Saturday, August 13, 2011

Kutub utara kutub selatan, moga ianya bersifat sementara


Kutub utara kutub selatan. Macam….magnet!

Dia jauh daripada aku, tapi bayangnya ada di mana2. Baru semalam TER-masuk dalam mimpi aku (dah 2-3 kali rasanya tapi selalu aku ignore malas nak ingat). Dalam mimpi semalam apa dia buat tah kat majlis perkahwinan sepupu aku, tapi yang herannya aku tak terkejut plak nampak dia kat situ.

Setiap kali kalau bercakap face to face dengan dia, rasa nak tengok mata dia lama2, tak nak lepas walau sekejap. Tah nape tah. Macam magnet. Nak kata suka, tak suka pun, just natural (aku sangat pasti dengan ini). Just suka tengok mata dia. Mungkin bentuk mata dia cantik, mungkin mata hitam dia bercahaya macam pakai contact lense, mungkin bulu mata dia melentik, mungkin mungkin. Aku pun tak tahu kenapa ‘mata’ dia seperti magnet bagi aku. Senyumannya pulak, manis sungguh. Tambah2 dia jenis yang suka senyum. Tapi tak hensem pun dia, jauhhhh dari ciri2 yang boleh aku kategorikan sebagai hensem (hensem lagi mamat yang muka ala Chinese look tu (Mr Sk & Mr Z juga tapi tak tertarik plak aku dengan yang hensem2 tu). Pernah dulu2 sekali terkantoi ‘khayal’ sebab dok tengok mata dia je. Macam mengelamun. Agak2 dia perasan tak? Astaghfirulahalazim, moga dijauhkan segala fitnah..

Nak kata selalu jumpa yang memungkinkan semua ini (macam aku suka Mr.A dulu, sebab selalu jumpa), tak plak.Sebulan sekali kot.


TAK SUKA tapi tertarik. Bukan tertarik sebab suka tapi just tertarik (ayat samyvellu sila buat2 faham)

Nak kata tertarik sebab hensem, dia tak hensem pun woi.
Nak kata tertarik sebab peristiwa ala2 hindustan macam kisah aku dengan Mr. A dulu, takde pun.

Jadi kenapakah?

Sungguh aku tak mahu membenarkan perasaan ini berterusan. Perasaan teringat-ingat selalu. This feeling was totally wrong. Sebab sebab sebab…


Biarlah rahsia

Semoga ia hilang perlahan-lahan ditelan waktu.

Semoga perasaan ini bersifat sementara. Moga dijauhkan. Amin.

p/s: Tak nak rasa 'tertarik tapi tak la suka pun, just natural' bertukar menjadi 'tertarik&suka tapi taknak mengaku'.

No comments: