Saturday, October 27, 2012

Touching




Touching sangat masa 1st time tengok gambar ni. Mata berkaca-kaca. Rasa macam hati disentap rasa terharu secara banyak. Macam nak nanges T____T

Betul lah kan, gambar boleh memberi seribu maksud.

Tak ingat amik dari mana, it's either dari tumblr diya or tumblr kak yonna (tumblr dua ni je yang aku istiqamah baca. Heee)

p/s: Untungnya budak perempuan itu. Berpeluang memberi 'warna' dalam hidup seseorang.I wish i was her =)

Friday, October 26, 2012

Manusia tanpa perasaan


Adakah aku manusia tanpa perasaan?

Heartless to be exact.

Betapa teruknya makian boss aku (yang kat KL) tu, yang cakap je apa je jenis carutan yang ada kat dunia ni, semua dia akan carut bila marah (bila tak marah pun dia carut jugak camno tu?? tak paham den!), sampai ada orang pernah mengeluarkan ayat ini depan aku (tanpa niat ditujukan kepada aku)---- "Orang yang takde maruah je yang boleh stay/tahan dengan dia"

Zappppp. Sentap! Aku ni, takda maruahkah??

Ini lah jadinya bila heartless.

Kadang aku membayangkan yang mungkin suatu hari nanti akan dapat suami yang panas baran/kaki pukul, mungkinkah aku akan jadi begini juga, mungkinkah. Pastu amik kesempatan atas ke-heartless-an aku ni.

Moga dikurniakan jodoh yang berpadanan, yang tak terlalu extreme. Yang paling penting, bukan macam boss aku. HAHA (maaf boss)

Wednesday, October 24, 2012

Playboy-once upon a time


"Cuba ko tengok diorang tu. Yang perempuan tu dah tunang tau. Tapi selamba je keluar berdua dengan lelaki lain, duduk 'rapat2', bersentuhan mesra dalam keadaan mencurigakan macam tu. Hish tak elok kan camtu"

*sengih* "Err... Sebenarnya aku dulu pun macam tu jugak."

"Eh? Masa tunang ke? Tak baik tau camtu"

"Eh masa tunang tak la, masa sebelum tunang la. Dulu"

#tepukdahi. Kene la buku dengan ruas. Camne la aku boleh lupa yang dia tu playboy yang sudah insap? Seolah sedang 'memperkatakan' dia yang dulu, yang ramai 'kawan perempuan', yang pernah mempunyai ramai skandal. Hehehe maaflah ye. Nasib ko la ye, kawan dengan aku yang anti-playboy dan anti-skandal ni.

Monday, October 22, 2012

The moment


"The moment, when a group of your neighbours talking about you, praising on how rare, different, determine and brave you are compare to their daughter/others at the same age/level, based on their observation since 13 years ago, saying all in front of you and your parents. Then i realized, it's not only education that can make your parents proud to have you"

Sengaja aku lemparkan kata2 ni di ruangan facebook. Untuk memberi semangat kepada mereka-mereka. Di saat ribuan orang sedang convo degree/master, pegang skroll, pakai jubah. Ada yang tak berpeluang. Hanya memandang di balik skrin.

Dari dulu, persepsi ramai orang, belajar tinggi-tinggi salah satu reason adalah untuk buat mak ayah proud dengan kejayaannya. Bila konvo, lihat mak ayah tersenyum, rasa macam feeling 'kejayaan'. Memang betul, tak mungkin boleh dinafikan. Bagaimana nasib mereka yang mungkin tidak bijak untuk belajar tinggi? Tidak layakkan mereka mendapat penghargaan yang di mana mak ayah bangga dapat anak sepertinya? Aku macam tertanya-tanya dalam ketidak-adilan ini. Sebab aku tak jumpa reason apa lagi yang dipakai selain taraf pendidikan dan juga kerjaya yang bagus. Sampailah aku menerima kata-kata di atas. Masa tu aku macam ada rasa terkedu, terkejut dan terkesima. Sebab sangat rare untuk mendapat penghargaan sebegini, yang tak ada kaitan langsung dengan taraf pendidikan/kerjaya, dari sekumpulan jiran2 yang berkumpul membincangkan pasal anda, sebulat suara mempunyai observation dan pandangan yang sama, pada ketika anda dan ibu bapa anda ada disitu ketika itu. Masa tu baru aku sedar, bukan education sahaja yang boleh buat ibu bapa anda bangga dengan anda. It's your attitude too.

Patut la, dari dulu lagi (correction, sejak darjah 4 which is since 15 years ago), setiap kali aku keluar rumah confirm terserempak dengan jiran2, confirm akan ditanya nak pergi mana, buat apa, berapa lama, sekarang buat apa, cuti ke bla bla bla. Setiap kali. Macam2 mereka tanya, dengan detail (with the fact jiran aku cam type suka bercerita). Kadang2 sedikit rasa macam 'Kenapa eh nak tahu? Kenapa eh setiap kali nampak aku ke mana mesti nak tahu?' tapi memandangkan aku ni jenis telus dan berterus-terang, aku cakap je la. Bercerita untuk berbasa-basi. Takkan nak cakap 'Adalah...Takyah tau la..' da semacam kerek je bunyinya. Aku pulak, nampak jiran2 aku keluar ke mana2 tak pernah pulak nak tahu mereka pergi mana semua (aku memang jenis tak amik tahu hal jiran).

Rupa-rupanya mereka2 ini 'melihat' dalam diam, 'menilai' dalam senyap.

-Mulut hanya senyum terkedu, tapi dalam hati aku menjawab pertanyaan mereka (err sebab mereka wonder kenapa aku begitu, begini), dalam setiap apa yang aku lakukan, aku jarang berfikir apa pandangan orang terhadap aku. Mungkin kadang-kala berfikir, tapi aku lebih mengutamakan apa tujuan aku buat, kehendak dan kepuasan hati aku daripada berfikir apa pandangan orang terhadap aku. Ye, kehendak dan kepuasan hati aku agak pelik. Kadang, ianya bertentangan dengan apa yang aku ada/miliki. Sebab itulah kot, aku kelihatan pelik, rare, gigih, berani berbanding remaja perempuan seusia aku bagi mereka. Padahal aku rasa benda tu biasa, sangat biasa. Dan aku tak tahu bagaimana nak menjelaskan ini kepada mereka. Bimbang mesej aku tak sampai. Biarlah, ianya tidak berjawab, biar aku je yang faham, cukup dengan senyuman sebagai jawapan =)

Perasaan yang terbatal

 
"Perasaan yang terbatal adalah mana-mana perasaan yang mulanya memenuhi karung perasaan. Minta diluah, tapi keadaan tak membenarkan. Atau pun telah terlimpah sedikit, tapi kesannya menjadi sesuatu yang tak diinginkan. Lalu perasaan itu ditekan-tekan supaya jadi makin kecil dan terperosok ke dasar karung. Sampai akhirnya, yang tinggal hanya lah serpihan yang mengecut dan kerepot macam mumia. Maka menjadi lah ia... perasaan yang terbatal.

Cinta yang terbatal.

Sayang yang terbatal.

Rindu yang terbatal.

Prihatin yang terbatal.

Ramah yang terbatal.

Mesra yang terbatal."
 
-Arina, 22102012

Saturday, October 20, 2012

silence is the most powerful scream


Sebab utama aku deactivate FB adalah aku tengah berada di fasa senyap. Fasa T.A.W.A.R  H.A.T.I dengan seseorang. Fasa melarikan diri daripada seseorang. Aku taknak baca apa2 update dari dia. Tak nak stalk update dia. Taknak stalk comment2 dia. Taknak bagi dia baca update/comment2 aku. Pendek kata tak nak tahu apa2 pasal dia dah! Cakap mmg senang kan.

Takyah bukak FB senang cerita.

Tapi susah ok, susah. Nak tahan diri. Aku kirakan dengan deactivate FB, kerja aku akan jadi a way lagi mudah. At least.

Susah berkawan dengan orang yang berhati kering ni. Susah berkawan dengan orang yang ego ni (tapi ego aku kau tak nampak kan? Tahniah sebab tak nampak!). Orang macam ni kita patut biarkan dia 'mati' dan tenggelam dalam ego dia sendiri.

To engkau:

Aku tahu kau berbohong. Dan aku tak faham apa motif kau berbohong dengan aku. Mungkin motifnya adalah untuk aku percaya. Baiklah, aku memilih untuk pura2 'percaya'. Aku masih boleh terima kalau kau berahsia dengan aku sebab aku faham yang semua orang berhak ada ruang privacy tersendiri. Cuma aku tak boleh terima kenyataan yang kau berbohong dengan aku. Kalau rasa pembohongan itu membahagiakan, teruskan. Aku nak tengok sejauh mana kau boleh berbohong dengan aku & hidup dalam pembohongan. Aku takkan mengalah. Aku akan pastikan kau yang kalah. Kalah dengan pembohongan kau, kalah dengan ego kau sendiri.

Kalau aku yang dipilih Tuhan untuk kalah, aku akan pastikan kau takkan tahu.

To kawan engkau:

Terima kasih kerana membagi hint bagi pihak kawan engkau. Tapi hint sekadar hint. Hati langsung tidak berbunga dengan hint yang diberikan. Langsung tak. Malah bertambah sakit, bertambah menyampah. Mengapa kawan kau memilih untuk merahsiakan? Sungguhpun aku faham apa maksud sebenar hint itu, aku memilih untuk tidak faham selagi tidak mendengar kata2 daripada mulut kawan engkau tu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cuma aku takut untuk menantikan apa reaksi aku bila suatu hari nanti kau memilih untuk mendedahkan cerita sebenar.Apa perlu aku buat? Awkward. Aku taknak keadaan itu sebab aku akan jadi tak tahu nak buat reaksi apa. Dan aku takut aku tersilap langkah/membuat perhitungan. Kadang, jauh di sudut hati aku berharap, moga kau teruskan pembohongan. Aku bermohon, teruskan.


Dan, semoga aku boleh move on.

Wednesday, August 29, 2012

29 ogos

Mcm familiar la tarikh ni. Birthqday diya ke? Happy birthday diya!