Hari tu one of my best friend ada cerita pasal seorang lelaki ni. Lelaki ni memang aku kenal la sebab dia muncul dalam episod cerita kawan aku ni sejak di UPM lagi. Kisah dia camni.
1) Lelaki ni best friend kawan aku ni, dulu masa kat UPM dia rajin call and sms.
2) Pernah sekali masa keluar berdua dia luahkan perasaan kat kawan aku "Boleh tak aku jaga kau seumur hidup aku?" Kawan aku ni terkejut gila(dia tukar topik). Actually kawan aku ni tak suka dia sebab dia tak hensem dan berkulit gelap. Masa kat UPM lagi aku dah tanya possibility dia untuk suka lelaki tu sebab aku nampak lelaki tu macam suka dia. Dia kata dia takkan suka lelaki tu. Dia kata dia tak boleh terima orang berkulit gelap camtu...
3) Masa tahun lepas budak tu sanggup naik flight dari Miri ke KL semata-mata nak hadiri konvokesyen kawan aku ni.
4) Setiap kali budak tu tanya location rumah sewa kawan aku, kawan aku akan mengelak untuk beritahu. Actually dia tinggal kat kawan flat yang mungkin ada beribu-ribu rumah. Kawan aku just mention secara umum je kawasan perumahan dia. Yang memeranjatkan, budak laki tu dapat jumpa rumah dia siap bagi bunga depan pintu rumah. Kawan aku ni marah gila kat dia siap hempas pintu.
5) At the same time, kawan aku ni suka orang lain dan sedang menunggu lelaki tu meluahkan perasaan kat dia. Dan lelaki tu nampak macam suka kat kawan aku ni tapi kadang2 nampak macam tak suka. Kesimpulannya, tidak pasti. Hint yang diberikan mungkin sengaja diberikan untuk mempermain-mainkan hati perempuan.
Kawan aku minta pendapat aku. Dalam hati aku macam sedih, dengan lelaki yang suka kawan aku ni tapi kawan aku tak suka dia tu. Sedih sebab keikhlasannya seolah-olah dipandang sepi. Aku btahu kalau aku, aku akan bagi peluang kat dia. Aku bayangkan aku di tempat dia. Biaq pi la tak hensem ka gelap ke apa, yang pasti, ada orang boleh make sure ke di masa hadapan akan ada lagi lelaki yang akan buat sama macam dia buat? Belum tentu di masa hadapan orang yang aku suka akan buat sama macam dia buat. Siapa la nak buat aku camtu kan. Mungkin ada, mungkin tiada. Secara jujurnya aku cemburu dengan dia. Sumpah cemburu. Sebab lelaki yang sanggup buat apa sahaja untuk perempuan (walaupun masa tu bukan di fasa bercinta lagi) boleh dikira dengan jari. Lelaki yang mempermain-mainkan perasaan perempuan ramai la.
*senyum*. Aku berkeputusan kalau suatu hari nanti ada lelaki yang datang kat aku, yang aku boleh nampak dia sanggup buat apa sahaja demi aku, yang jujur kata dia suka aku, ikhlas mahukan aku dalam hidup dia, mahu jaga aku seumur hidup dia, aku akan bagi peluang kat dia. Orang2 macam ni la layak diberi peluang bagi aku. Sebab belum tentu di masa hadapan orang macam ni akan wujud. Dalam hidup aku, lelaki yang main2 memang ramai. Memang sorry la aku nak layan. Aku takkan benarkan lelaki main-mainkan perasaan aku at the first place. Now (dalam tahun lepas kot) aku macam dah berubah sikit. Perubahan apa, biarlah aku sorang je yang tahu =)
p/s: Peluang adalah hadiah terbaik untuk mereka yang berjuang (Kak Yonna, 2012)
No comments:
Post a Comment