Wednesday, October 31, 2012

Menjaga pandangan


Rasanya inilah kali pertama aku kenal dan berhadapan dengan seorang lelaki yang sangat sangat sangat sangat sangat menjaga pandangannya yang mana dia bukanlah terdiri daripada kalangan ustaz, alim ulama ataupun tahfiz.

Lelaki yang malu2 banyak gak aku jumpa tapi yang takkan pandang muka/bertentang mata dengan perempuan tu aku tak pernah jumpa.

Sampai kan kawan dia kata, dia kalau terpaksa makan/minum depan perempuan, air yang dia minum memang takkan habis.

Dia lelaki biasa, yang kadang2 cakap merepek, pandai bergurau, gelak terkekek-kekek tapi semuanya hanya dengan lelaki sahaja. Dia takkan berperangai begitu dengan perempuan (pandang muka pun tak). Pelik kan. Kawan aku Azi yang perasan dia macam tu. Aku langsung tak perasan padahal dia staff aku sepatutnya aku lagi perasan.. Hahaha. Sejak tu setiap kali cakap dengan dia aku akan perati betul2, memang langsung tak pandang muka u know..Dia respon apa yang aku cakap, tapi mata akan pandang tempat lain. hahah.

Sejak kawan aku si Azi tu dapat detect, makin kuat dia mengusik budak tu. Perkara 'budak-tu-yang-terlalu-malu-dengan-perempuan' tu dijadikan bahan usikan sampai semua yang ada/terdengar akan turut tergelak sama.

Aku takde la mengusik. Perkara yang dia tak pandang muka kalau bercakap tu dulu aku ingatkan sebab dia memang tak berminat nak cakap dengan aku/malas nak berinteraksi dengan aku. So aku biar je la. Sebab aku kalau orang macam mengelak dari aku, aku jauh lagi mengelak dari dia. Tapi bila aku tahu yang dia tak pandang muka sebab dia memang jenis macam tu, aku rasa macam wahhhhhhhhhhhhhh bagusnya dia ni!!!

20 tahun lebih hidup tak pandang mata perempuan di mana sekelilingnya adalah manusia biasa bukan tahfiz2. Can u imagine?

Orang kata dari mata turun ke hati. Tapi kalau mata pun tak pandang, aku wonder macam mana dia nak jatuh hati dengan perempuan eh? Then aku teringat, kalau dah jodoh, tak pandang pun, akan bersatu jugak, walau dengan cara apa sekali pun.

'Biarkan takdir melaksanakan keajaibannya' <---- Aku suka ayat ni.

No comments: