Sunday, October 16, 2011

Having fun

-Wtc runtuh bila eh?
-11 September
-Eh mana, 9 haribulan 11
-11 September la. 11 haribulan 9 (3 orang menyokong)
-9 haribulan 11 la (yang sorang masih lagi tak mahu kalah)
-Mana ni. 3 lawan 1 ni. (yang 1 masih tak nak kalah)

Bla bla bla…..(Selepas lebih kurang 2 minit berbalah last2…)

-Ye la tu. Dia serang 11 September. 9 hb 11 baru runtuh. (muka serius dia cakap, time ni aku dah gelak dah)
-Haaa ye lah tu. Serang 11 September, tapi dok runtuh lagi. Hok 2 bulan lepas tu baru runtuh.(muka serius jugak)

(semua 5 orang gelak gila2)

Aduyaiiii, sakit perut aku gelak. Budak2 laki ni agak kretip dalam buat lawak. Diorang ni menceriakan hari2 aku. Tambah2 lagi sekarang platform shutdown maka bertambah ramailah budak2 offshore kat lab. Meriah. Dok gege je buat lawak.

Tu yang aku suka kerja ramai2 orang ni. Macam2 karenah. Karenah yang tak best aku buang tepi, aku amik yang best2 je.


Alamak, esok bos datang, takleh nak gelak sakan dah. Huhu…

Friday, October 14, 2011

Tak selamat

Entah, rasa tak selamat plak menulis di sana.

Gambr2 aku (kat layout, malas giler nak tukar) dan tak ketinggalan gambar yang lepas2, membuat aku rasa 'keterbukaan'. Tak best.

Sini selamat ;)

Sunday, October 9, 2011

Banyak main?

Abis la. Aku dah kene mark ‘banyak main’ dengan bos aku.

Semuanya gara2 bos aku ingat aku buat lawak/bergurau. Padahal aku mana berani hoi nak berlawak dengan bos aku yang garang ni. Aku biasanya kalau nak berlawak pun dengan orang yang aku rapat/rasa selesa je.

Ni semua gara2 aku selalu bagi jawapan mengarut/totally salah kalau dia tanya pape soalan. Jawapan tembak la kiranya. Out of nowhere punya jawapan. Aku kalau jawab spontan tanpa berfikir or memang tak tahu, camtu la. Aku selalu perasan setiap kali lepas aku bagi jawapan yang salah tu mesti bos aku gelak pastu cakap ‘Banyak la’ pastu explain2 jap bagi jawapan yang betul pastu sempat cakap sket ‘Main2 eh?!’ (OMG dia ingat aku main2??!!!). Aku da macam keliru gitu, bila masa plak aku main2 neh.


Masa ada sekali tu briefing tu kan. Orang yang briefing tu tanya aku apa maksud ayat perenggan tu. Masa tu aku pun tak tahu dan masa dia baca tu pun aku memang berhajat nak tanya dia pun maksud ayat tu, bila dia tanya tu aku jawab ‘Hermm…(fikir 10 saat). Haaa. Baru nak tanya ni’ . Tak ingat exact ayat, kira aku tanya dia balik la. Pastu tetiba semua kat situ gelak termasuk bos aku skali. Eh eh, lawak ke? Tolong la. Tak lawak pun apasal semua gelak. Aku tertoleh kearah bos aku. Bos tengah pandang aku sambil bersisa ketawa dan cakap ‘Banyak main nadia ni’.

Eeee bahaya lah bos aku ni. Len kali kene hati2 sket. Tapi nak hati2 camne. Keyword is, aku serius neh bila masa plak aku huhahuha berlawak dengan dia?

So lepas ni adakah aku perlu senyap???

Saturday, October 8, 2011

Out of nowhere

Mr. K ni kan, suka sangat cam ala2 gosip aku dengan dia. Euwwww. Eh menyampah gak kekadang tapi buat senyap je la. Mentang2 lah aku satu2nya girl yang selalu kene deal dengan dia n dia pun tak kawen lagi (kalau still camtu, takyah kawen pun takpe kot, buat naya kat pompuan je nanti) pastu Mr. K nampak plak dia tu macam ‘care’ pasal aku. Dah la asyik bercerita pasal dia tu kat aku. Ada sekali tu tyme makan ramai2 dengan auditor, masa tu cakap pasal apa tah, out of nowhere tetiba terkeluar ayat dari mulut Mr.K bisik kat aku “Ke dia future husband mu?” Ya Allah, kalau aku tengah minum sure menyembur-nyembur dah. Dalam ramai2 orang kat situ nape la mesti nama dia yang terkeluar. Kat mulut aku cakap “Eh eh apasal tetiba je sebut nama dia plak ni”

Tapi dalam hati berkata

‘OMG?? Aku sanggup mati la daripada kawen dengan dia.’

Minta simpang la. Tak pernah terfikir plak aku, pastu bila Mr.K cakap camtu biasalah kepala aku mulalah imagine kan. Memang tempah maut je kalau aku involve dengan dia tu. Kalau pasal pekerjaan je takpe sebab dia professional sket tapi kalau luar daripada tu memang kirim salam laaaa. Since ayah kenal dia, aku cerita la sket2 kat ayah. Ayah pesan suh hati2 dengan dia, sebab kata ayah, dia tu 'lain macam' sikit. InsyaAllah, akan ingat pesan ayah.

Kalau aku ada dua je pilihan sama ada pilih dia atau pilih mati, aku rasa baik aku pilih mati.

Rasa itu cukup kot menggambarkan betapa dasyatnya dia.

Huaaaa nape lah aku kene deal dengan dia ni. Mencikkkkkk *pasrah dengan nasib diri*

p/s: Eh, blog ni macam blog khas untuk mengumpat dia plak. Errr anggap sahaja ini luahan yang tak boleh diluahkan secara terbuka dan beridentiti.

Friday, October 7, 2011

Makin lama.....

Makin lama, makin banyak aku tahu tentang dia, latar belakang dia, makin takut. Oh myyyyyyyyy. Kenapa la aku kene mengadap dengan orang macam ni. Kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Ya Allah, bantulah aku! Tak kiralah dari segi apa pun. Tolong! Hanya Allah je boleh tolong aku.

Thursday, September 15, 2011

Unknown

Blog ini dimulakan dengan 'unknown identiti' dan aku mahukan ia berakhir dengan unknown identiti juga.

Dan akan berterusan ;)

Saturday, August 13, 2011

Kutub utara kutub selatan, moga ianya bersifat sementara


Kutub utara kutub selatan. Macam….magnet!

Dia jauh daripada aku, tapi bayangnya ada di mana2. Baru semalam TER-masuk dalam mimpi aku (dah 2-3 kali rasanya tapi selalu aku ignore malas nak ingat). Dalam mimpi semalam apa dia buat tah kat majlis perkahwinan sepupu aku, tapi yang herannya aku tak terkejut plak nampak dia kat situ.

Setiap kali kalau bercakap face to face dengan dia, rasa nak tengok mata dia lama2, tak nak lepas walau sekejap. Tah nape tah. Macam magnet. Nak kata suka, tak suka pun, just natural (aku sangat pasti dengan ini). Just suka tengok mata dia. Mungkin bentuk mata dia cantik, mungkin mata hitam dia bercahaya macam pakai contact lense, mungkin bulu mata dia melentik, mungkin mungkin. Aku pun tak tahu kenapa ‘mata’ dia seperti magnet bagi aku. Senyumannya pulak, manis sungguh. Tambah2 dia jenis yang suka senyum. Tapi tak hensem pun dia, jauhhhh dari ciri2 yang boleh aku kategorikan sebagai hensem (hensem lagi mamat yang muka ala Chinese look tu (Mr Sk & Mr Z juga tapi tak tertarik plak aku dengan yang hensem2 tu). Pernah dulu2 sekali terkantoi ‘khayal’ sebab dok tengok mata dia je. Macam mengelamun. Agak2 dia perasan tak? Astaghfirulahalazim, moga dijauhkan segala fitnah..

Nak kata selalu jumpa yang memungkinkan semua ini (macam aku suka Mr.A dulu, sebab selalu jumpa), tak plak.Sebulan sekali kot.


TAK SUKA tapi tertarik. Bukan tertarik sebab suka tapi just tertarik (ayat samyvellu sila buat2 faham)

Nak kata tertarik sebab hensem, dia tak hensem pun woi.
Nak kata tertarik sebab peristiwa ala2 hindustan macam kisah aku dengan Mr. A dulu, takde pun.

Jadi kenapakah?

Sungguh aku tak mahu membenarkan perasaan ini berterusan. Perasaan teringat-ingat selalu. This feeling was totally wrong. Sebab sebab sebab…


Biarlah rahsia

Semoga ia hilang perlahan-lahan ditelan waktu.

Semoga perasaan ini bersifat sementara. Moga dijauhkan. Amin.

p/s: Tak nak rasa 'tertarik tapi tak la suka pun, just natural' bertukar menjadi 'tertarik&suka tapi taknak mengaku'.