Kenapa dia perlu berlakon di samping pelakon feveret aku Aaron Aziz, kenapa perlu dia berlakon dalam citer yang adaptasi novel feveret aku tu???
T______T
Aku dapat info dia bawa watak Johan (2nd hero)
Sape dia?
Ingat lagi cerita pasal 'budak sekolah' masa aku kerja 7-e dulu? Yang suka sakat aku, yang aku pernah suka (kononnya, sebab ensem kot), yang dulu pernah rapat dengan ayah aku tu??
Ye, dia T______T
Aku stop suka dia sejak tahu perangai/attitude sebenar dia. Dan sebab tu cukup untuk menghilangkan minat/admire aku terhadap dia biar la hensem mana sekalipun. Dan cukup membuatkan aku rasa geli-geleman sebab pernah terminat org mcm tu. Ya Ampunnn, Geli bila memikirkan, dan agak mengaibkan dia kalau aku cerita, maka cukup aku je yang simpan cerita tu. Tak sanggup nak cerita kat orang. Akak aku sampai kehairanan bin keajaiban kenapa setiap kali dia usik aku pasal budak tu, aku menyangkan muka benci+menyampah instead of malu2 kucing. Dan dia tak habis2 mendesak aku untuk menceritakan sebabnya. Aku rasa dia pun curious kot sebab aku kalau minat orang, kalau hilang minat pun takde la sampai tayang muka menyampah. So dia pelik apasal aku menyampah bila dia sebut nama budak tu.
Dah la masa tengok citer apa tah kat astro (citer hantu yang setiap khamis malam jumaat tu), dulu2, dia jadi watak utama untuk satu episod tu, aku tengok dengan perasaan geli+menyampah.
Aku rasa aku tak tengok kot adam & hawa tu. Lantakla
p/s: Aku tahu once kalau dia jadi artis (dan femes) aku akan sentiasa nampak muka dia kat mana2. Dah la ada sekali tu ternampak berita pasal dia kat ohbulan aku rasa macam alahaiiiii.
1 comment:
diya try search gambar pelakon adam dan hawa, tapi banyak keluar gambar aaron aziz pulak. ahaha curious punya pasal. diya ingat jugak yang nadia cerita pasal budak laki tu dulu2, dia model kan
Post a Comment