Sebab utama aku deactivate FB adalah aku tengah berada di fasa senyap. Fasa T.A.W.A.R H.A.T.I dengan seseorang. Fasa melarikan diri daripada seseorang. Aku taknak baca apa2 update dari dia. Tak nak stalk update dia. Taknak stalk comment2 dia. Taknak bagi dia baca update/comment2 aku. Pendek kata tak nak tahu apa2 pasal dia dah! Cakap mmg senang kan.
Takyah bukak FB senang cerita.
Tapi susah ok, susah. Nak tahan diri. Aku kirakan dengan deactivate FB, kerja aku akan jadi a way lagi mudah. At least.
Susah berkawan dengan orang yang berhati kering ni. Susah berkawan dengan orang yang ego ni (tapi ego aku kau tak nampak kan? Tahniah sebab tak nampak!). Orang macam ni kita patut biarkan dia 'mati' dan tenggelam dalam ego dia sendiri.
To engkau:
Aku tahu kau berbohong. Dan aku tak faham apa motif kau berbohong dengan aku. Mungkin motifnya adalah untuk aku percaya. Baiklah, aku memilih untuk pura2 'percaya'. Aku masih boleh terima kalau kau berahsia dengan aku sebab aku faham yang semua orang berhak ada ruang privacy tersendiri. Cuma aku tak boleh terima kenyataan yang kau berbohong dengan aku. Kalau rasa pembohongan itu membahagiakan, teruskan. Aku nak tengok sejauh mana kau boleh berbohong dengan aku & hidup dalam pembohongan. Aku takkan mengalah. Aku akan pastikan kau yang kalah. Kalah dengan pembohongan kau, kalah dengan ego kau sendiri.
Kalau aku yang dipilih Tuhan untuk kalah, aku akan pastikan kau takkan tahu.
To kawan engkau:
Terima kasih kerana membagi hint bagi pihak kawan engkau. Tapi hint sekadar hint. Hati langsung tidak berbunga dengan hint yang diberikan. Langsung tak. Malah bertambah sakit, bertambah menyampah. Mengapa kawan kau memilih untuk merahsiakan? Sungguhpun aku faham apa maksud sebenar hint itu, aku memilih untuk tidak faham selagi tidak mendengar kata2 daripada mulut kawan engkau tu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cuma aku takut untuk menantikan apa reaksi aku bila suatu hari nanti kau memilih untuk mendedahkan cerita sebenar.Apa perlu aku buat? Awkward. Aku taknak keadaan itu sebab aku akan jadi tak tahu nak buat reaksi apa. Dan aku takut aku tersilap langkah/membuat perhitungan. Kadang, jauh di sudut hati aku berharap, moga kau teruskan pembohongan. Aku bermohon, teruskan.
Dan, semoga aku boleh move on.
2 comments:
fasa tawar hati sangat tak best, tapi wujud jugak tanpa dapat dikawal. pembohongan yg macam mana dia buat sampai nadia tawar hati ni?
mewujudkan 'sesuatu' yang macam tak masuk dek akal, dengan niat yang tidak diketahui hujung pangkal....
Post a Comment