Sunday, February 5, 2012

Hidayah

First time dengar budak lelaki baru tu baca doa, hati terdetik ‘Indahnya bacaan dia. Macam bacaan budak2 surau’. Tambah2 lagi tahu yang dia ex-MRSM Jasin. Dalam fikiran aku, mesti dia ni geng2 surau masa kat sana.

Setelah 2-3 hari berborak-borak dengan dia. Masa tu dia kira baik la dengan budak ni. Aku pesan (secara bergurau sambil gelak2) dengan dia “Baik takpe, jangan terpengaruh dah la”. Lepas tu dia cerita kat aku yang dulu dia lagi teruk daripada dia. Rambut panjang paras bahu, rambut perang (ke kuning tah). Aku terkejut dengar. Sebab cara percakapan dia tak nampak macam tu. He seems rasional dalam setiap patah perkataan. Pastu ada cas2 alim sikit. Kira macam antara orang2 ‘hebat’ dan ‘educated’ pada pandangan aku. Aku tanya “Macam mana boleh tetiba terdetik nak berubah”. Dia jawab sejak pergi Mekah. Aku tanya lagi macam mana boleh tiba2 nak ke Mekah. Dia jawab bukan dia yang nak pergi tapi dia terpaksa teman mak dia. Mak dia yang nak pergi tapi takde mahram so dia terpaksa ikut. Masa tu dia kata dia macam takut sebab dia tahu diri dia macam mana, tapi dia pergi jugak. Alhamdulillah, dia berubah selepas tu. Jelas, hidayah Allah datang secara tiba2 jugak kan.


Aku tak sure la samada budak baru tu tahu benda2 lain pasal budak tu. Maksud aku, benda yang dia tak nampak. Pasal masuk kelab, minum, perempuan2 semua. Kalau tak kuat iman, bahaya kalau rapat2 sangat dengan budak ni. Aku punnnn. Dah la kalau ada kereta nanti, kemungkinan aku berjalan dengan dia sangat tinggi (sebab kerja). Tak dapat bayangkan aku berjalan sebelah dia pastu orang ingatkan bf aku ke kawan aku ke. Dengan tattoo2 bagai, dengan subang emas sebelah kat telinga kiri (ala, macam style omputih). Dah la aku ni bertudung, lainlah kalau aku ni seksi-mekci kan. Adoyaiiii camne? Pasrah je la. Kawan aku pun cakap kalau dia, dia pun segan nak berjalan sebelah orang yang macam tu. Ok bukan nak berlagak alim ke apa tapi hermmmm, ok susah nak dijelaskan. Mungkin I’m not used to it kot. Maka, kekok.

Dan jauh di sudut hati, aku harap dia turut berubah dan dikurniakan hidayah sama seperti budak baru tu. Walaupun mungkin dia tak melakukan kebaikan, cukup lah kalau dia berhenti melakukan dosa2 besar.

Aku dapat cerita, asalnya dia ‘baik’ dulu. Masa kecik2 selalu jadi tukang azan kat masjid. Mak ayah dia haji & hajah (ok, iman tak dapat diwarisi, aku tahu). Adik-beradik dia semua seems normal. Dia je lain sikit. Sadis kan. Sedih sangat dengar benda2 macam ni. Dan first time aku dengar cerita macam ni. Aku selalu doa dia dapat hidayah dan kembali ke pangkal jalan.

p/s: Dia cerita kat kawan aku (kira kawan aku cerita kat kawan aku balik la). Masa dia terserempak dengan ayah aku tu dia kata dia segannnn gila2. Ayat dia “Masa terserempak tu rasa macam alamakkkk silap timing la pulak. Dengan tattoo2 ni. Kalau tau, aku pakai lengan panjang”. Ok, speechless aku. Tau pulak malu. Motip nak segan dengan ayah aku???



No comments: