Wednesday, December 7, 2011

Misteri

Kenapa makin hari makin suka ni? Arghhhhh.

Tambah2 bila dia keluarkan ayat "Berkenan tak?" sambil tunjukkan jari ke arah dirinya sendiri sambil pandang tepat ke arah mata aku. Mungkin dia bergurau (masa tu ada 2 girl lain kat situ) tapi tergamam haku. Hanya mampu senyum (sebab fikir dia hanya mengusik)

Dia macam ada aura. Tuhan, tolong lenyapkan aura ini

"Jumpa dah boyfriend kat sini?"
Straight giler dia tanya!!!!

Nak je aku jawab 'Belum. Kenapa? Nak tolong carikan ke?' tapi memandangkan ada lebih kurang 10 orang kat situ maka aku perlu rasa malu hanya mampu gelak sambil disambut kata oleh orang lain "Kau ni pun, tanya open2 depan ramai orang. Itu kene tanya personal2 la"

Sunday, December 4, 2011

Tweet attention seeker.

Aku kan tak suka tweet yang ala2 attention seeker. Contoh

'Sape suka Aaron Aziz sila RT.'

Tu takpe la, walau kita suka pun kita tak RT, apadehal kan. Suka hati la nak RT ke tak.

Ni yang tahap ala2 memaksa. Tahap kritikal. Contoh.

'Sape Islam sila RT.'

Attention seeker ok? Suka la kot berpuluh RT dia dapat.

Tweet ni ala2 kalau tak RT so tak ngaku Islam la kononnya.

Yes aku mengaku aku Islam tapi aku taknak RT , so what?

*emo tetiba*

Friday, December 2, 2011

Way to go



Tadi kan sharing2 dengan bos pasal satu benda (berkaitan suasana kerja&orang2 kat sini) sambil2 tu selit la pasal bos KL. Tanya dia confirm ke bos KL nak berhenti. Dia kata memang confirm. Huaaaaaa nak nanges!!! Huhuhu. Aku tanya kenapa dia kata ada la hal personal (tapi aku dah tahu kenapa, dari sumber2 yang dipercayai). Pulak tu bos ni bukak satu rahsia salah satu sifat kebaikan bos KL tu. Lagi laaaa rasa nak nanges!

Pastu dia selit2 tanya aku ok ke berbos dengan dia. Dia suruh terus-terang kot2 ada yang tak puas hati. Camne aku nak cakap. Langsung takde rasa tak puas hati ke apa. Instead aku ter-cakap statement ‘bos paling baik di antara bos2’. Wahhh terpuji depan dia sudaaaa.


Bos saya kan.. Sangat cool. Sangat sopan. Sangat baik. Sangat bertimbang rasa. Sangat bertamadun. Eiiii rasa nak puji satu perenggan. Aku rasa kalau berbos-kan dia, keje 10 tahun pun haku sanggup!

Tapi bila bos lain nak konker aku, aku rasa macam aih apahal ni. Dia tak tahu keje aku macam mana, tiba2 nak tunjuk kuasa plak pekes kan. Orang2 macam ni yang buat aku nak resign cepat2 ni. Bukan aku je, kawan aku ni pun! Tapi kitorang aim nak dapat IKM dulu before resign. At least resign dapat something la, tak rugi kan. Way to go!

Tuesday, November 29, 2011

50-50

‘Eiii tolongla bos yang ni berhenti kerja pergi tempat lain cepat2.’

Ayat ni berlegar-legar dalam kepala aku sepanjang kat sini, tapi bila ianya betul2 terjadi, aku tergamam!

Khabar2 angin selalunya betul. Dia hantar surat resign semalam!

Sepatutnya dia nak bagi 24h notice tapi orang KL pujuk2 so sebulan notice.

Sepatutnya aku happy kan. Tapi asal aku rasa macam sedih? Huhu…

Entah. Anggap sahaja ianya rasa kehilangan.

Dia tu walaupun mulut celupar tak hengat (dia sendiri cakap eh, self-proclaim) tapi ada certain2 benda dia bagus. Entah, susah la nak cakap. Kiranya dia ni slack tang mulut celupar, tu je, lain2 semua ok sangat.

Tu kot yang membuatkan aku rasa sedih.

Technician aku pun kata gitu (tak sangka dia pun bereaksi begitu, aku ingatkan aku sorang je yang rasa camtu)

“Boss, jangan marah pulak, just nak tanya je, dengar2 cerita nak berhenti. Trkjut dgr. Betul ke?”

1 minit, 2 minit, 1 jam, 2 jam senyap, mesej tak berbalas sampai sekarang (dia jenis yang akan balas mesej immediately punya type)

Agak2 dia marah ke aku mesej gitu? Berani plak aku bagi mesej gitu kan.Lantak la. Janji aku nak dia tahu yang aku tahu.

p/s: Orang yang aku maksudkan dalam entri sebelum ni ialah dia. See betapa menyampah tahap dewanya aku terhadap dia? Nape tah rasa macam tak berapa happy bila dengar cerita dia nak berhenti.

Monday, November 21, 2011

Cakap tak guna otak


Eiii susah la nak berhadapan dengan orang yang bercakap tak guna otak ni. Sakit jiwa layan orang macam ni.

Bodoh bodoh bodoh. Rasa nak cakap kat dia camni. Aaaaaa. Kalaulah boleh!

Nasib baik la dia sorang je macam tu. Kalau lah ada 2,3 or sepuluh orang macam dia, aku rasa aku dah boleh masuk hospital mental.

Ya Allah, kurniakan kesabaran buat aku.

Eh dia ni macam tak sedar diri ke. Tahu ramai orang tak tahan dengan dia, tak tahan dengan mulut dia tapi mulut masih tak reti-reti nak kawal.

Tak pernah2 aku jumpa mulut macam.... Ya Allah, Dia je yang tahu.

Eiiii tolong lah sedar diri sikit

Eiii tolong la faham


Sunday, November 6, 2011

Aura

Agaknya orang yang mulut manis (pandai bercakap) + ada gaya ni macam ada 'aura' untuk menarik orang kan. Even lelaki pun boleh 'tertarik' (bukan tertarik secara gay, tapi akui yang orang2 macam ni ada 'aura') apatah lagi perempuan kan.

Walaupun kita kata takkan takkan takkan tapi berkemungkinan ia akan masuk secara perlahan-lahan, secara tak sedar, tambah2 lagi kalau hati sedang 'kosong' belum dihuni sesiapa.

Oh Tuhan, jauhkanlah hati aku daripada 'tertarik' dengan orang2 yang mulut manis tapi ternyata dia BUKAN jodohku. Sungguh lah membazir masa. Aku taknak hati aku 'dijajah' oleh orang yang salah dan bukan pada masanya.

And to that person, takyah tarik perhatian aku bleh? Kalau sekadar suka2, buang masa ok.

Friday, November 4, 2011

Semalam 3/11/11

Semalam...
3/11/11...
Seorang rakan baik menceritakan kisah cinta dia yang tak kesampaian (as from now).
Sebak, sebak sangat.
Sebab kisah mereka bermula masa kat uni, dan aku ikuti kisah mereka sejak dari detik pertama lagi.

Pastu kan pastu kan. Tetiba je aku rasa
Mesti best kan, to be someone special to someone others =)
I mean, a man. Wakakaka ;P

Sebelum ni kan, berlambak dah baca kisah cinta sweet tahap diebetes , tapi sikit pun macam tak berapa terkesan. Tapi tetiba semalam 3/11/11, tetiba rasa macam lain. Adakah sudah tiba masanya?

Aku selak balik2 kisah aku dengan lelaki. Macam tak ada. Muahahahaha. Pathetic tak? ;P

Betul la. Aku tak pernah menjalinkan hubungan perasaan dengan mana2 lelaki pun. Even cinta monyet ka skandal ka memang takda.

Sebab apa?

Aku tak pernah bagi peluang kat orang. Sikit pun tak bagi peluang sebab awal2 aku dah letak barrier/cut maka orang2 tersebut tak jadi nak masuk line lalu pergi meninggalkan aku.hahaha. Pastu kan, kalau yang katanya nak berkenalan dengan lebih rapat (apakah? haha) terus aku rasa macam allergic/geli2 an tau, tak tau kenapa.Bukan memilih tau tapi dengan semua pun rasa camni. Ada sape2 bomoh aku ke supaya rasa macam ini dengan semua orang? hahahaha*joke*

Aku rasa macam

1) Aku ni perempuan gatal kalau bagi response? Aiyoyoyo. You need to go counseling session nadia.

2) Adakah aku ni dikira layak to be with someone else? Special to someone else? Seriously? Terasa malu. hahaha. Kelebihan apa je la yang aku ada. Cantik/comel? Berlambak je perempuan cantik/comel di luar sana. Nanti dia jumpa orang yang dia rasa lebih cantik, mungkin dia akan meninggalkan aku. Bijak? Heh klako2, tang mana bijaknya oiii.Nanti dia find out aku ni tak bijak, dia mungkin akan meninggalkan aku. Kemudian apa lagi? Semua2 la. Rasa macam aku ni just another girl takdak pape pon.

Peluang. Heh. Poyo je aku kata bagi peluang tapi mesti 2 benda ni akan muncul dalam kepala aku.

Kalau suka 'lain macam' pernah la jugak kat sorang ni. Tapiiiii telah hilang ditelan waktu. Aku suka sebab ensem je (hidangan mata) sebab tu ianya sementara kot. Aku anggap ianya sebagai 'perasaan sementara'.Sebab kalau suka bebetul mesti ada teringat-ingat kan? Kalau takde teringat2 tu kira sementara lah kan. hahaha.

Boleh tak aku kata kalau orang yang betul, datang pada masa yang betul, dan memang ditakdirkan untuk aku so nanti automatik 2 mende tu takda dalam kepala? Bleh? Hahaha mungkin ye lah kan.