Biarkan.... Biarpun 1000 kebetulan pun yang wujud, yang paling pasti, pokok yang tak disiram dengan air akan mati perlahan-lahan. =)
Saturday, November 17, 2012
Kebetulan #2
Biarkan.... Biarpun 1000 kebetulan pun yang wujud, yang paling pasti, pokok yang tak disiram dengan air akan mati perlahan-lahan. =)
Monday, November 5, 2012
Hari paling memalukan
Dalam toilet, free hair (sebab nak amik wuduk), pintu tak berkunci (lupa nak kunci selak sebab selalu pintu tu kunci jenis tekan, selalu ingat nak selak tapi tetiba ari ni lupa).
Tak buat apa2 lagi, tengah bersihkan tempat duduk cangkung tu (sebelum wuduk ingat nak buang air dulu). Tiba2....
Boss aku masuk.
Dang! Boss aku plak tuh, tak boleh kah orang lain!!!!!
Untuk sekian kalinya aku mencarut ke diri sendiri.
Bodoh, bangang punya nadia, kenapa lupa nak kunciiiiiiiii???
Boss aku terkejut, aku pun terkejut. Cepat2 tutp. Aku cakap 'Sori'
Camne aku nak berdepan dengan boss aku esok ni?????
Arghhhh!!!!
Nasib baik tak buat apa2 lagi. Just free hair je. Camne kalau boss aku masuk time tengah buang air kecik/besar???
Rasanya aku immediately tukar branch atau berhenti serta-merta.
Kebetulan
Tuhan, kenapakah benarkan kebetulan itu berlaku? Tanpa disengajakan, out of nowhere. Tidak boleh kah rahsia kekal menjadi rahsia? Satu je aku minta, semoga rahsia kekal rahsia. Tak boleh kah?
p/s: Sorang2 cuba membongkarkan, yang pastinya bukan datang dari aku mahupun orang lain. Kadangkala rasa 'rimas/resah' dengan kebetulan ini :(
4/11/2012
Wednesday, October 31, 2012
Menjaga pandangan
Rasanya inilah kali pertama aku kenal dan berhadapan dengan seorang lelaki yang sangat sangat sangat sangat sangat menjaga pandangannya yang mana dia bukanlah terdiri daripada kalangan ustaz, alim ulama ataupun tahfiz.
Lelaki yang malu2 banyak gak aku jumpa tapi yang takkan pandang muka/bertentang mata dengan perempuan tu aku tak pernah jumpa.
Sampai kan kawan dia kata, dia kalau terpaksa makan/minum depan perempuan, air yang dia minum memang takkan habis.
Dia lelaki biasa, yang kadang2 cakap merepek, pandai bergurau, gelak terkekek-kekek tapi semuanya hanya dengan lelaki sahaja. Dia takkan berperangai begitu dengan perempuan (pandang muka pun tak). Pelik kan. Kawan aku Azi yang perasan dia macam tu. Aku langsung tak perasan padahal dia staff aku sepatutnya aku lagi perasan.. Hahaha. Sejak tu setiap kali cakap dengan dia aku akan perati betul2, memang langsung tak pandang muka u know..Dia respon apa yang aku cakap, tapi mata akan pandang tempat lain. hahah.
Sejak kawan aku si Azi tu dapat detect, makin kuat dia mengusik budak tu. Perkara 'budak-tu-yang-terlalu-malu-dengan-perempuan' tu dijadikan bahan usikan sampai semua yang ada/terdengar akan turut tergelak sama.
Aku takde la mengusik. Perkara yang dia tak pandang muka kalau bercakap tu dulu aku ingatkan sebab dia memang tak berminat nak cakap dengan aku/malas nak berinteraksi dengan aku. So aku biar je la. Sebab aku kalau orang macam mengelak dari aku, aku jauh lagi mengelak dari dia. Tapi bila aku tahu yang dia tak pandang muka sebab dia memang jenis macam tu, aku rasa macam wahhhhhhhhhhhhhh bagusnya dia ni!!!
20 tahun lebih hidup tak pandang mata perempuan di mana sekelilingnya adalah manusia biasa bukan tahfiz2. Can u imagine?
Orang kata dari mata turun ke hati. Tapi kalau mata pun tak pandang, aku wonder macam mana dia nak jatuh hati dengan perempuan eh? Then aku teringat, kalau dah jodoh, tak pandang pun, akan bersatu jugak, walau dengan cara apa sekali pun.
'Biarkan takdir melaksanakan keajaibannya' <---- Aku suka ayat ni.
Tuesday, October 30, 2012
Senyum
Aku jarang menunjukkan kepada orang wajah yang masam mencuka. Sangat2 jarang. Maka ramai orang beranggapan aku tiada masalah dalam hidup. Aku selalu bermanis-muka (tabiat). Kadang2 orang tak senyum dengan aku, aku selamba je gedik2 senyum. Kadang2 dalam sedih pun aku akan cuba sedaya upaya memaniskan wajah.
Namun, jika kau kebetulan nampak aku yang berwajah tak senyum pada masa aku berseorangan memikirkan sesuatu,
kau boleh tanya apa yang tak kena dengan aku, silakan,
kau boleh tidak mempedulikan aku, biarkan aku sendirian,
kau boleh bersembang macam biasa dengan aku,
aku akan sedaya upaya untuk senyum dan melayan macam biasa
tapi satu je yang aku minta.
Jangan paksa aku untuk senyum boleh?
Ibarat memaksa aku ketawa di saat aku sedang bertarung dengan fasa sedih. Faham tak?
Kau sedang mempertikaikan kenapa aku tak senyum sedangkan sepatutnya kau kene tanya sebab kenapa aku tak senyum.
Masuk toilet, aku cuba untuk senyum, depan cermin, lalu aku nampak bibir dan mata aku mengukir senyuman yang cukup manis, tapi ada air mata turun laju mengiringi senyuman plastik itu. Sekarang kau tahu kenapa ada saat2 tertentu, aku memilih untuk tidak senyum?
Sunday, October 28, 2012
Rahsia
"Bengong! Kenapa deactivate FB?"
"Err.. Kalau taknak cakap sebab boleh tak?"
"You didn't trust me ke?"
"Tension, stress. Tu je"
"Nana, erm..boleh minta tolong satu benda tak?"
"Apa dia"
"Ermm..lain kali kan, kalau ko update status kat FB yang ko gi Melaka, yang aku join skali, ko hide status tu daripada dia boleh tak? Yang ko gi sorang je, ko tak hide pun tak pe. Ni yang khas kalau aku ikut skali"
"Okay... Kenapa?"
"Tak nak dia tahu aku ada kat Melaka. Tu je"
"Angah, ada something yang berlaku yang ko tak cerita lagi kat aku ke? Kenapa aku rasa ko macam merahsiakan something dari aku je"
"Takde la. Takde pape. Saje je"
"Dulu, aku tengok setiap hari mesti ada satu status update dari ko, sekarang macam jarang sangat je"
"Saje, malas dah nak ber-FB, sekarang zaman matang. hahah"
Sesungguhnya aku tak percaya dengan ayat 'Antara kita tiada rahsia' (yang pernah suatu ketika dulu aku sebutkan benda ni relation antara aku dan nana) kerana mesti akan ada secebis rahsia yang kita akan memilih untuk merahsiakan. Mungkin sebab segan, mungkin rasa macam benda tu memalukan maka tak patut diceritakan, mungkin belum sampai masanya untuk diceritakan sepenuhnya, mungkin rasa benda itu terlalu sulit untuk diceritakan dengan olahan terbaik setara apa yang kita rasakan, dan paling worst case, kita sendiri tak dapat terima hakikat dan tidak percaya kita punya rahsia itu apatah lagi mahu dikhabarkan kepada orang.
p/s: Nana add him as a friend is really a bad idea for my 'winter phase' (fasa sejuk, beku. heh). Tapi takkan nak suruh nana delete plak kan. Aku tak nak jadi awkward. So just let it be. Aku mahu 'menghilang' slow2, sedaya-upaya, selagi Tuhan mengizinkan. Tuhan, bantu aku, aku dah 'penat'.... =)
Saturday, October 27, 2012
Touching
Touching sangat masa 1st time tengok gambar ni. Mata berkaca-kaca. Rasa macam hati disentap rasa terharu secara banyak. Macam nak nanges T____T
Betul lah kan, gambar boleh memberi seribu maksud.
Tak ingat amik dari mana, it's either dari tumblr diya or tumblr kak yonna (tumblr dua ni je yang aku istiqamah baca. Heee)
p/s: Untungnya budak perempuan itu. Berpeluang memberi 'warna' dalam hidup seseorang.I wish i was her =)
Subscribe to:
Posts (Atom)
