Rasanya sampai bila2 pun aku akan ingat dia sebagai salah seorang yang agak extraordinary dalam hidup aku. Dan menjadi lelaki yang pertama muncul extraordinary dalam hidup aku. Dan lelaki pertama yang aku izinkan untuk menjadi extraordinary dalam hidup aku.
1) Setiap kali aku update status FB, dia akan ingat. Kalau aku update selasa jam 9 malam. esoknya pagi rabu dia akan rephrase balik ayat status FB aku tu. Bahkan kalau aku update status pagi khamis sebelum masuk kerja (dalam 7 pagi ke), hari tu jugak dalam jam 11 pagi ke mesti dia akan rephrase balik ayat aku. Even aku update status jam 4 pagi time semua tido pun esoknya mesti dia akan rephrase balik depan aku. He like to care for whatever status yang aku update. Even status bodo2 macam nak makan takoyaki pun dia bleh rephrase depan aku.
2) Setiap ayat yang aku keluarkan mesti dia akan ingat. Contoh, pasal pergi korea. Aku sendiri pun lupa bila masanya aku btahu dia yang aku teringin nak gi Korea. Dan aku bukan jenis yang annoying keluarkan ayat berangan ni berulang-ulang kali dengan seseorang.
3) Dia tahu setiap kegemaran aku dan ketaksukaan aku. Dia tahu intention aku.. Iaitu....makanan =)
4) Setiap hari dia tak pernah gagal membuatkan aku ketawa.
5) Lelaki yang pertama mengalirkan air matanya depan aku. Dan salah satu sebabnya adalah aku.
6) Lelaki yang pertama melamar dan ajak aku kawen. Kahkahkah. Macam kesialan je ayat ni. Ok yang ini memang main2. But he kinda extraordinary la jugak sebab 'berani' main2 dengan aku pasal perkara ni. Lelaki lain mana berani.
7) Dia mempunyai ingatan yang sangat tajam. Even benda2 kecil pun dia akan ingat. Aku pernah cakap dengan dia yang orang macam dia akan senang nak amik hati perempuan. Because he easily remember any detail. Yang kadang2 kita tak sangka dia akan ingat perkara kecil2 pasal kita. Sebagai contoh, dia ingat berapa kali dia hantar aku ke rumah. Wohaaa. 3 kali ok. Ni kalau aku tinggal dengan mak aku mesti kene gosip abis dah ni.
8) Tolong aku macam2. Mana2 tempat yang aku ajak, tak pernah tolak, ikut je mana2 tempat yang diajak.
9) Lelaki pertama yang aku setuju untuk keluar berdua konon nampak macam dating padahal sebenarnya tak pun (sebab Sya tak dapat ikut dan dia kata dia takde geng nak gi KT nak beli baju batik untuk mak dia)
10) Menjadi orang pertama yang tegur dan selalu perasan kalau aku ada pakai baju baru atau tudung baru. As i said, he easily remember everything
Di mata orang lain, dia extraordinary dari segi cara kerja, IQ, educated, kebolehan berkomunikasi dan kefasihan dalam BI tapi pada pandangan aku, dia extra-ordinary adalah sebab 10 yang aku nyatakan di atas.
Dan hari ini dia pergi. Rasa bersyukur, rasa lega, sebab sekurang-kurangnya dia takde kat sisi aku. Sebab aku bimbang kalau dia masih di sisi aku, makin lama makin bercambah perasaan yang lain sedangkan he have no intention on me =)
Rasa almost zero sekarang. Alhamdulillah... =D
No comments:
Post a Comment