma pun boleh jadi boss dan jadi boss kepada orang2 yang degree ni. Sebab ciri 'luar biasa' yang ada pada orang itu (tapi seorang je la). Apatah lagi kalau orang yang 'hebat' (dalam berfikir, tindakan dan cara kerja), ada master plak tu, speaking pun fluent abis. Tak mustahil dia akan naik cepat sikit masa lagi.

p/s: He's soooo nerd! Tapi not a typical nerd. Ada jugak sisi gila2 dia.

Saturday, February 11, 2012

Anjali Sharma

Macam terluka je hati kalau cinta tak berbalas kan? Macam membazir je perasaan yang dikurniakan itu. Macam perasaan tu tak payah wujud pun tak apa.

.

p/s: Antara fungsi sebuah filem/drama ialah membolehkan manusia menyelami hati manusia yang lain.

Sunday, February 5, 2012

Hidayah

First time dengar budak lelaki baru tu baca doa, hati terdetik ‘Indahnya bacaan dia. Macam bacaan budak2 surau’. Tambah2 lagi tahu yang dia ex-MRSM Jasin. Dalam fikiran aku, mesti dia ni geng2 surau masa kat sana.

Setelah 2-3 hari berborak-borak dengan dia. Masa tu dia kira baik la dengan budak ni. Aku pesan (secara bergurau sambil gelak2) dengan dia “Baik takpe, jangan terpengaruh dah la”. Lepas tu dia cerita kat aku yang dulu dia lagi teruk daripada dia. Rambut panjang paras bahu, rambut perang (ke kuning tah). Aku terkejut dengar. Sebab cara percakapan dia tak nampak macam tu. He seems rasional dalam setiap patah perkataan. Pastu ada cas2 alim sikit. Kira macam antara orang2 ‘hebat’ dan ‘educated’ pada pandangan aku. Aku tanya “Macam mana boleh tetiba terdetik nak berubah”. Dia jawab sejak pergi Mekah. Aku tanya lagi macam mana boleh tiba2 nak ke Mekah. Dia jawab bukan dia yang nak pergi tapi dia terpaksa teman mak dia. Mak dia yang nak pergi tapi takde mahram so dia terpaksa ikut. Masa tu dia kata dia macam takut sebab dia tahu diri dia macam mana, tapi dia pergi jugak. Alhamdulillah, dia berubah selepas tu. Jelas, hidayah Allah datang secara tiba2 jugak kan.


Aku tak sure la samada budak baru tu tahu benda2 lain pasal budak tu. Maksud aku, benda yang dia tak nampak. Pasal masuk kelab, minum, perempuan2 semua. Kalau tak kuat iman, bahaya kalau rapat2 sangat dengan budak ni. Aku punnnn. Dah la kalau ada kereta nanti, kemungkinan aku berjalan dengan dia sangat tinggi (sebab kerja). Tak dapat bayangkan aku berjalan sebelah dia pastu orang ingatkan bf aku ke kawan aku ke. Dengan tattoo2 bagai, dengan subang emas sebelah kat telinga kiri (ala, macam style omputih). Dah la aku ni bertudung, lainlah kalau aku ni seksi-mekci kan. Adoyaiiii camne? Pasrah je la. Kawan aku pun cakap kalau dia, dia pun segan nak berjalan sebelah orang yang macam tu. Ok bukan nak berlagak alim ke apa tapi hermmmm, ok susah nak dijelaskan. Mungkin I’m not used to it kot. Maka, kekok.

Dan jauh di sudut hati, aku harap dia turut berubah dan dikurniakan hidayah sama seperti budak baru tu. Walaupun mungkin dia tak melakukan kebaikan, cukup lah kalau dia berhenti melakukan dosa2 besar.

Aku dapat cerita, asalnya dia ‘baik’ dulu. Masa kecik2 selalu jadi tukang azan kat masjid. Mak ayah dia haji & hajah (ok, iman tak dapat diwarisi, aku tahu). Adik-beradik dia semua seems normal. Dia je lain sikit. Sadis kan. Sedih sangat dengar benda2 macam ni. Dan first time aku dengar cerita macam ni. Aku selalu doa dia dapat hidayah dan kembali ke pangkal jalan.

p/s: Dia cerita kat kawan aku (kira kawan aku cerita kat kawan aku balik la). Masa dia terserempak dengan ayah aku tu dia kata dia segannnn gila2. Ayat dia “Masa terserempak tu rasa macam alamakkkk silap timing la pulak. Dengan tattoo2 ni. Kalau tau, aku pakai lengan panjang”. Ok, speechless aku. Tau pulak malu. Motip nak segan dengan ayah aku???



Friday, February 3, 2012

Split personality

Kadang2 kelakar, rasa nak gelak je bila dengan dia sebab dia asyik buat lawak gila.
Kadang2 rasa suka. Ye lah sape tak suka boss yang caring sangat. Ayat plak manis and pandai bercakap dan pandai buat lawak. Fun je. Then rasa dihargai bila dia caring gitu.
Kadang2 (selalu la jugak) rasa menyampahhhh sangat2. Rasa nak cekik2, rasa nak lempang sangat2.

Heh, tak suka la orang yang ada banyak2 personality ni. Banyak bermain dengan perasaan. Kejap suka, kejap benci. Suka dan benci silih berganti. Kan bagus kalau plain je (macam Lab manager aku contohnya. Nak kata suka tak, nak kata benci pun tak). Atau kan bagus kalau suka je macam boss T, takde nak benci2.

Lagi satu, dengan orang macam ni buat aku rasa macam jahat je. Sebab bila dia baik., suka, bila dia macam tak baik, menyampah tak suka. Kelihatan aku macam suka yang good2 je taknak terima kelemahan. Berkali-kali aku ingatkan diri sendiri, terima kelemahan orang, terima kelemahan orang *ulang 100 kali* tapi sering kali ‘terbabas’.

Thursday, February 2, 2012

Api mesti dilawan dengan air


Pagi2 masuk kerja, baca emel. Terus darah rasa macam mendidih-didih.

Dimalukan,dimaki-maki dalam emel. Ofkos secara tak professional. Siap perli-perli aku lagi. Dengan tanda soal '??????!!!' , dengan tanda seru berulang-ulang kali '!!!!!!'. Dengan hal2 yang tak berkaitan pun dia nak masukkan sekali. Eh dia ni apasal menggelabah sangat ni? Ayat dia tu buat aku malu sangat2, sampai bergenang air mata, malu membayangkan boss T jugak membaca ayat2 sebegitu. Dengan aku sorang je (one to one) boleh tahan lagi sekali dia CC ke boss T yang buat aku malu sangat tu. Setakat dengan dia je aku tak heran la, takde nak malu bagai sebab tahu mulut dia macam tu, tapi melibatkan orang lain tu yang buat aku bengang tu. Apa dia ni memang niat nak malukan aku ke apa ni?

Memang bodoh, memang babi, memang bangang punya orang., Ayat tu bergema dalam hati aku sebaik sahaja membaca emel tu dulu. Ok tipu, bukan dalam hati je, tapi aku sebut jugak dengan nada perlahan buat nak lepas perasaan sendiri. Sakitttttt, sebab aku tak boleh nak bereaksi marah. Sakitttt bila terpaksa tahan marah.


Aku biar hati aku sejuk dulu sebelum respon emel tu. Ikutkan hati aku nak je respon emel tu dengan mukadimah

"Apa benda yang ko mengarut ni????"

Malangnya aku tak la kurang ajar macam dia. Lagipun aku taknak la nampak sama macam dia sebab nanti nampak aku sejenis dengan dia pulak. Aku menggigil-gigil tahan marah. Bila agak2 dah ok, aku respon. Dan aku tak lupa untuk CC ke boss T sekali. Sebab dia cc boss T maka aku CC boss T jugak biar dia kenal erti 'malu' (sebab kalau ikutkan aku boleh je takyah loop boss T dalam emel reply sebab aku tahu mesti dia malu giler tapi takpe, aku nak bagi pengajaran kat dia kali ni).

Lega. Segala apa yang dimaki, dimarah,dimalukan, berbalik semula kepada dia, bukan aku. Contoh, kalau dia kata aku memalukan sebab salah bagi emel tapi sebenarnya aku betul, bagi emel yang betul tapi dia yang memalukan diri sendiri dengan salah baca pastu nak marah2 bagai. Macam tu lah lebih kurang.

Sebenarnya kalau baca betul2 emel tu tak patut nak salah faham pun, sebab bukan guna ayat berbelit-belit pun. Ayat simple je. Kiranya kalau boleh salah faham tu memang malu giler la. Aku rasa kalau baca sekali lalu tak fokus pun boleh faham so aku tak faham macam mana dia boleh tersalah faham. Aku tak tahu dia baca emel macam mana. Aku rasa dia tengah serabut tu yang macam salah baca, salah tafsir pastu tetiba nak marah2. Fuh aku rasa mesti boss T gelakkan dia masa baca emel tu, confirm! Tambah2 bila orang tu mengelabah2 camtu, tengok aku rilek n cool je reply yang dalam masa yang sama menunjukkan sape yang salah sebenarnya dalam hal ni. Ouhhh, terasa kemenangan berpihak kepada aku rupanya. Berbaloi rasanya aku tak maki2 sama macam dia..

Aku boleh maafkan/lupakan kalau dia tanya elok2 dengan aku. Ni dia tetiba nak menggelabah maki2 perli2 bagai macam orang bodoh, buat aku pun panas hati la.

Harapkan muka je hensem, gaya romeo tapi perangai.....wallahualam!

Boss T turun bawah jumpa aku petang tu tetiba "Hai Nadia!" motif je tetiba sangat nak berhai bagai. dengan aku. Aku rasa boss T nak tahu kot mood aku time tu macam mana, sebab lepas je gelak2 skit boss T cakap dengan aku ada satu ayat ni (salah satu kandungan emel tu la). Aku jawab la. "Saje je dia nak perli tu. Balik2 ayat tu balik2 ayat tu. Menyampah dengar". Masa tu lantaklah dia nak ada kat belakang aku ke, nak terdengar ke.

Pagi tu, awal2 pagi terus masuk bilik aku, dah la time tu aku takde mood nak sembang dengan dia, dia plak nak borak2 dengan aku. Nampak gaya macam nak pujuk2 aku la konon (tapi tak secara nyata la). Aku rasa dia ni sama pattern dengan fiza, kakak aku. Dia kalau marah2/maki2 aku mesti tak lama tu datang kat aku konon nak borak padahal dia tak sedar ke aku tengah marah takdak mood nak layan dia sila pi main jauh-jauh.

Last2 end up dengan ayat "Aku pun kadang2 ada buat silap jugak. Ko kene fight la" dari dia.
Perghhhhh...aku rasa nak senyum je dengar ayat tu.

Pastu masa last2 nak dekat balik tu dia bergurau apa tah dengan aku, selalunya aku senyum je sebab segan nak bergurau dengan dia (sebab aku macam tak rapat dengan dia so segan nak bergurau). Tapi, kali ni aku 'join', ohhh opkos la gurau kasar sikit. Aku kalau gurau (dengan lelaki) memang kasar skit.

Pastu tah macam mana tah, tetiba keluar ayat dari mulut dia "Ko macam tak suka je aku kat sini Nadiah". Masa tu semua yang ada dalam bilik tu gelak, termasuk dengan aku. Memang aku rasa dia bergurau pun tapi jauh di sudut hati mesti dia rasa 'kelainan' nada dan gaya aku bercakap hari ni. Heh.

Pastu dia tak jadi balik KL tadi, dia tanya aku balik rumah tak, aku jawab tak. Pastu dia kata minggu depan kita kemas bilik (bilik unit) sama2,. Aku macam ehhhhhh biar betul boss nak kemas bilik pulak? Mimpi apakah?