Saturday, December 31, 2011

Pengakhiran 2011 yang malang

Kalau...

Satu-satunya lelaki yang paling aku sanjung
Satu-satunya lelaki yang aku paling percaya
Satu-satunya lelaki yang paling aku sayang
Satu-satunya lelaki yang paling aku rapat
Satu-satunya lelaki yang aku berharap

Mula bermesej-mesej 'sayang-sayang' dengan perempuan lain.
Padahal perhatian dia pada aku sikit pun tak nampak perubahan
Masih sama macam dulu
Sangat-sangat tak sangka kan?









































Ye, lelaki itu ayah aku.

Boleh faham betapa terlukanya aku sebagai anak bila mendengar berita ni?


Dan perempuan itu berusia 26 tahun, kawan baik mak aku sendiri


Boleh faham betapa terlukanya hati mak aku? Betapa malunya mak aku dengan kawan dia tu?

Mak aku baca sendiri mesej2 ayah aku kat hp kawan dia tu. Nasib baik perempuan itu adalah perempuan baik dan jenis yang tak melayan. Dia dia rasa satu keperluan untuk berterus-terang dengan mak aku. Sebab itulah jugak dia menolak ajakan mak untuk datang ke rumah. (Dia rapat dengan family aku sebelum ni, selalu makan tengah hari kat rumah dan aku rasa ini salah satu sebab ayah aku boleh 'tersuka', selalu nampak , cantik macam artis2 pulak tu. Oh geli untuk memikirkan. 26 tahun. Baya anak sendiri kot?

Entah la. Rasa tawar hati sekarang. Rasa semacam kurang hormon nak bermesra-mesraan dan berlawak jenaka dengan dia lagi. Rasa malas nak layan. Ikutkan hati rasa malas nak pedulikan tapi otak kata ibu bapa perlu dilayan dengan baik. Even dalam hadis pun kata macam2 mana pun ibu bapa tetap ibu bapa perlu dipatuh dan dijaga hati selagi mereka tak menyuruh kita membuat kejahatan.

Sakit hati la. Sakit sangat2. Otak dan hati aku tak senada, tak seirama. Aku yang tertekan, serba-salah.

Luaran mungkin aku akan bereaksi biasa (mungkin lain sikit itupun kalau perasan la) tapi hati aku ni. Rasa jauh sangat2. Rasa curiga ni aku bawa sampai mati kot.


Bila mak aku beritahu tu, aku gelak pura2 macam tak percaya padahal bukti terang bersuluh. Nak buat apa lagi? Takkan nak nangis depan mak?

Pastu bila aku dah balik sini, mak aku tanya nana "Angah kau tak cakap apa2 ke?". Pastu adik aku btahu mak aku yang aku menangis atas bas (malam nak blik Tggnu), terusssss air mata mak aku laju turun ke pipi. Itulah sebab aku taknak nangis depan mak aku sebab aku tahu mak aku bukannya kuat sangat, dia mesti akan nangis kalau tengok aku nangis.

Kalau satu2 nya lelaki yang aku sayang, yang aku kenal betul2, yang aku paling percaya takkan buat benda2 macam ni pun boleh buat macam ni, tell me lelaki mana je yang aku boleh percaya sekarang?

Semua lelaki sama je. Senang sangat berubah hati. Mudah sangat nak tersuka orang lain.

Kalau mula2 awal perkahwinan je smooth pastu dah berusia 40 tahun-50 tahun buat hal, baik takyah kawen macam ni.

Susah kalau kita meletakkan kepercayaan dan rasa sayang yang tinggi terhadap lelaki ni, kelak bila dia buat hal, kita akan terluka sangat2. Aku sebagai anak pun dah terluka sangat2 ni aku tak boleh bayangkan kalau aku di tempat mak aku.

Aku dah la rasa fobia dengan lelaki. Bukan fobia apa, cuma aku rasa lelaki takde kepentingan dalam hidup aku pun. Aku ada family, aku ada kawan, aku cukup happy dengan hidup aku sekarang so lelaki ni untuk apakah? Kasih sayang? Kasih sayang bagaimanakah? Aku tak dapat cari lagi apa keistimewaan lelaki untuk hadir dalam hidup aku sebab aku rasa aku dah cukup kasih sayang, aku tak rasa kosong pun. Dah la lelaki2 yang konon2 nak ngorat aku tu, alaaaa macam la aku tak tahu diorang pun tengah adjust perempuan lain jugak dalam hati berkata 'mari kita tengok perempuan mana yang sangkut'. Heh. Aku tak ingin la lelaki macam ni. Jenis yang senang suka perempuan, suka ramai perempuan pastu kalau aku terima lelaki macam ni sure makan hati la apa la.

Pastu bila jadi hal macam ni, terus buat aku rasa tawar hati gila2 bukan dengan ayah aku je tapi dengan semua lelaki pun. Eh, tak payah la nak bagi rasa cinta pada lelaki ni kan. Sekurang-kurangnya kalau jadi apa2, hati tak la rasa sakit sangat. Aku rasa, kelak kalau aku kawen pun nanti, bukan atas sebab cinta pun. Kawen terpaksa je kot. Kawen je dengan mana2 lelaki pun. Demi memenuhi hasrat sedara-mara yang mengatakan semua anak dara perlu berkahwin. Cettt.

Pastu bila dah beranak-pinak akan aku lemparkan sepenuh kasih sayang aku kat anak-anak pastu bila suami kata nak kawen lain atau mula menunjukkan minat terhadap perempuan lain, aku dengan bangganya dan berbesar hati akan mengatakan "Silakan bang. Silakan." tanpa rasa sedih, berkecil hati mahu pun tertekan. Sebab bukan cinta pun kan so tak mungkin akan sedih. Tapi anak2 biar aku yang jaga. Hahahah. Sekurang-kurangnya ada orang yang akan jaga aku bila aku tua nanti kan?

Oh jangan risau, aku masih anak yang waras. Tapi dalam masa yang sama aku ingin menyedarkan ayah aku. Nanti kalau ayah aku bersuara suh aku kawen ke aku nak jawab macam ni "Malas lah nak kawen". Bila dia tanya kenapa aku nak perli2 sikit "Zaman sekarang ni lelaki bukan boleh percaya sangat, pijak semut pun tak mati. Mula2 ok, lama2 buat perangai, buat sakit hati je pastu asyik bersedih je. So buat apa kawen kalau tak bahagia? ". Ok tak jawab camni sambil gelak2? Tak nampak sangat kan?


Aku benci 2011. Aku berdoa moga hati ayah aku ditetapkan dan tak berbolak-balik lagi. Kan Allah yang pegang hati manusia? Dia ada kuasa untuk itu. Anggap saja ini ujian

Heh, malas nak fikir dah.

Friday, December 30, 2011

Down

Kalaulah kau tahu aku menangis teruk sebab kau, rasa2 nya kau akan berubah tak? Mungkin. Sebab kau tak pernah tengok dan mungkin tak akan sangka aku menangis pun kan.

Kalaulah kau tahu aku kecewa sebab kau, rasa2 nya kau akan berubah tak? Mungkin. Sebab aku tak pernah kecewa seteruk ini dengan sesiapa pun sebelum ni.

Kalaulah kau tahu kepercayaan dan rasa hormat aku kepada kau semakin berkurang tanpa diketahui ke mana, rasa2 nya kau akan berubah tak? Mungkin. Sebab kau sendiri tahu betapa tingginya kepercayaan dan rasa hormat yang aku letak pada kau.

KAU PASTI AKAN BERUBAH. Tapi, mampu ke aku berterus-terang dengan kau? Mampu ke? Kiranya membuatkan kau berkecil hati adalah perkara terakhir yang aku lakukan di dunia ini. Ya Allah, hanya Kau yang faham. Tolong tunjuk jalan terbaik.

Masalah, penat la fikir. Malas nak fikir. Makin fikir makin tertekan.
Kadang2 kita tak perlu nak fikir sangat. Sebab bila kita fikir kita akan membiarkan masalah itu terbelenggu dalam fikiran kita sedangkan kita boleh memilih untuk tak memikirkan.

Tapi kadangkala agak gila bila tak menghiraukan langsung hal ini sebab masalah ni kita terlibat sama dan sentiasa akan terlibat sama. Tak boleh nak elak. Melainkan aku pergi jauh (aku nak pergi mana?). Atau mati. Tu je.

Buatlah lagi. Buatlah. Suatu masa baru kau tahu langit tinggi rendah.

Memang. Memang pusing2 lagu tu jugak. Tapi kau kene sedar selepas ni keadaan takkan sama. Kita takkan sama macam dulu. Perasaan dan hati aku takkan sama macam dulu. Luaran mungkin sama. Itu kau kene terima. Sama macam mana aku terpaksa terima semua benda ini.

Bertahun-tahun aku bina titik kepercayaan ini, semudah itu kau musnahkan. Kiranya kalau kau tahu betapa remuknya hati aku, kau takkan terfikir walau sekali untuk berbuat demikian.

Jangan salahkan takdir. Kau tak boleh fikir semua benda pun takdir. Kadang2 ia mungkin ujian. Ujian buat kau. Kau yang tak kuat nak terima kan? Kau kalah dengan ujian Allah. Kau kalah. Kau tak pernah terfikir kan implikasi semua ni? Pernah tak kau terfikir hati2 yang perlu kau jaga? Pernah tak??????????????

Kau sama je macam orang lain.

Vaviiiii. Aku rasa nak pergi jauh!

Wednesday, December 28, 2011

Unpredictable

Ya Allah, mala petaka apa yang Kau turunkan buat kami. Berat rasa hati ni. Macam nak pecah. Bala apakah ini. Jatuh terduduk mendengar khabar yang disampaikan. Memang, kebenaran itu pahit untuk ditelan. Ya Allah, aku tak kuat untuk ini. Cukuplah setakat ini Ya Allah. Mengapa Kau turunkan ujian sehebat ini? Kenapa? Kenapa? Kenapa perlu mengirimkan derita setelah kau hadiahkan bahagia?

Aku tak marah, cuma aku terkilan sangat. Terkilan dengan diri sendiri. Mungkin aku tak cukup baik yang perlu kau kirimkan peringatan untuk diri ini.

Aku tak paham. Aku tersepit.

Cukuplah setakat ini. Aku tak sanggup, aku tak mampu. Aku taknak jadi pemuram durja hanya disebabkan ini. Aku tak nak tangisan menghiasi malam2 ku. Aku tak nak jadi seorang pembenci.

Kiranya
Kiranya
Kiranya

Pemergian aku dari dunia ini mampu memulihkan keadaan seperti sediakala, mampu menyedarkan, aku sanggup.

Aku sanggup berkorban.

Apa kau cakap ni nadia??

Ya Allah, berikan petunjukMu.

Sekurang-kurangnya kirimkan aku insan2 positif, insan2 yang mampu menceriakan hari-hari ku. Yang mampu membuatkan aku lupa dengan masalah ini.

p/s: Bukan berkaitan dengan cinta. Aku tak ada masa untuk itu

p/s: Nana kata aku nampak kuat. Tak. Tak. Luaran memang aku kuat. Belah hati aku sikit, boleh tengok apa di dalamnya.

Monday, December 26, 2011

Alahai Boss-ku

Boss KL. Lawak nak mampos laaaaaaaaa!

Rasa nak mesej je dia 'Ko ni lawak laaaaaaa'

ahahahahah

Sakit perut aku gelak bila dengar cerita yang disampaikan oleh kelik aku tu. Boss aku mungkin bercakap dengan nada serius, mungkin dia tak sedar benda yang dia cakap tu mendatangkan ketawa di kemudian hari. Nasib baik dia cakap dengan kelik aku, kalau cakap dengan aku? Aku gelak dan2 tu gak pastu sure kene sound sebab main2/nampak tak serius (sebab gelak tyme dia cakap).

Salah satu hint lawak itu adalah sangat kelakar ialah bila aku sampaikan kat orang dengan nada tersekat-sekat sebab gelak+bercakap dalam masa yang sama. Cakap sepatah gelak cakap sepatah gelak bila nak abis ayat kan? Penat tau nak abiskan ayat aku sebab nak cakap tapi nak gelak gak. Bleh bayangkan?Aku gigih la nak abiskan ayat nak sampaikan cerita itu sepenuhnya kat best friend aku sebab bagi aku, lawak harus dikongsi bersama!

Terima kasih boss sebab menceriakan hari saya =)

p/s: Bukan semua orang boleh membuatkan orang ketawa ketika dia bercakap dengan serius, dengan nada yang serius sekaligus tak sedar langsung yang ayat dia boleh mengundang tawa orang, apatah lagi ketawa terbahak-bahak ;)

Sedia je lah.

Boss: Nadia, ko dah buat passport ke belum?
Aku: Belum. Kenapa?
Boss: Apasal tak buat lagi? Kan aku dah cakap dulu? Penat la nak cakap banyak kali.
Aku: Errr. Hari tu bukan belum confirm lagi ke? Kene approval boss atas baru kira confirm kan
Boss: Apa pulak tak confirmnya. Aku cakap kira betul la tu. Ko ni. Apa yang susah sangat? Penat la nak cakap banyak kali. Nadia, benda2 yang aku cakap kene take serious sikit jangan nak main2.

Aku terfikir nak buat passport ke tak ni. Memandangkan aku ada banyak masa, ada baiknya aku buat sekarang. Sekurang-kurangnya kalau tak jadi takpe la, bleh aku simpan kot2 nak pi Singapore jalan2 ke. Hehehe. Sebab kalau jadi camne? Mampus aku kene sound dengan boss aku (macam dialog di atas). Kat sini kadang2 selamba je short notice. Hari ni beritahu suh gi, minggu depan flight pun pernah ada kes ok. Dialog di atas adalah apa yang aku boleh imagine-kan berdasarkan kes lepas2. Ini lah tahap ke tak boleh blah-an boss aku. Benda kecik macam ni lah yang dipebesar-besarkan so nampak aku macam salah, dia betul. Padahal buat passport 24 jam siap tak perlu nak sound2 pun. Tapi dia ni bukan boleh kira, main lepas je mulut. Oh dia sendiri kata mulut dia macam cilaka so paham2 je lah. Ni contoh la. Nak bagi peristiwa betul2 cam tak bape sedap la. Hahaha. Ok nak buat passport esok. Tak kira lah jadi gi ke tak jadi ke cancel last minute ke, aku nak claim gak duit buat passport tu. Huh. RM100 tuuu *berkira*

Wednesday, December 21, 2011

Rasa-rasa

Nape eh. Kalau kat twitter kan, bila orang2 lain update tweet aku rasa macam kadang2 (tak selalu, mungkin 2 kali dalam 6 bulan) tweet itu ditujukan untuk aku, macam terkena kat batang hidung, macam sentap sendiri2. Hahahaha. Aku sorang je rasa macam ni kot. Adakah? Hahaha.

Dulu pernah memang confirm dan sahih ada sorang dari kawan aku ni sindir aku kat twitter (sebab tweet dia berturutan selepas aku, sebaik sahaja beberapa saat aku update tweet, tentang isu yang sama yang ada kaitan dengan tweet aku kiranya dia nak pertikaikan tweet aku tu la), aku rasa macam alaaaa reply je la tweet aku tu kan, takde la aku mcm sentap sebab direct kan tapi bila 'indirect' tu tetiba rasa lain macam, takyah la nak update tweet sambil sindir2 aku kan tapi aku buat donno je.

Eh bosanlah rasa macam ni. Eh bosanlah tweet.

Baik aku bertapa kat Google Reader.

Menjeruk perasaan

Marah

Pastu time rasa marah+benci bersatu (bukan benci biasa2 tapi ni tahap rasa nak cakap 'ba alif ba ya la kau' gituuu) tetiba ada orang pujuk. Lalu perasaan itu bertukar rasa sedih plus tetiba rasa nak nangis (sebab rasa macam ohmaiiii baiknya dia). huhu..

Kenapa kenapa. Kenapa aku perlu berhadapan dengan dua insan yang berlainan karakter. Kan bagus mereka ada satu karakter saja. Be it yang itu mahupun yang itu, i don't mind. Sekurang-kurangnya aku tak perlu membezakan. Aku perasan, perbezaan itu sebenarnya yang buat aku sedih ;(


huhuhu...

p/s: Cerita semalam, tetiba teringat balik. Mujur aku seorang yang walaupun 'cepat panas' tapi cepat pulak sejuknya.

Monday, December 19, 2011

Skodeng

This guy, write about my sis on his blog ;)




This is a story about stranger who become part of my life.

We first met when im doing my diploma in UiTM Melaka. We barely speak but her amazing smiles led to few conversation between us.

I still remember her presentation about breast cancer, she said she was so nervous but she do it well.

Im not good at remembering stuff, so i might forget some important moments, that make us more closer.

She accompany me, almost every night at twitter.

I secretly read her blog. haha :D

but one thing, that makes me afraid of her. Her undying love to Allah. and me just a guy with so much sins to start with.

A few days back, she celebrated her 20th birthday, and i feel so bad that i wasn't there to celebrate the most important event for her and with her.

I still remember that i was suppose to met her, and help her with her assignments, but i texted her, last minute, cancelled the meet up, because i've got some other things coming, and i feel bad for it, im so sorry.

if you read her blog, you can see how sincere she is.

Totally different if comparing to me, talking about unimportant stuff almost all the time.

So i promise to myself that when i've got chance to meet her, i will make the day special for her :)




p/s: Aku ingat lagi pasal budak ni yang nana cerita. Dia tersangat pelik bila budak ni kata dia kagum dengan nana sebab nana macam bagi idea kat dia sikit,tolong2 tambah point budak tu masa budak tu tengah present (like what he write in his entry yang part 'not good remembering stuff tu). Sejujurnya bagi aku benda tu biasa2 (nana pun rasa macam tu).Ala, macam menyampuk benda yang kita tahu. Tapi tu la, kadang2 apa yang kita buat kita tak sedar yang ada orang yang kagum dengan kita walaupun benda yang kita buat tu kita rasa biasa2 je non special at all. Kan Allah yang pegang hati manusia. Dia boleh buat orang suka/tertarik walaupun kita rasa benda tu biasa sangat =)

p/s: Teringat cerita ada sorang tu kagum dengan aku (dia citer kat orang lain) hanya disebabkan aku bawak motor. Heyy, ini zaman moden kot, biasa la girl bawak motor kan

Friday, December 16, 2011

Pertanyaan demi pertanyaan

Kalaulah kita boleh kontrol hati kita
Kalaulah kita boleh pilih untuk tentukan kita nak suka sape
Kalaulah kita boleh memilih

Kalaulah
Kalaulah

Kalaulah kita bagi peluang pun tak boleh nak rasa suka macam mana???
Kalaulah kita still tak boleh nak elak rasa suka macam mana???

Kalaulah perasaan suka itu boleh ditukar-tukar

Tuesday, December 13, 2011

Aberdeen

Pagi tadi boss KL tanya.

“Nadia, aku nak antar ko gi training kat Aberdeen. Ko nak gi tak?”

Kelu gila lidah aku. Kebetulan aku tahu Aberdeen tu kat mana (walaupun tak glemer sampai kawan aku pun tak tau kat mana). It’s UK!

Boss kepada boss KL suruh cari orang untuk hantar training kat Aberdeen, UK. Boss aku bagi nama aku ngan bos T (just two of us) for training purpose (untuk unit kitorang. Kiranya plan dan peruntukan memang ada cuma nak cari orang untuk training kat sana. Yang lawaknya masa boss aku cakap tu aku terdiam tak terkata apa kan (kelu ok!) dia bleh ingat aku macam tak nak gi sebab tu aku diam je. Siap pujuk2 aku suruh gi siap cakap kalau gi dapat experience tempat orang, experience kerja siap cakap dapat claim banyak (satu hari RM500 kalau tak silap). Padahal dia tak sedar aku terdiam sebab terkejut. Hahaha.

Dear boss KL. Tengkiu banyak2 sebab bagi opportunity kat saya =) Saya kalau bab2 gi oversea, laju je, takyah tanya2 la confirm berehhh.hihihi

Tapi tak boleh nak yakin sangat 100 % sebab dulu pernah ada kes antar orang lain sekali last2 tukar orang.

Boss KL dulu la… Sepatutnya dia yang kene gi training kat France, Japan (dulu2, tahun 2008-2009 camtu). Tapi sebab bos atas dia gila nak bercuti free, last2 boss dia yang gila nak bercuti tiket free yang pergi, boss KL ni tak dapat pergi. Padahal yang buat analysis, yang operate instrument bukan boss dia dia tapi dia. Macam tak patut kan bos dia tu??? Sepatutnya bila pergi training ada outcome. Tapi orang gi training balik takde apa2 outcome pun! Last2 dia suruh boss dia yang run (lawak je part ni.hahaha). Tapi last2 tak berjalan pun instrument. Kiranya boss dia gi tu useless je. Gi sana tak faham pape pun.

Disebabkan dia pernah alami situasi macam ni so dia taknak buat orang bawah dia macam tu. Ni yang bagusnya dia ni, ada common sense. Kalau ikutkan la, dia boleh je nak pergi weh (Lagipun dia belum pernah gi UK lagi). Sebab dia boss, ada kuasa untuk buat keputusan. Dia boleh je pergi dengan bos T berdua. Pastu boss T balik boleh ajar aku, takde pe dehal kan. Kiranya dia gi free2 la, outcome pun ada (sebab boss T boleh ajar aku). Tapi dia tak buat macam tu. Dia nak bagi peluang kat aku. Dia nak aku yang experience benda2 tu. Sebab aku yang nak run sample, so dia nak antar aku. Pastu antar bos T sekali sebagai back-up (sebab kebanyakan analysis aku yang buat, boss T dah banyak handover kerja dia kat aku)

Huhuhu ceritanya sekarang. Takut boss dia yang gila bercuti tu tetiba menyebok nak gi skali trip kali ni. Kot la dia gi berdua dengan boss T ke. Sebab boss T boleh ajar aku kan. Tapi dulu dia macam lab manager dan boss unit boss KL boleh la dia nak menyebok2. Sekarang dia dah macam takde kaitan dan takde kene-mengena dengan unit aku so no point la nak menyebok2 kan.

Hermm tak tau la. Dulu budak baru lelaki 3 orang gi training untuk kursus untuk gi offshore (cost RM1980 per head), boleh plak dia nak marah2 sebab macam takde outcome katanya. Ceh dia gi France, Japan tu ada outcome plak? Hhahahah.. Pastu bising2 kata tak cukup orang nak gi sampling kat offshore. Tapi bila boss aku nak antar orang kursus offshore tu bising2 plak. Entah la, dia tu kes nak jimatkan kos la tu. Tak fikir langsung profit dan kelancaran kerja yang akan dapat kalau antar orang gi training apa2 ke.. Nasib boss aku dah dapat approval dari orang yang atas lagi dr orang tu, so lepas la 3 orang tu gi training. Tu yang dia marah tu konon tak melalui approval dia dulu kononnya.

Yang kes aku ni tak tahu la camne. Takut dia involve je. Kalau boss aku bijak skit dia takkan minta approval dari orang tu. Terus minta approval dari pihak yang lagi atas. Hahah. Tak tau la camne. Macam tak berharap sangat kot. Kalau aku tak dapat pergi tu tak lain tak bukan sebab dia la..

Kelakar dengan ayat boss KL

"Ko kene polish skit BI ko tu. Jangan ko gi tapi tak faham apa yang mat saleh tu cakap nanti boss aku tanya sape yang gi Aberdeen tu, Nadia apa outcome, ko pun dok Uuu Aaa Uuu Aaa depan boss aku macam orang bodo tak tahu apa2 kang dengan aku2 sekali bodo sebab antar ko gi sana".

Hahaha. Lawak la boss aku ni! Tolong la jangan cakap lawak macam tu.LOL

p/s: Dia ni agak senang mengeluarkan perkataan bodo la apa la. Even benda2 simple. Tu yang aku rasa lawak tu. Dengar dia mencarut2 dalam phone, buat aku asyik tergelak je.

p/s: Boss KL tak jadi berhenti kerja. Hehehehe =D

Monday, December 12, 2011

Sentiasa dalam ingatan

"Apa specialnya Nadia sampai ko……(perbualan seterusnya dirahsiakan)" tanya seseorang kepada dia.

Jawapan dia membuatkan aku terharu.

Seumur hidup ni, tak pernah kot rasa terharu sangat-sangat sampai ke tahap ini. Especially dengan orang yang aku agak asing dan tak berapa rapat.

Macam nak nangis pun ada neh.

Mungkin sebab dia nampak ‘jahat sangat’ sampai aku tak pernah terfikir dan macam tak sangka dia akan buat benda baik.

Benda baik yang 'orang baik' sendiri' pun tak pernah dan tak terlintas langsung pun nak lakukan



8 December 2011

Terharu banyak-banyak!

(Lately benda ni asik bermain-main dalam kepala aku)

Sunday, December 11, 2011

Yin & Yang

Anda...

Kenapa masih bertanya?

Anda berharapkah?

Atau sebenarnya memberi harapan?

Atau anda sebenarnya tahu tapi 'sengaja' buat2 tahu

Atau mungkin mencuba nasib.

Tidakkah anda pernah terlintas di hati yang...






Yin & Yang,

Takkan mungkin bersatu.

Selagi Yin adalah Yin dan Yang adalah Yang.

Dua itu adalah entiti yang berbeza.

Takkan mungkin disatukan, takkan mungkin bersama.

Walau apa sebab pun.

p/s: Kecuali dengan kehendak Ilahi.


Notakaki: Hatiku terusik. Dengan pertanyaan yang kedengaran ikhlas. Sorry, aku tak mampu nak jawab ;(

Saturday, December 10, 2011

Rahsia

Even serapat mana pun, mesti ada rahsia.

Blog yang ini, even adik aku sendiri pun tak tahu. Dan dia takkan tahu. Dan dia tak perlu tahu.

Identiti orang2 kat dalam ini yang aku lindungi identitinya (demi menjaga keaiban), semuanya berada dalam pengetahuan adik aku sebenarnya (bukan aku yang beritahu).

Orang yang tahu identiti dan kenal insan2 yang aku ceritakan dalam blog aku ni, tak perlu tahu apa anggapan,tanggapan,perasaan & harapan aku tentang insan2 itu. Oleh sebab itu, mereka takkan tahu kewujudan blog ini.

Orang yang tak tahu identiti insan2 yang aku ceritakan dalam blog aku ni dibenarkan untuk tahu apa anggapan,tanggapan, perasaan & harapan aku terhadap insan2 itu. Oleh sebab itu, mereka aku benarkan untuk berada di blog ini.

=)

Dua-dua ada rahsia kan.... dan biarlah hanya aku tahu sepenuhnya rahsia itu.

Boss KL

1) Dia jenis bos yang sangat sangat sangat melindungi anak-anak buah dia. Benda ni aku nampak lepas aku bandingkan sesuatu isu dengan bos2 yang lain. Kawan aku yang berpindah boss (buat sementara) pun dah terasa perbezaannya. It’s preety said that my boss is an amazing boss compare dengan boss2 lain. Bahkan dia akan ‘mengamuk’ kalau tahu ada bos lain/sesapa yang ‘kacau’ anak buah dia. Kacau macam mana? Sort macam buli sampai anak buah dia tertekan (kes macam kawan aku kot. Ni dia tak tahu apa jadi kat kawan aku tu, kalau dia tahu sure dia mengamuk~Semua ni bos T yang btahu). Nasib baik bos aku ni ada gf dah kalau tak bleh masuk senarai calon aku.kehkehkeh *miau2*<--- gedik tetiba

2) Masa aku sakit ari tu. Selalu dia akan suruh aku follow up apa2. Dan dia tahu kalau aku buat follow up mesti tak berapa nak jalan sebab aku ni sape. Pekerja biasa je, lainlah dia , boss, kalau minta apa2 sure cepat jalan. Dia tanya aku aku dah dapat kad perubatan ke. Aku cakap belum. Aku btahu dia nanti aku sendiri call orang KL tu , buat follow up tanya pasal kad tu tapi dia kata ‘TAKPE2, BIAR AKU YANG TANYA DIA’. 2 jam lepas tu dia call aku btahu dia da settlekan pasal tu, dia suruh aku gi klinik cepat2, nama dah ada dalam system.. Wahhh pantas dan efficient sungguh


3) Dia kan aggresif sikit. Orang aggresif ni rajin ‘bising’ kalau tak dapat. Sebab tu selalu apa2 yang dia minta dari management cepat je dapat. Even bos lagi atas daripada dia pun tak seaggresif bos aku dan kata kalau bab minta2 ni serahkan kat bos aku ni padahal orang tu lagi bos (jawatan lagi tinggi daripada bos aku tapi slow bab minta2 ni maklum la orang tak aggresif so takut nak banyak2 bunyi).


4) Ayat yang sama aku dengar dari semua orang. ‘Dia ok tapi bab kerja dia strict sikit’


5) Jenis yang tak berkira sangat. Dia boleh meng-confirm-kan aku tanpa banyak karenah padahal kawan aku yang kerja awal 3-4 bulan daripada aku tak confirm2 lagi sampai sekarang. Huh, berkira betul bos diorang kan? Boss aku terkejut dengar budak yang masuk sebelum aku tak confirm2 lagi..


6) Guide aku dengan betulnya (walaupun disertakan dengan bebelan2 yang tak enak didengar kadang2.hahaha). Dia akan btahu sekian2, tunggu aku cari info dan settlekan je. Kalau bos T, apa benda yang dia suruh aku buat kadang2 aku sendiri tak faham dan aku terpaksa sort it out apa benda sebenarnya yang dia nak.


7) Bersikap bossy. Tapi aku tak kisah sebab dia bos yang caring ;)

7 kelebihan berlawanan dengan satu kelemahan. Dan aku rasa aku boleh melupakan kelemahan itu ;)

Tapi kalau boss aku ni dah takde nanti, sape nak protect aku? Huwaaaaaa. Sob3x..

Dear Boss.. Tempat keje boss yang baru tu ada nak pakai orang tak? Mahu ikut boss...

Friday, December 9, 2011

Lawak

Kelakar gak kalau lelaki 'bahan' lelaki. Diorang macam takde cover2 dah.

Masa tu makan ramai2. Lelaki ini (aku bagi nama samaran Mr X) tengah distribute kuah tomyam daripada mangkuk besar masuk ke dalam 10 mangkuk kecik.

Mr. K: Fuh...Bagus la Mr X ni. Gentleman tu. Kalau aku jadi perempuan memang best la dapat partner, pasangan hidup macam ni...

(selepas 5 saat)

Mr. K: Tapi nak buat teman tidur tak best lah.
Mr. X: Bodoh. *cakap sambil tergelak*

(satu meja gelak!)

Notakaki: Mr. K dengan Mr.X ni memang best friend.

Notakaki 2 : Puas aku fikir apa maksud ayat Mr.K tu. Tapi lama2 aku faham dah. Hahaaha.

Caring

Orang kata kalau nak tahu caring ke tak seseorang tu ialah time kita tak sihat.

Baru aku tahu, wahhhh caring2 gak dua-dua bos aku ni. huehuehue. Cuma bos T nampak caring (tunjuk)lebih sikit mungkin sebab kitorang selalu berinteraksi. Dulu awal2 time dia tak biasa dengan aku (time aku jatuh motor bulan puasa dulu) dia sendiri cakap ngan sorang pekerja lain yang dia 'segan' nak tanya aku. Bos KL yang kebetulan ada kat sini semalam pun ada tunjuk caring gak tapi macam tak nampak sangat.

Next entry, aku ingat aku nak up entry kenapa aku suka bos KL walaupun mulut dia celupar tak hengat. Selalunya mulut type2 gini jarang (tak pernah?) dapat komen positif dari aku sebab bab kata orang 'kerana mulut, badan binasa'. hahaha. Kerana mulut, apa2 yang positif semua letak tepi.hahaha. Tapi dia ni macam special case skit, benda2 positif dia tu yang aku nampak menyerlah berbanding mulut dia tu so mulut dia tu aku just letak tepi je (tahan telinga.haha)

Thursday, December 8, 2011

Malu

Hermm.. Jarang orang judge aku at the very first time berdasarkan point yang aku cakap dan perkara yang aku ceritakan. Selalunya orang judge aku daripada penampilan aku.

Paling tak sangka dia ingat lagi detik pertemuan dengan aku dulu, Dia ingat lagi 'perasaan' dia masa itu, dia ingat lagi benda apa yang aku cakap dengan dia dan paling tak sangka dia ingat lagi 'judging' dia terhadap aku dulu.Judging positive *mari blushing bersama-sama.haha*

Takkan dia tak boleh agak yang kawan aku akan cerita point2 yang dia cakap tu kat aku? Takkan dia tak tahu yang kawan aku tu agak best friend dengan aku so kemungkinan dia akan report benda yang dia cerita tu agak tinggi.hahaha. Tolonglah dia rasa malu. Aku yang mendengar ni pun termalu-malu dah. Aiyoooo...

Wednesday, December 7, 2011

Misteri

Kenapa makin hari makin suka ni? Arghhhhh.

Tambah2 bila dia keluarkan ayat "Berkenan tak?" sambil tunjukkan jari ke arah dirinya sendiri sambil pandang tepat ke arah mata aku. Mungkin dia bergurau (masa tu ada 2 girl lain kat situ) tapi tergamam haku. Hanya mampu senyum (sebab fikir dia hanya mengusik)

Dia macam ada aura. Tuhan, tolong lenyapkan aura ini

"Jumpa dah boyfriend kat sini?"
Straight giler dia tanya!!!!

Nak je aku jawab 'Belum. Kenapa? Nak tolong carikan ke?' tapi memandangkan ada lebih kurang 10 orang kat situ maka aku perlu rasa malu hanya mampu gelak sambil disambut kata oleh orang lain "Kau ni pun, tanya open2 depan ramai orang. Itu kene tanya personal2 la"

Sunday, December 4, 2011

Tweet attention seeker.

Aku kan tak suka tweet yang ala2 attention seeker. Contoh

'Sape suka Aaron Aziz sila RT.'

Tu takpe la, walau kita suka pun kita tak RT, apadehal kan. Suka hati la nak RT ke tak.

Ni yang tahap ala2 memaksa. Tahap kritikal. Contoh.

'Sape Islam sila RT.'

Attention seeker ok? Suka la kot berpuluh RT dia dapat.

Tweet ni ala2 kalau tak RT so tak ngaku Islam la kononnya.

Yes aku mengaku aku Islam tapi aku taknak RT , so what?

*emo tetiba*

Friday, December 2, 2011

Way to go



Tadi kan sharing2 dengan bos pasal satu benda (berkaitan suasana kerja&orang2 kat sini) sambil2 tu selit la pasal bos KL. Tanya dia confirm ke bos KL nak berhenti. Dia kata memang confirm. Huaaaaaa nak nanges!!! Huhuhu. Aku tanya kenapa dia kata ada la hal personal (tapi aku dah tahu kenapa, dari sumber2 yang dipercayai). Pulak tu bos ni bukak satu rahsia salah satu sifat kebaikan bos KL tu. Lagi laaaa rasa nak nanges!

Pastu dia selit2 tanya aku ok ke berbos dengan dia. Dia suruh terus-terang kot2 ada yang tak puas hati. Camne aku nak cakap. Langsung takde rasa tak puas hati ke apa. Instead aku ter-cakap statement ‘bos paling baik di antara bos2’. Wahhh terpuji depan dia sudaaaa.


Bos saya kan.. Sangat cool. Sangat sopan. Sangat baik. Sangat bertimbang rasa. Sangat bertamadun. Eiiii rasa nak puji satu perenggan. Aku rasa kalau berbos-kan dia, keje 10 tahun pun haku sanggup!

Tapi bila bos lain nak konker aku, aku rasa macam aih apahal ni. Dia tak tahu keje aku macam mana, tiba2 nak tunjuk kuasa plak pekes kan. Orang2 macam ni yang buat aku nak resign cepat2 ni. Bukan aku je, kawan aku ni pun! Tapi kitorang aim nak dapat IKM dulu before resign. At least resign dapat something la, tak rugi kan. Way to go!