Friday, May 18, 2012

Berkeputusan


Hari tu one of my best friend ada cerita pasal seorang lelaki ni. Lelaki ni memang aku kenal la sebab dia muncul dalam episod cerita kawan aku ni sejak di UPM lagi. Kisah dia camni.

1) Lelaki ni best friend kawan aku ni, dulu masa kat UPM dia rajin call and sms.
2) Pernah sekali masa keluar berdua dia luahkan perasaan kat kawan aku "Boleh tak aku jaga kau seumur hidup aku?" Kawan aku ni terkejut gila(dia tukar topik). Actually kawan aku ni tak suka dia sebab dia tak hensem dan berkulit gelap. Masa kat UPM lagi aku dah tanya possibility dia untuk suka lelaki tu sebab aku nampak lelaki tu macam suka dia. Dia kata dia takkan suka lelaki tu. Dia kata dia tak boleh terima orang berkulit gelap camtu...
3) Masa tahun lepas budak tu sanggup naik flight dari Miri ke KL semata-mata nak hadiri konvokesyen kawan aku ni.
4) Setiap kali budak tu tanya location rumah sewa kawan aku, kawan aku akan mengelak untuk beritahu. Actually dia tinggal kat kawan flat yang mungkin ada beribu-ribu rumah. Kawan aku just mention secara umum je kawasan perumahan dia. Yang memeranjatkan, budak laki tu dapat jumpa rumah dia siap bagi bunga depan pintu rumah. Kawan aku ni marah gila kat dia siap hempas pintu.
5) At the same time, kawan aku ni suka orang lain dan sedang menunggu lelaki tu meluahkan perasaan kat dia. Dan lelaki tu nampak macam suka kat kawan aku ni tapi kadang2 nampak macam tak suka. Kesimpulannya, tidak pasti. Hint yang diberikan mungkin sengaja diberikan untuk mempermain-mainkan hati perempuan.

Kawan aku minta pendapat aku. Dalam hati aku macam sedih, dengan lelaki yang suka kawan aku ni tapi kawan aku tak suka dia tu. Sedih sebab keikhlasannya seolah-olah dipandang sepi. Aku btahu kalau aku, aku akan bagi peluang kat dia. Aku bayangkan aku di tempat dia. Biaq pi la tak hensem ka gelap ke apa, yang pasti, ada orang boleh make sure ke di masa hadapan akan ada lagi lelaki yang akan buat sama macam dia buat? Belum tentu di masa hadapan orang yang aku suka akan buat sama macam dia buat. Siapa la nak buat aku camtu kan. Mungkin ada, mungkin tiada. Secara jujurnya aku cemburu dengan dia. Sumpah cemburu. Sebab lelaki yang sanggup buat apa sahaja untuk perempuan (walaupun masa tu bukan di fasa bercinta lagi) boleh dikira dengan jari. Lelaki yang mempermain-mainkan perasaan perempuan ramai la.

*senyum*. Aku berkeputusan kalau suatu hari nanti ada lelaki yang datang kat aku, yang aku boleh nampak dia sanggup buat apa sahaja demi aku, yang jujur kata dia suka aku, ikhlas mahukan aku dalam hidup dia, mahu jaga aku seumur hidup dia, aku akan bagi peluang kat dia. Orang2 macam ni la layak diberi peluang bagi aku. Sebab belum tentu di masa hadapan orang macam ni akan wujud. Dalam hidup aku, lelaki yang main2 memang ramai. Memang sorry la aku nak layan. Aku takkan benarkan lelaki main-mainkan perasaan aku at the first place. Now (dalam tahun lepas kot) aku macam dah berubah sikit. Perubahan apa, biarlah aku sorang je yang tahu =)

p/s: Peluang adalah hadiah terbaik untuk mereka yang berjuang (Kak Yonna, 2012)

Tuesday, April 24, 2012

Sedih


Biasanya aku akan sedih terlampau bila aku period. Akan sedih pada benda yang tak sepatutnya, yang mana kalau jadi hari aku tak period, takde pape pun. Biasalah emosi tak stabil. Sikit2 nak nangis. Eiii benci dengan diri camni.

Friday, April 20, 2012

Karaoke

Him: Nanti aku nak karaoke aku gi Paka
Aku: Jauhnya la karaoke sampai ke paka. Kata kat JB 3 jam RM2?
Him: Tapi kat JB takde ko. Kat paka ada ko ada abi ada firdaus ada pendi
Aku: Huuuuu nanti kitorang naik flight pi JB naaa ;p
Him: Nice
Aku: Naik dalam mimpi la. hehehehe
Him: Hadoi baru nak terharu

Sebelum menutup tirai tentang dia, nak masukkan something dalam cerita. Lupa nak masukkan dalam jalan cerita. hahahaha..

Masa saat2 terakhir dia kat sini, kitorang ada pergi karaoke. 2 kali, setiap session 10 lagu gilir2 antara aku dengan dia. Sya kalau nak nyanyi memang tak la kan sebab dia ni jenis yang tak suka karaoke even kat UPM dulu masa geng2 kitorang masuk bilik karaoke ajak dia nyanyi haram tak mau, katanya sebab dia tak pandai nyanyi ikut irama lagu.

So end up asal karaoke session je aku dengan budak tu je yang nyanyi. Sya dengar je. hehhe.

Session pertama tu aku cakap aku nak nyanyi turn pertama dulu (muka tak malu nak nyanyi dulu), aku baru nak pilih lagu dia beria-ia ajak berduet dulu lagu 'Dua Insan' nyanyian Eva&Ezzad tu first2. Aku layankan aje. Sebab lagu ni best. Dulu aku selalu nyanyi duet lagu ni dengan Fiza dulu. Aku akan nyanyi part perempuan dan aku suruh Fiza nyanyi part lelaki. huehuehue. Kira ni first time aku nyanyi duet lagu ni dengan lelaki betul la. hahahah.

Session ke-2 first2 tu dia ajak duet lagi. Lagu 'Senja Nan Merah'. Eiii aku dah la tak minat nak nyanyi lagu Ziana Zain (sebab suara aku tak boleh tarik tinggi2 macam dia), kitorang tukar lagu lain, 'Kehebatan Cinta' nyanyian Fransicca Peter & Jamal Abdillah. Hahahah. Pastu macam biasa nyanyi ikut turn. Tau last2 apa? Lagu penutup dia nak nyanyi jugak lagu duet yang dia nak, lagu 'Senja Nan Merah' tu, terpaksa la aku nyanyi gak, sian dia beria sangat. hahahaha

Takde mende pun nak highlight sepanjang karaoke tu cuma dia kata first time dia suka lagu Bisakah nyanyian retis celup nama Nadia. Wakakakaka ;P Itupun setelah melihat video klip. Dia kata gabungan jalan cerita, MV dan lirik lagu tu buat lagu tu jadi outstanding. Dia kata sebelum ni dia pernah dengar lagu tu tapi tak terkesan pun (sebab tak tengok MV lagi) mungkin dia rasa lagu tu lagu cinta biasa2 je kot. Bila dah tengok MV dan tahu makna sebenar di sebalik lagu terus minat la gituuuu.

Lirik lagu Bisakah-Siti Nurhaliza

Daku terasa ingin membawa
Cinta yang terlara ke titik mula
Kembali mencuba untuk kali kedua
Menggilapkan gerhana jiwa

Pernah ku terasa ingin merayu
Pada kasih dulu pulang padaku
Lupakan dosaku putihkan kelabu
Tenangkan amarahmu
Namun?

Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Naluri meminta kuungkapkan kata
Seindah bahasa janjikan setia
Akan bersemilah cinta dihatinya
Percaya ku semula
Namun?

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Bila senduku berlinang sayu
Dalam rinduku ku tertanya

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah hatiku difahami
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu


Masa dia nyanyi lagu 'Pujaan Hati' nyanyian Kangen Band. Dia kata "Sedih tau lirik lagu ni. Tak rasa sedih ke?". Aku jawab "Kalau tujukan kat aku memang sedih la tapi kalau setakat lagu je or tuju kat orang lain aku nak sedih2 buat apa *gelak* " hahahaha. Tolong la aku nak sedih2 kalau just sebab lagu je. Tak pernah ok. Lainlah kalau orang tujukan lagu kat aku, lagu biasa2 je pun aku rasa bermakna ;P


Lirik lagu Pujaan Hati-Kangen Band

Hei pujaan hati apa kabarmu
Ku harap kau baik-baik saja
Pujaan hati andai kau tahu
Ku sangat mencintai dirimu

Hei pujaan hati setiap malam
Aku berdoa kepada sang Tuhan
Berharap cintaku jadi kenyataan
Agar ku tenang meniti kehidupan

* hei pujaan hati, pujaan hati
Pujaan hati, pujaan hati

Reff:
Mengapa kau tak membalas cintaku
Mengapa engkau abaikan rasaku
Ataukah mungkin hatimu membeku
Hingga kau tak pernah pedulikan aku

Cobalah mengerti keadaanku
Dan cobalah pahami keinginanku
Ku ingin engkau menjadi milikku
Lengkapi jalan cerita hidupku

Hei pujaan hati, pujaan hati

Hei pujaan hati setiap malam
Aku berdoa kepada sang Tuhan
Berharap cintaku jadi kenyataan
Agar ku tenang meniti kehidupan

Repeat *, reff


Dia kata kalau lagu dia utamakan lirik daripada lagu. Aku kata aku utamakan lagu (irama lagu) dulu daripada lirik. Biarlah lirik aku tak paham ke or lirik macam harem ke aku tak kisah (jangan lah harem sangat macam lagu yang dalam gemersik kalbu yang gigit2 cuping telinga tu euwww geli mak dengar. hahaha).

Thursday, April 19, 2012

A gift from a friend

Sebagai salam dan tanda perpisahan, aku menghulurkan sepucuk surat tanda penghargaan. Nothing special dalam surat tu but cukup sebagai tanda penghargaan atas apa yang dia buat selama ni untuk aku. But to accept gift from him yang di bawah buat aku tersegan-segan sebab aku tak bagi apa2 pun kat dia melainkan sepucuk surat. Never mind, aku rasa benda tu lagi berharga daripada segala hadiah yang wujud =). Look what he gave me



Olive box (tempat isi buku or barang2) with signature & date on 17/4/2012. Benda ni aku yang teman dia beli dulu kat Mesra Mall (dia yang cakap, aku pun lupa inilah dia rupanya). Dia suruh simpan baik2, kalau nak pegi mana2 takde dia, dia suruh bawak je box ni. haha sengal



"Ady, aku ada coklat untuk ko" he said with his precious smile. A box of chocolate on 18/4/2012. Too sweet to handle.



"Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua...."

song lyrics through hp msg on 19/4/2012 1:10AM



Someone that is too nice and too sweet to be my 'just friend'. I even told him that i hope in future, aku dapat jumpa seseorang yang best dan menyenangkan macam dia but this time not as a friend but as my future husband =) . Confirm dia terharu gila2 baca ayat aku tu. Aku yakin 100% hahaha ;)

Till then....

Tuesday, April 17, 2012

Say thank you


"Susah sangat ke nak say thank you? It is hurt?"

First time orang tegur aku sebab aku berat sangat nak say thank you kat orang. Contoh situasi bukan orang bagi hadiah tapi situasi di mana orang memaklumkan aku apa2 info untuk aku yang aku rasa macam "Owhhh kene cakap terima kasih eh?" T____T

Baiklah.

Dear awak, thank you sebab jujur menegur saya. Ikhlas saya terima teguran awak itu =)

Him-End


Rasanya sampai bila2 pun aku akan ingat dia sebagai salah seorang yang agak extraordinary dalam hidup aku. Dan menjadi lelaki yang pertama muncul extraordinary dalam hidup aku. Dan lelaki pertama yang aku izinkan untuk menjadi extraordinary dalam hidup aku.

1) Setiap kali aku update status FB, dia akan ingat. Kalau aku update selasa jam 9 malam. esoknya pagi rabu dia akan rephrase balik ayat status FB aku tu. Bahkan kalau aku update status pagi khamis sebelum masuk kerja (dalam 7 pagi ke), hari tu jugak dalam jam 11 pagi ke mesti dia akan rephrase balik ayat aku. Even aku update status jam 4 pagi time semua tido pun esoknya mesti dia akan rephrase balik depan aku. He like to care for whatever status yang aku update. Even status bodo2 macam nak makan takoyaki pun dia bleh rephrase depan aku.

2) Setiap ayat yang aku keluarkan mesti dia akan ingat. Contoh, pasal pergi korea. Aku sendiri pun lupa bila masanya aku btahu dia yang aku teringin nak gi Korea. Dan aku bukan jenis yang annoying keluarkan ayat berangan ni berulang-ulang kali dengan seseorang.

3) Dia tahu setiap kegemaran aku dan ketaksukaan aku. Dia tahu intention aku.. Iaitu....makanan =)

4) Setiap hari dia tak pernah gagal membuatkan aku ketawa.

5) Lelaki yang pertama mengalirkan air matanya depan aku. Dan salah satu sebabnya adalah aku.

6) Lelaki yang pertama melamar dan ajak aku kawen. Kahkahkah. Macam kesialan je ayat ni. Ok yang ini memang main2. But he kinda extraordinary la jugak sebab 'berani' main2 dengan aku pasal perkara ni. Lelaki lain mana berani.

7) Dia mempunyai ingatan yang sangat tajam. Even benda2 kecil pun dia akan ingat. Aku pernah cakap dengan dia yang orang macam dia akan senang nak amik hati perempuan. Because he easily remember any detail. Yang kadang2 kita tak sangka dia akan ingat perkara kecil2 pasal kita. Sebagai contoh, dia ingat berapa kali dia hantar aku ke rumah. Wohaaa. 3 kali ok. Ni kalau aku tinggal dengan mak aku mesti kene gosip abis dah ni.

8) Tolong aku macam2. Mana2 tempat yang aku ajak, tak pernah tolak, ikut je mana2 tempat yang diajak.

9) Lelaki pertama yang aku setuju untuk keluar berdua konon nampak macam dating padahal sebenarnya tak pun (sebab Sya tak dapat ikut dan dia kata dia takde geng nak gi KT nak beli baju batik untuk mak dia)

10) Menjadi orang pertama yang tegur dan selalu perasan kalau aku ada pakai baju baru atau tudung baru. As i said, he easily remember everything

Di mata orang lain, dia extraordinary dari segi cara kerja, IQ, educated, kebolehan berkomunikasi dan kefasihan dalam BI tapi pada pandangan aku, dia extra-ordinary adalah sebab 10 yang aku nyatakan di atas.

Dan hari ini dia pergi. Rasa bersyukur, rasa lega, sebab sekurang-kurangnya dia takde kat sisi aku. Sebab aku bimbang kalau dia masih di sisi aku, makin lama makin bercambah perasaan yang lain sedangkan he have no intention on me =)

Rasa almost zero sekarang. Alhamdulillah... =D

Monday, April 16, 2012

Lega


Tiada hari yang 'tidak tenang' sepanjang 2 minggu kebelakangan ini melainkan hari ini.

Yeah...