Ok bila terbaca komen diya kat entri lepas baru aku macam terhantuk dan tersedar dan terfikir. Ok did he likes me? Sebab seriously before ni aku ingat segala kata2 dia adalah gurauan, tak expect langsung.
Bila menggoogle 'He likes me' (see betapa bodohnya aku tak tahu sampai kene menggoogle), most of the sign memang ada. Aaaaaa rugi tak tahu awal2. Yg bawah ni aku cerita skit2 benda lain yg aku tak pernah cerita
1) Dia sangat suka berdiri rapattttt sangat dengan aku (ok, aku tak pernah cerita ni dalam blog kan.huhu). Dengan orang lain takda pun, paling2 borak2 gelak2 je. Kadang2 kalau nak sampaikan sesuatu cerita (konon2 macam rahsia la kene bisik2) tetiba aku tersedar apasal rapatttt sangat muka kami (beza sejengkal!). Tapi sebab masa tu aku takde perasaan pape, sumpah tak rasa pape. Debar2 ke apa memang takde. Paling kelakar, sekarang baru aku tersedar yang time tu kitorang dalam bilik aku (satu bilik kecik dalam lab aku) dan takde orang pun dalam bilik so apa purposenya nak bisik2? Setakat dalam bilik, tutup pintu je takde orang dengar pun kalau cakap perlahan.
2) Kalau aku kata sesuatu yang nice, dia kata "Ko nak menggoda aku ke apa ni?*sambil senyum sengih*" Masa tu aku gelak la. Bila masa plak aku menggoda dia. Aku sedang memujuk dia untuk bersetuju tentang sesuatu (setakat cakap "Boleh la boleh la. Boleh eh?" dan senyum, nak minta tolong mesti kene senyum. Tu je? Menggoda plak camtu?) . Tu belum lagi aku 'goda' betul2. Kalau aku datang kat tempat dia nak berborak-borak (baru sekaliii) dia kata "Kenapa tiba2 nak bermanja-manja dengan aku ni Nadia? *sambil senyum sengih*" Lawak gilaaa. Tyme tu aku gelak la sebab lawak. Baru sekali dan 1st time gi kat dia. Padahal dia hari2 datang tempat aku berborak sehari 10 kali kira dia nak bermanja-manja dengan aku la?
3) Ni habit dia yang aku paling pelik sekali dalam banyak2 menda pasal dia. Kalau tengah duduk rilek2 tu, dia suka temukan/sentuhkan perlahan-lahan hujung kasut dia yang bahagian depan tu dengan hujung kasut aku yang bahagian belakang SAMBIL SENGIH-SENGIH .Bayangkan2. Mula2 tak sedar (sebab perlahan kan) lama2 rasa eh eh ada orang main kaki aku rupanya. Ada sekali tu aku macam marah la (tak act marah cuma 'garang' sket) tanya dia kenapa dia suka tolak2 kaki aku ni. Kali pertama dia buat, aku tanya dan dia jawab 'Kasut ko macam nurse'. Kali kedua aku tanya (masa tu tukar kasut lain dah,dah tak macam nurse dah), dia kata 'Geram. Besar sangat' (kasut aku kan saiz 8). Erkk alasan tak relevan. Ada sekali tu dalam bilik meeting, kitorang duduk sebelah2, dia buat lagi. Selalu aku biar je kan (sebab bila aku sedar dan tanya dia stop). Tapi kali ni aku terus tolak kaki dia balik pastu kaki kitorang macam mana tah macam berlawan kaki la saling tolak menolak kejap (mungkin dia terkejut 1st time aku tolak kaki dia balik), pastu bila stop tu aku sound "Tau la kasut ko mahal, nak tolak2 kaki orang plakkkk", dia? As usual gelak je tau! Sesungguhnya dalam banyak2 habit dia ni, habit ni paling aku pelik sekali. Paling tak boleh blah, masa hari last dia keje tu, selalu dia main tolak2 je kan tapi kali tu dia berjaya tanggalkan sebelah kasut aku (dari kaki aku) dengan menggunakan dua kaki dia (ok tak payah bayang). Pastu kan dia macam tau2 je aku nak 'bantai' dia dengan file besar yang sedia ada kat tangan aku ni kan, terus immediately dia lari lintang-pukang keluar dari bilik aku takut kene 'bantai' punya pasal. Adoyaii yang ni paling tak boleh blah sekali. Motip je dia ni kan! Macam budak2 pun ada jugak!
Dia memang suka kacau benda tah pape dengan aku. Ada sekali tu aku tengah baca google reader. Mesti la nak rahsia skit tak nak dia tahu blog apa yang aku baca (sebab salah satu senarai itu adalah blog dia wakakaka). Aku minimize la sebaik sahja nampak dia masuk bilik. Pastu dia nampak kan, boleh plak pi amik mouse aku nak bukak balik. Tanpa berfikir panjang aku rebut mouse dari tangan dia dan tarik tangan dia dari mouse tu cepat2! Nasib baik masa tu aku pakai sarung tangan (glove sebab aku kan keje lab). Dia? Gelak puas ok! Taktau pasaipa.
Disebabkan tahpape ni, aku selalu 'marah' dia, sebab dia slalu usik aku kan. Sebab tu dia kata aku garang dengan dia.
3) Dia pernah mengaku direct kat aku yang dia sedang 'flirt' dengan aku. Masa tu aku macam ingat dia bergurau, aku gelak je la. Nasib baik aku tak tanya "Flirt tu macam mana eh?" mamposss. Hahaha. Serius masa tu tak tahu kalau flirt tu macam mana untuk orang yang suka gurau cam dia. Most of the time aku ingat dia gurau instead of flirt. Rupa-rupanya macam betul je sign2 dia try flirt dengan aku tu. Bodohnya aku tak sedar orang tengah flirt dengan aku! How naive T___T
Dua perkara yang menghalang aku daripada berfikir dia suka aku
1) Dia cakap dia suka attitude aku. Tapiiiiiiiii dia pernah kata aku resemble adik dia. Perangai sebijik macam adik perempuan dia. So aku rasa dia anggap aku adik dia. Dah la cakap aku-kau. Bangang bodo pun ada kengkadang, takkan leh rasa special2 plak T____T (takleh imagine)
2) Dia pernah cakap pasal perempuan lain kat aku T____T. Dia kata dia cerita kat adik dia yang dia dah jumpa someone tapi umur lagi muda dari adik dia (adik dia 26), dia tanya adik dia tak kisah ke dapat kakak ipar lagi muda daripadanya, adik dia kata tak kisah. Bila aku tanya sape, dia cerita budak kat U** tengah final year sekarang. Masa tu aku macam frust sikit sebab masa tu baru sedar dah suka dia sikit (sebelum tu memang sumpah takde perasaan). Ni yang menghalang aku dari suka dia terus-menerus. Aku teka perempuan ni yang dia kata 'cantik' bagi dia tu T____T
3) Dia suka sangat bergurau dan terlalu banyak bergurau dengan aku sampai aku tak tahu bezakan yang mana satu gurau, yang mana satu betul T__T . Pernah sekali aku bagi ayat tu kat dia, dia kata "Sedih gila ayat ko...". Sape suh banyak main sangat kan. Atau memang dia saje2 flirt dengan aku tanpa ada2 apa special feeling.
Dear Mr. A, u make me fall for you then u senyap macam tu je eh? Wahh senangnya idop, kalau tau awal2 aku pangkah ko ok. Kata nak kawen dengan aku? Ko senyap lama2 aku kawen dengan orang lain. Lantak kau lah. Kbai!
2 comments:
memang naive betul nadia ni (_ _")
mungkin sebab korang dua macam berkawan ala2 gangster sikit, itu yang nadia susah nak beza mana satu dia gurau mana satu tak kan. takpelah, nanti kalau dia datang cari nadia, cuba tanya terus terang kat dia. kalau masing2 masih suka sama suka, terus terang je. ada jodoh tak kemana nya ;)
huhu part nak tanya tu yang berat tu diya. Sama ada tanya secara gurau atau serius, tu yg tengah pikir tu. Or tak tanya langsung...huhuhu. Tak reti T___T
Post a Comment