Thursday, February 2, 2012

Api mesti dilawan dengan air


Pagi2 masuk kerja, baca emel. Terus darah rasa macam mendidih-didih.

Dimalukan,dimaki-maki dalam emel. Ofkos secara tak professional. Siap perli-perli aku lagi. Dengan tanda soal '??????!!!' , dengan tanda seru berulang-ulang kali '!!!!!!'. Dengan hal2 yang tak berkaitan pun dia nak masukkan sekali. Eh dia ni apasal menggelabah sangat ni? Ayat dia tu buat aku malu sangat2, sampai bergenang air mata, malu membayangkan boss T jugak membaca ayat2 sebegitu. Dengan aku sorang je (one to one) boleh tahan lagi sekali dia CC ke boss T yang buat aku malu sangat tu. Setakat dengan dia je aku tak heran la, takde nak malu bagai sebab tahu mulut dia macam tu, tapi melibatkan orang lain tu yang buat aku bengang tu. Apa dia ni memang niat nak malukan aku ke apa ni?

Memang bodoh, memang babi, memang bangang punya orang., Ayat tu bergema dalam hati aku sebaik sahaja membaca emel tu dulu. Ok tipu, bukan dalam hati je, tapi aku sebut jugak dengan nada perlahan buat nak lepas perasaan sendiri. Sakitttttt, sebab aku tak boleh nak bereaksi marah. Sakitttt bila terpaksa tahan marah.


Aku biar hati aku sejuk dulu sebelum respon emel tu. Ikutkan hati aku nak je respon emel tu dengan mukadimah

"Apa benda yang ko mengarut ni????"

Malangnya aku tak la kurang ajar macam dia. Lagipun aku taknak la nampak sama macam dia sebab nanti nampak aku sejenis dengan dia pulak. Aku menggigil-gigil tahan marah. Bila agak2 dah ok, aku respon. Dan aku tak lupa untuk CC ke boss T sekali. Sebab dia cc boss T maka aku CC boss T jugak biar dia kenal erti 'malu' (sebab kalau ikutkan aku boleh je takyah loop boss T dalam emel reply sebab aku tahu mesti dia malu giler tapi takpe, aku nak bagi pengajaran kat dia kali ni).

Lega. Segala apa yang dimaki, dimarah,dimalukan, berbalik semula kepada dia, bukan aku. Contoh, kalau dia kata aku memalukan sebab salah bagi emel tapi sebenarnya aku betul, bagi emel yang betul tapi dia yang memalukan diri sendiri dengan salah baca pastu nak marah2 bagai. Macam tu lah lebih kurang.

Sebenarnya kalau baca betul2 emel tu tak patut nak salah faham pun, sebab bukan guna ayat berbelit-belit pun. Ayat simple je. Kiranya kalau boleh salah faham tu memang malu giler la. Aku rasa kalau baca sekali lalu tak fokus pun boleh faham so aku tak faham macam mana dia boleh tersalah faham. Aku tak tahu dia baca emel macam mana. Aku rasa dia tengah serabut tu yang macam salah baca, salah tafsir pastu tetiba nak marah2. Fuh aku rasa mesti boss T gelakkan dia masa baca emel tu, confirm! Tambah2 bila orang tu mengelabah2 camtu, tengok aku rilek n cool je reply yang dalam masa yang sama menunjukkan sape yang salah sebenarnya dalam hal ni. Ouhhh, terasa kemenangan berpihak kepada aku rupanya. Berbaloi rasanya aku tak maki2 sama macam dia..

Aku boleh maafkan/lupakan kalau dia tanya elok2 dengan aku. Ni dia tetiba nak menggelabah maki2 perli2 bagai macam orang bodoh, buat aku pun panas hati la.

Harapkan muka je hensem, gaya romeo tapi perangai.....wallahualam!

Boss T turun bawah jumpa aku petang tu tetiba "Hai Nadia!" motif je tetiba sangat nak berhai bagai. dengan aku. Aku rasa boss T nak tahu kot mood aku time tu macam mana, sebab lepas je gelak2 skit boss T cakap dengan aku ada satu ayat ni (salah satu kandungan emel tu la). Aku jawab la. "Saje je dia nak perli tu. Balik2 ayat tu balik2 ayat tu. Menyampah dengar". Masa tu lantaklah dia nak ada kat belakang aku ke, nak terdengar ke.

Pagi tu, awal2 pagi terus masuk bilik aku, dah la time tu aku takde mood nak sembang dengan dia, dia plak nak borak2 dengan aku. Nampak gaya macam nak pujuk2 aku la konon (tapi tak secara nyata la). Aku rasa dia ni sama pattern dengan fiza, kakak aku. Dia kalau marah2/maki2 aku mesti tak lama tu datang kat aku konon nak borak padahal dia tak sedar ke aku tengah marah takdak mood nak layan dia sila pi main jauh-jauh.

Last2 end up dengan ayat "Aku pun kadang2 ada buat silap jugak. Ko kene fight la" dari dia.
Perghhhhh...aku rasa nak senyum je dengar ayat tu.

Pastu masa last2 nak dekat balik tu dia bergurau apa tah dengan aku, selalunya aku senyum je sebab segan nak bergurau dengan dia (sebab aku macam tak rapat dengan dia so segan nak bergurau). Tapi, kali ni aku 'join', ohhh opkos la gurau kasar sikit. Aku kalau gurau (dengan lelaki) memang kasar skit.

Pastu tah macam mana tah, tetiba keluar ayat dari mulut dia "Ko macam tak suka je aku kat sini Nadiah". Masa tu semua yang ada dalam bilik tu gelak, termasuk dengan aku. Memang aku rasa dia bergurau pun tapi jauh di sudut hati mesti dia rasa 'kelainan' nada dan gaya aku bercakap hari ni. Heh.

Pastu dia tak jadi balik KL tadi, dia tanya aku balik rumah tak, aku jawab tak. Pastu dia kata minggu depan kita kemas bilik (bilik unit) sama2,. Aku macam ehhhhhh biar betul boss nak kemas bilik pulak? Mimpi apakah?

No comments: