Monday, October 22, 2012

The moment


"The moment, when a group of your neighbours talking about you, praising on how rare, different, determine and brave you are compare to their daughter/others at the same age/level, based on their observation since 13 years ago, saying all in front of you and your parents. Then i realized, it's not only education that can make your parents proud to have you"

Sengaja aku lemparkan kata2 ni di ruangan facebook. Untuk memberi semangat kepada mereka-mereka. Di saat ribuan orang sedang convo degree/master, pegang skroll, pakai jubah. Ada yang tak berpeluang. Hanya memandang di balik skrin.

Dari dulu, persepsi ramai orang, belajar tinggi-tinggi salah satu reason adalah untuk buat mak ayah proud dengan kejayaannya. Bila konvo, lihat mak ayah tersenyum, rasa macam feeling 'kejayaan'. Memang betul, tak mungkin boleh dinafikan. Bagaimana nasib mereka yang mungkin tidak bijak untuk belajar tinggi? Tidak layakkan mereka mendapat penghargaan yang di mana mak ayah bangga dapat anak sepertinya? Aku macam tertanya-tanya dalam ketidak-adilan ini. Sebab aku tak jumpa reason apa lagi yang dipakai selain taraf pendidikan dan juga kerjaya yang bagus. Sampailah aku menerima kata-kata di atas. Masa tu aku macam ada rasa terkedu, terkejut dan terkesima. Sebab sangat rare untuk mendapat penghargaan sebegini, yang tak ada kaitan langsung dengan taraf pendidikan/kerjaya, dari sekumpulan jiran2 yang berkumpul membincangkan pasal anda, sebulat suara mempunyai observation dan pandangan yang sama, pada ketika anda dan ibu bapa anda ada disitu ketika itu. Masa tu baru aku sedar, bukan education sahaja yang boleh buat ibu bapa anda bangga dengan anda. It's your attitude too.

Patut la, dari dulu lagi (correction, sejak darjah 4 which is since 15 years ago), setiap kali aku keluar rumah confirm terserempak dengan jiran2, confirm akan ditanya nak pergi mana, buat apa, berapa lama, sekarang buat apa, cuti ke bla bla bla. Setiap kali. Macam2 mereka tanya, dengan detail (with the fact jiran aku cam type suka bercerita). Kadang2 sedikit rasa macam 'Kenapa eh nak tahu? Kenapa eh setiap kali nampak aku ke mana mesti nak tahu?' tapi memandangkan aku ni jenis telus dan berterus-terang, aku cakap je la. Bercerita untuk berbasa-basi. Takkan nak cakap 'Adalah...Takyah tau la..' da semacam kerek je bunyinya. Aku pulak, nampak jiran2 aku keluar ke mana2 tak pernah pulak nak tahu mereka pergi mana semua (aku memang jenis tak amik tahu hal jiran).

Rupa-rupanya mereka2 ini 'melihat' dalam diam, 'menilai' dalam senyap.

-Mulut hanya senyum terkedu, tapi dalam hati aku menjawab pertanyaan mereka (err sebab mereka wonder kenapa aku begitu, begini), dalam setiap apa yang aku lakukan, aku jarang berfikir apa pandangan orang terhadap aku. Mungkin kadang-kala berfikir, tapi aku lebih mengutamakan apa tujuan aku buat, kehendak dan kepuasan hati aku daripada berfikir apa pandangan orang terhadap aku. Ye, kehendak dan kepuasan hati aku agak pelik. Kadang, ianya bertentangan dengan apa yang aku ada/miliki. Sebab itulah kot, aku kelihatan pelik, rare, gigih, berani berbanding remaja perempuan seusia aku bagi mereka. Padahal aku rasa benda tu biasa, sangat biasa. Dan aku tak tahu bagaimana nak menjelaskan ini kepada mereka. Bimbang mesej aku tak sampai. Biarlah, ianya tidak berjawab, biar aku je yang faham, cukup dengan senyuman sebagai jawapan =)

No comments: