Friday, April 20, 2012

Karaoke

Him: Nanti aku nak karaoke aku gi Paka
Aku: Jauhnya la karaoke sampai ke paka. Kata kat JB 3 jam RM2?
Him: Tapi kat JB takde ko. Kat paka ada ko ada abi ada firdaus ada pendi
Aku: Huuuuu nanti kitorang naik flight pi JB naaa ;p
Him: Nice
Aku: Naik dalam mimpi la. hehehehe
Him: Hadoi baru nak terharu

Sebelum menutup tirai tentang dia, nak masukkan something dalam cerita. Lupa nak masukkan dalam jalan cerita. hahahaha..

Masa saat2 terakhir dia kat sini, kitorang ada pergi karaoke. 2 kali, setiap session 10 lagu gilir2 antara aku dengan dia. Sya kalau nak nyanyi memang tak la kan sebab dia ni jenis yang tak suka karaoke even kat UPM dulu masa geng2 kitorang masuk bilik karaoke ajak dia nyanyi haram tak mau, katanya sebab dia tak pandai nyanyi ikut irama lagu.

So end up asal karaoke session je aku dengan budak tu je yang nyanyi. Sya dengar je. hehhe.

Session pertama tu aku cakap aku nak nyanyi turn pertama dulu (muka tak malu nak nyanyi dulu), aku baru nak pilih lagu dia beria-ia ajak berduet dulu lagu 'Dua Insan' nyanyian Eva&Ezzad tu first2. Aku layankan aje. Sebab lagu ni best. Dulu aku selalu nyanyi duet lagu ni dengan Fiza dulu. Aku akan nyanyi part perempuan dan aku suruh Fiza nyanyi part lelaki. huehuehue. Kira ni first time aku nyanyi duet lagu ni dengan lelaki betul la. hahahah.

Session ke-2 first2 tu dia ajak duet lagi. Lagu 'Senja Nan Merah'. Eiii aku dah la tak minat nak nyanyi lagu Ziana Zain (sebab suara aku tak boleh tarik tinggi2 macam dia), kitorang tukar lagu lain, 'Kehebatan Cinta' nyanyian Fransicca Peter & Jamal Abdillah. Hahahah. Pastu macam biasa nyanyi ikut turn. Tau last2 apa? Lagu penutup dia nak nyanyi jugak lagu duet yang dia nak, lagu 'Senja Nan Merah' tu, terpaksa la aku nyanyi gak, sian dia beria sangat. hahahaha

Takde mende pun nak highlight sepanjang karaoke tu cuma dia kata first time dia suka lagu Bisakah nyanyian retis celup nama Nadia. Wakakakaka ;P Itupun setelah melihat video klip. Dia kata gabungan jalan cerita, MV dan lirik lagu tu buat lagu tu jadi outstanding. Dia kata sebelum ni dia pernah dengar lagu tu tapi tak terkesan pun (sebab tak tengok MV lagi) mungkin dia rasa lagu tu lagu cinta biasa2 je kot. Bila dah tengok MV dan tahu makna sebenar di sebalik lagu terus minat la gituuuu.

Lirik lagu Bisakah-Siti Nurhaliza

Daku terasa ingin membawa
Cinta yang terlara ke titik mula
Kembali mencuba untuk kali kedua
Menggilapkan gerhana jiwa

Pernah ku terasa ingin merayu
Pada kasih dulu pulang padaku
Lupakan dosaku putihkan kelabu
Tenangkan amarahmu
Namun?

Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Naluri meminta kuungkapkan kata
Seindah bahasa janjikan setia
Akan bersemilah cinta dihatinya
Percaya ku semula
Namun?

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Bila senduku berlinang sayu
Dalam rinduku ku tertanya

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah hatiku difahami
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu


Masa dia nyanyi lagu 'Pujaan Hati' nyanyian Kangen Band. Dia kata "Sedih tau lirik lagu ni. Tak rasa sedih ke?". Aku jawab "Kalau tujukan kat aku memang sedih la tapi kalau setakat lagu je or tuju kat orang lain aku nak sedih2 buat apa *gelak* " hahahaha. Tolong la aku nak sedih2 kalau just sebab lagu je. Tak pernah ok. Lainlah kalau orang tujukan lagu kat aku, lagu biasa2 je pun aku rasa bermakna ;P


Lirik lagu Pujaan Hati-Kangen Band

Hei pujaan hati apa kabarmu
Ku harap kau baik-baik saja
Pujaan hati andai kau tahu
Ku sangat mencintai dirimu

Hei pujaan hati setiap malam
Aku berdoa kepada sang Tuhan
Berharap cintaku jadi kenyataan
Agar ku tenang meniti kehidupan

* hei pujaan hati, pujaan hati
Pujaan hati, pujaan hati

Reff:
Mengapa kau tak membalas cintaku
Mengapa engkau abaikan rasaku
Ataukah mungkin hatimu membeku
Hingga kau tak pernah pedulikan aku

Cobalah mengerti keadaanku
Dan cobalah pahami keinginanku
Ku ingin engkau menjadi milikku
Lengkapi jalan cerita hidupku

Hei pujaan hati, pujaan hati

Hei pujaan hati setiap malam
Aku berdoa kepada sang Tuhan
Berharap cintaku jadi kenyataan
Agar ku tenang meniti kehidupan

Repeat *, reff


Dia kata kalau lagu dia utamakan lirik daripada lagu. Aku kata aku utamakan lagu (irama lagu) dulu daripada lirik. Biarlah lirik aku tak paham ke or lirik macam harem ke aku tak kisah (jangan lah harem sangat macam lagu yang dalam gemersik kalbu yang gigit2 cuping telinga tu euwww geli mak dengar. hahaha).

No comments: