Tuesday, November 29, 2011

50-50

‘Eiii tolongla bos yang ni berhenti kerja pergi tempat lain cepat2.’

Ayat ni berlegar-legar dalam kepala aku sepanjang kat sini, tapi bila ianya betul2 terjadi, aku tergamam!

Khabar2 angin selalunya betul. Dia hantar surat resign semalam!

Sepatutnya dia nak bagi 24h notice tapi orang KL pujuk2 so sebulan notice.

Sepatutnya aku happy kan. Tapi asal aku rasa macam sedih? Huhu…

Entah. Anggap sahaja ianya rasa kehilangan.

Dia tu walaupun mulut celupar tak hengat (dia sendiri cakap eh, self-proclaim) tapi ada certain2 benda dia bagus. Entah, susah la nak cakap. Kiranya dia ni slack tang mulut celupar, tu je, lain2 semua ok sangat.

Tu kot yang membuatkan aku rasa sedih.

Technician aku pun kata gitu (tak sangka dia pun bereaksi begitu, aku ingatkan aku sorang je yang rasa camtu)

“Boss, jangan marah pulak, just nak tanya je, dengar2 cerita nak berhenti. Trkjut dgr. Betul ke?”

1 minit, 2 minit, 1 jam, 2 jam senyap, mesej tak berbalas sampai sekarang (dia jenis yang akan balas mesej immediately punya type)

Agak2 dia marah ke aku mesej gitu? Berani plak aku bagi mesej gitu kan.Lantak la. Janji aku nak dia tahu yang aku tahu.

p/s: Orang yang aku maksudkan dalam entri sebelum ni ialah dia. See betapa menyampah tahap dewanya aku terhadap dia? Nape tah rasa macam tak berapa happy bila dengar cerita dia nak berhenti.

Monday, November 21, 2011

Cakap tak guna otak


Eiii susah la nak berhadapan dengan orang yang bercakap tak guna otak ni. Sakit jiwa layan orang macam ni.

Bodoh bodoh bodoh. Rasa nak cakap kat dia camni. Aaaaaa. Kalaulah boleh!

Nasib baik la dia sorang je macam tu. Kalau lah ada 2,3 or sepuluh orang macam dia, aku rasa aku dah boleh masuk hospital mental.

Ya Allah, kurniakan kesabaran buat aku.

Eh dia ni macam tak sedar diri ke. Tahu ramai orang tak tahan dengan dia, tak tahan dengan mulut dia tapi mulut masih tak reti-reti nak kawal.

Tak pernah2 aku jumpa mulut macam.... Ya Allah, Dia je yang tahu.

Eiiii tolong lah sedar diri sikit

Eiii tolong la faham


Sunday, November 6, 2011

Aura

Agaknya orang yang mulut manis (pandai bercakap) + ada gaya ni macam ada 'aura' untuk menarik orang kan. Even lelaki pun boleh 'tertarik' (bukan tertarik secara gay, tapi akui yang orang2 macam ni ada 'aura') apatah lagi perempuan kan.

Walaupun kita kata takkan takkan takkan tapi berkemungkinan ia akan masuk secara perlahan-lahan, secara tak sedar, tambah2 lagi kalau hati sedang 'kosong' belum dihuni sesiapa.

Oh Tuhan, jauhkanlah hati aku daripada 'tertarik' dengan orang2 yang mulut manis tapi ternyata dia BUKAN jodohku. Sungguh lah membazir masa. Aku taknak hati aku 'dijajah' oleh orang yang salah dan bukan pada masanya.

And to that person, takyah tarik perhatian aku bleh? Kalau sekadar suka2, buang masa ok.

Friday, November 4, 2011

Semalam 3/11/11

Semalam...
3/11/11...
Seorang rakan baik menceritakan kisah cinta dia yang tak kesampaian (as from now).
Sebak, sebak sangat.
Sebab kisah mereka bermula masa kat uni, dan aku ikuti kisah mereka sejak dari detik pertama lagi.

Pastu kan pastu kan. Tetiba je aku rasa
Mesti best kan, to be someone special to someone others =)
I mean, a man. Wakakaka ;P

Sebelum ni kan, berlambak dah baca kisah cinta sweet tahap diebetes , tapi sikit pun macam tak berapa terkesan. Tapi tetiba semalam 3/11/11, tetiba rasa macam lain. Adakah sudah tiba masanya?

Aku selak balik2 kisah aku dengan lelaki. Macam tak ada. Muahahahaha. Pathetic tak? ;P

Betul la. Aku tak pernah menjalinkan hubungan perasaan dengan mana2 lelaki pun. Even cinta monyet ka skandal ka memang takda.

Sebab apa?

Aku tak pernah bagi peluang kat orang. Sikit pun tak bagi peluang sebab awal2 aku dah letak barrier/cut maka orang2 tersebut tak jadi nak masuk line lalu pergi meninggalkan aku.hahaha. Pastu kan, kalau yang katanya nak berkenalan dengan lebih rapat (apakah? haha) terus aku rasa macam allergic/geli2 an tau, tak tau kenapa.Bukan memilih tau tapi dengan semua pun rasa camni. Ada sape2 bomoh aku ke supaya rasa macam ini dengan semua orang? hahahaha*joke*

Aku rasa macam

1) Aku ni perempuan gatal kalau bagi response? Aiyoyoyo. You need to go counseling session nadia.

2) Adakah aku ni dikira layak to be with someone else? Special to someone else? Seriously? Terasa malu. hahaha. Kelebihan apa je la yang aku ada. Cantik/comel? Berlambak je perempuan cantik/comel di luar sana. Nanti dia jumpa orang yang dia rasa lebih cantik, mungkin dia akan meninggalkan aku. Bijak? Heh klako2, tang mana bijaknya oiii.Nanti dia find out aku ni tak bijak, dia mungkin akan meninggalkan aku. Kemudian apa lagi? Semua2 la. Rasa macam aku ni just another girl takdak pape pon.

Peluang. Heh. Poyo je aku kata bagi peluang tapi mesti 2 benda ni akan muncul dalam kepala aku.

Kalau suka 'lain macam' pernah la jugak kat sorang ni. Tapiiiii telah hilang ditelan waktu. Aku suka sebab ensem je (hidangan mata) sebab tu ianya sementara kot. Aku anggap ianya sebagai 'perasaan sementara'.Sebab kalau suka bebetul mesti ada teringat-ingat kan? Kalau takde teringat2 tu kira sementara lah kan. hahaha.

Boleh tak aku kata kalau orang yang betul, datang pada masa yang betul, dan memang ditakdirkan untuk aku so nanti automatik 2 mende tu takda dalam kepala? Bleh? Hahaha mungkin ye lah kan.

Monday, October 31, 2011

Perasan tak?

{image deleted }

hahahaha! Kbai!

p/s: Ada sebab yang mencetus di sebaliknya.

Sunday, October 30, 2011

Rokok vs Skyline

Sepasang kekasih di kedai makan.


GF : u tau x rokok ni blh wat u cpt mati?
BF : mane ade. Jodoh ajal maut semua kat Tuhan yang tentukan...
GF : hmmmm...berapa banyak u habiskan duit untuk rokok?
BF : satu kotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling...
GF : satu hari satu kotak. seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200... u mule isap rokok bile???
BF : pandai math u ni...dri tingkatan 2. kenape?
GF : skrg u punye umo 24. 24-14=10..
and then RM25,200 darab dengan 10 dapat RM252,000! Banyakkan yang u dah bazirkan dlm tempoh 10 tahun.
BF : so? I ade mintak duit kat u ke nak beli rokok? Tak adakan?!
GF : memanglah takde tapi kalau u tak merokok and u simpan skrg u dah boleh
beli Skyline ke... Evo ke...Subaru ke... semua boleh!
BF : u isap rokok x yang?
GF : Tak yang...kenape tanye mcm 2?
BF : kalau u x isap rokok mcm i...mane Skyline u?
GF : !4#$%^&*

HAHAHAHA. XD

sumber: FB

Tuesday, October 25, 2011

So What

Ada ke bos aku ingat aku nak impress dia.

"Ko takyah nak impress aku la, client tu yang ko kene impress, bukan aku"


Like seriously? Puhlisssssssssssssssssssssss! Tak koser ok aku nak impress2 orang ni. Pastu dia komen pasal aku ber-FYI dengan dia. Eh eh salahkah??? Tak paham aku. Bukan biasa ke FYI ni??? Eeeeeiii tolong la.

Alkisahnya client (Shell yg banyak karenah tu) tanya, camne aku buat dengan sample tu sebelum test dengan instrument. Dia tanya bos aku, memandangkan aku yang buat test tu maka aku tahu la aku buat camne kan. Aku reply kat bos aku (tak cc kat client pun! Just cc bos T je). Aku btahu la sample tu macam ada wax sikit (padahal condensate, tak sepatutnya ada wax, aku pun pelik apasal sample tu gitu). Bila ada wax dia cam keras kan so aku btahu aku panaskan sekejap kat water bath around 1 minute just nak bagi ia cair je kan pastu baru test masuk instrument.

Biasa je kan explanation aku? Itupun dia ingat aku nak impress dia? WTF! Kalau aku nak impress dia, baik aku cc emel aku ke client terus kan. Aku just terangkan detail2 kat dia camne aku treat sample tu. Tu je. Then dari emel aku tu pandai2 la dia jawab dengan client kan (like how bos T did it previously). Apa kene mengena impress2 ni?

Dia kata aku nak impress dia sebab aku bagi detail2 siap dengan mention suhu aku panaskan dan siap btahu berapa lama aku panaskan. Dia kata mana ada dalam method mende2 yang aku cakap tu. Salah plak aku bagi detail2? Dengan dia je pun bukan dengan client.

Nak je aku menjawab "Laaa, ayat tu aku just nak terangkan apa yang aku buat dengan sample tu. Asal, ko rasa ayat tu ko rasa aku nak impress ko ke? Tak koserrrrrrr"

Aku salah sebenarnya, silap sebab tak btahu dia dulu sample tu keras bla bla, pandai2 buat sendiri. Tu yang dia tegur aku tu. Perli2 aku buat ayat bombastic padahallll salah buat. Tapiiiiiiiiiii aku dah biasa dapat sample camtu dan BIASANYA takde cara lain melainkan kene heat dalam water bath. So apa masalahnya wahai bos????? Kalau btahu client awal2 pun dia akan suh panaskan gak. Apa2 pun sample ada lagi. Boleh re-test kalau nak.

Pastu dia kata kalau apa2 jadi dia yang kene menjawab kat client nanti. Pastu dia kata "Nanti ko tengok la aku reply camne nanti"

Bos KL ni kan, sukaaaaa sangat mempebesar-besarkan satu isu macam nampak aku salah gila2! Bos T, rilek je. Tau2 je dia yang reply kan ke client ok (eh, bos KL kata dia yang akan reply, takde pun?). Takde pun bos T call2 aku pun, takde bebel2 kat aku pun. Jumpa aku langsung tak bercakap pasal mende ni seems like, benda kecik takyah kecoh2 gitu. Ni aku suka dia ni. Aku rasa dia seorang yang tak suka memberatkan kepala dengan masalah, berbeza sangat dengan bos KL. Bos KL, kalau anda terus begini, anda akan tua sebelum waktunya. Huh!

Tp bos KL ni kalau tegur aku macam ada trik sikit (aku baru perasan lepas refresh2 balik). Lepas dia bebel2 kat aku mesti last2 di akhir percakapan dia akan macam cakap lembutttttttt je macam errr pujuk? hahaha. Ayat nak manis. Gitulah lebih kurang. Sebab dia marah2 camne pun mesti aku macam takde marah sangat kat dia. Aku rasa biasa. Adakah begini style dia bercakap dengan pompuan? Bak kata diya, sweet talker la katakan.

p/s: Sejurus lepas dia abis bercakap dengan dia dalam call, aku terus cek emel sent item, terus aku delete emel yang aku antar kat dia tu (selalunya aku jarang delete sebab saje simpan). Eiiii geli bila memikirkan ayat aku tu dia kata aku nak impress dia. Yekkkk, geli2! Tak ingin ok nak impress dia. Daripada impress dia baik aku impress client ada gak paedahnya. Takpun baik aku impress bos atas lagi yang menentukan kenaikan gaji aku. Tapi memandangkan aku tak reti nak impress orang soooooooo tak payah! Hahaha. Serius okeh aku tak pandai nak 'kipas bontot orang'.

p/s: Masa dalam area kul 5 petang (waktu balik) aku ada dalam bilik analysis lagi, belum balik. Tetiba terpacul muka bos T kat muka pintu sambil angguk kepala+menunjukkan isyarat ibu jari kanan----> yang membawa maksud. 'Everything ok?'. Aku jawab dengan menganggukkan kepala tanda 'OK!'. Pastu dia dengan muka serius+takde perasaan tu dia lambai2 tangan buat isyarat tangan bubye kat aku yang membawa maksud 'Balik dulu eh'. Aduyaiiii lawak gila, aku takleh tahan tergelak depan dia. Aku citer kat kawan aku, berdekah-dekah kitorang ketawa. Macam kartun la bos T ni! hahah.