So apa perasaan nadia? Lelaki yang kau beria-ia suka tu dah nak kawen? Tak lama je lagi.
Alhamdulillah. Hehe.
Takpe lah kan. Akhirnya dia bertemu juga pilihan hati yang dia pilih untuk hidup bersama for the rest of his life. Walaupun org itu bukan aku :)
Mixed feeling sebenarnya. Mungkin mengenangkan dia orang yg aku pernah suka. Tapi aku tak pernah mahu lawan takdir Allah. Dan deep inside aku percaya yang aturan Allah adalah yang terbaik untuk aku dan untuk masa depan aku. Terima kasih Ya Allah kerana melaksanakan takdirMu dan telah menunjukkan kepadaku.
Ternyata aku lebih layak dengan orang lain. I was wondering who is him? =)
Orang kata dengan kehilangan baru kita akan bertemu dengan diri kita yang selama ini kita cari. Mahalnya harga untuk akhirnya berjumpa dengan diri sendiri kan?
Dulu aku pernah sangat berharapkan sesuatu. Sangat. Tapi Allah tak kabulkan permintaan aku. Aku agak frust indeed. Tp deep inside aku percaya Allah ada perancangan terbaik untuk aku. Sehingga lah Allah hidangkan aku dengan pilihan itu. Aku berdoa tapi kali ini dengan pengharapan yang aku rela Allah tak tunaikan perkara itu. Rela akan kehilangannya. Perkara yang untuk bermimpi pun aku tak sanggup apatah lagi untuk terlintas. And surprisingly, I got it. Masa tu la bertambah keyakinan dengan kuasa Allah.
Dan ada lagi satu peristiwa dalam hidup aku yang paling buruk pernah terjadi. Yang menyebabkan aku rasa kenapa la aku kene hadapi semua ini. Sehingga la Allah nak tunjuk hanya kerana peristiwa ini, doaku bertahun-tahun telah dimakbulkan. Hanya kerana ia peristiwa paling buruk dalam sejarah hidup aku. Paling buruk. Hanya dengan itu, doa ku dimakbulkan. Aku punya berharap la trhadap doa itu, sehingga aku sanggup Allah tak tunaikan permintaan aku in future. Aku sanggup jika itu harga yang perlu dibayar. Boleh nampak betapa tingginya pengharapan itu. Allah telah nyatakan yang itu adalah hak dia dan dia berhak beri kepada sesiapa yang dia kehendaki. Justeru, siapa lah aku untuk memintanya. Meminta bagi pihak orang lain pulak tu. Terasa kerdilnya diri aku untuk Allah pandang doa aku. Namun bila kun faya kun, itulah yang terjadi. Allah kabulkan permintaan aku beserta harganya sekali. Mahal harganya. Dan aku terima dengan berbesar hati kerana itu yg aku mahukan. Terasa di setiap urat nadiku terhadap kekuasaan Allah yg maha agung. Maha memberi.
Dengan keyakinan dua peristiwa ini sebenarnya yang membuatkan aku accept everything yang datang dalam hidup aku. Buruk atau bahagia.
:)
P/s: Pelik kenapa aku mcm x sedih je. Its either aku dah lama bersedia atau aku jenis yang accept everything.
No comments:
Post a Comment