Sunday, October 28, 2012

Rahsia


"Bengong! Kenapa deactivate FB?"
"Err.. Kalau taknak cakap sebab boleh tak?"
"You didn't trust me ke?"
"Tension, stress. Tu je"

"Nana, erm..boleh minta tolong satu benda tak?"
"Apa dia"
"Ermm..lain kali kan, kalau ko update status kat FB yang ko gi Melaka, yang aku join skali, ko hide status tu daripada dia boleh tak? Yang ko gi sorang je, ko tak hide pun tak pe. Ni yang khas kalau aku ikut skali"
"Okay... Kenapa?"
"Tak nak dia tahu aku ada kat Melaka. Tu je"
"Angah, ada something yang berlaku yang ko tak cerita lagi kat aku ke? Kenapa aku rasa ko macam merahsiakan something dari aku je"
"Takde la. Takde pape. Saje je"
"Dulu, aku tengok setiap hari mesti ada satu status update dari ko, sekarang macam jarang sangat je"
"Saje, malas dah nak ber-FB, sekarang zaman matang. hahah"

Sesungguhnya aku tak percaya dengan ayat 'Antara kita tiada rahsia' (yang pernah suatu ketika dulu aku sebutkan benda ni relation antara aku dan nana) kerana mesti akan ada secebis rahsia yang kita akan memilih untuk merahsiakan. Mungkin sebab segan, mungkin rasa macam benda tu memalukan maka tak patut diceritakan, mungkin belum sampai masanya untuk diceritakan sepenuhnya, mungkin rasa benda itu terlalu sulit untuk diceritakan dengan olahan terbaik setara apa yang kita rasakan, dan paling worst case, kita sendiri tak dapat terima hakikat dan tidak percaya kita punya rahsia itu apatah lagi mahu dikhabarkan kepada orang.

p/s: Nana add him as a friend is really a bad idea for my 'winter phase' (fasa sejuk, beku. heh). Tapi takkan nak suruh nana delete plak kan. Aku tak nak jadi awkward. So just let it be. Aku mahu 'menghilang' slow2, sedaya-upaya, selagi Tuhan mengizinkan. Tuhan, bantu aku, aku dah 'penat'.... =)

No comments: