Thursday, January 26, 2012

......

Nadia ko kat mana?
Erm...Dalam kereta.
Fuh...Best korang kat sana kan. Best *** kan nadia? Boleh masuk lambat, keluar awal (padahal 5:30 dah time tu, saje je dia ni nak bahan aku)
Hermm..ok je.
Nadia, minggu depan aku datang sana. Make sure ko available minggu depan.
Hari apa?
Apasal ko nak tau hari apa plak? Hari-hari aku ada kat sana. (ayat ni buat aku tergelak jap)
Tanya jeeeee. Tak boleh tanya ke?
Make sure ko ada. Banyak benda nak discuss. Ko jangan mengada-ngada nak cuti la apa la. Ko duduk dengan aku je minggu depan

Layankan aje lah dia ni. Aaaaaa aku kene bersedia!

3 pagi

Tadi cerita kat technician aku pengalaman aku stay keje straight sampai 3 pagi tu. OT 10 jam ok! Bukan keje, ot. Campur waktu kerje means aku kerja straight 18 jam! Rehat tengah hari pun aku skip, aku cuma amik masa kurang dari 1 jam untuk makan malam sebab aku tau kalau aku skip gak makan malam, mesti aku pengsan. Memang gila arrr, jalan turun naik tangga pun terhuyung-hayang ok bayangkan! Kalau betul jatuh camne? Aku cakap ngan dia, kalau apa2 jadi kat aku nanti atau akan datang, cari dia dulu!

Aku cakap ngan dia jugak, kalau apa2 jadi kat aku, pengsan ke apa ke, kalau jadi hantu ke, orang yang aku cari dulu ialah Boss KL aku tu dan aku nak menghantui dia sampai la aku rasa puas.

Terkekek-kekek technician aku tu gelak.

Act aku bukan keja kejar dateline sebab nak bercuti pergi USS tu sebab kalau ikutkan aku boleh je pass keje tu kat technician aku keesokan hari suruh dia sambung tapi nak buat macam mana dah boss aku bagi arahan macam mandatori suruh siapkan hari tu gak so aku terpaksa la kan.

Lagi

Mereng betul boss T aku ni. Dia buat lagi tadi. Hantar emel ke emel orang lain, guna nama aku (sebab aku setting default kan). Awal2 aku dah warning, "Haa haa tukar nama dulu, jangan nak guna nama orang lain" pastu dengan sengih2 selamba je tekan 'send'. Serentak aku tepis tangan dia tapi tak sempat sebab dia berjaya tekan 'send' tu. Sengih2 je dia. Tau emel tu dia tulis apa?

"I luve u sayangggggg"

Terus aku hantar kat orang tu "Emel tuboss yang hantar, bukan nadia". Tercemar nama aku. Adoyaiii sabo je laaaa

Wednesday, January 18, 2012

Berikan kekuatan

Geramnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Geramnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Memang gila dia ni. Memang gila.



Aku penat layan karenah kau ni tahu tak.
Aku penat la nak layan mulut kau ni, tahu tak.

Penat la nak meneruskan hidup dengan adanya orang pelik macam kau ni. Tapi aku taknak pergi dari sini. Aku taknak mengalah. Ye, aku ego, itu kau perlu tahu. Aku taknak nampak aku lemah.

Habis tu macam mana?
Boleh tak tetiba je aku terhilang dari dunia ni tanpa diketahui kat mana.
Boleh tak camni je?

Ya Allah, berikan aku kekuatan.

Monday, January 16, 2012

Bahasa

Technician aku tu orang Terengganu and bahasakan diri dia 'hamba' masa cakap dengan orang lain. Pastu boss aku yang kat KL tu suruh sampaikan kat dia

"Cakap dengan dia jangan nak hamba2 la. Guna bahasa formal sikit. Hamba-hamba, ni haaa beta nak bertitah ni"

Cam siot je perli kan? Tergelak besar jap aku. Aku cerita la mende ni kat Technician aku tu, dan seperti yang dijangkakan dia pun tergelak besar (kuat giler gelak) sambil cakap apa tah like 'cam siot je' tapi bahasa Terengganu kot. Sbb siot2 ni cam KL slalu guna kan? hahaha aku pun tak tau.

Sebenarnya boss aku dengan orang lain guna aku-kau or aku-mung je. Tak la formal mana kan??? Aku rasa sebenarnya boss aku tu tak suka/tak selesa kot bahasa hamba2 ni tu yang dia cakap gitu, sebagai alasan je. Tambah2 dia jenis yang mulut lepas.

Pernah jumpa orang yang mulut laser at the same time melawak??? Boss aku ni salah satunya. Kalau borak dengan dia, ada je benda yang dia cakap aku gelak. Ada tu kadang2 macam rasa dia marah, tapi itu pun boleh buat aku gelak.

Aku ingat lagi detik pertama jumpa dia. Muka 'ganas' tapi memandangkan dia senyummmm je (a.k.a muka welcoming/muka manis gila) so aku rasa dia ni friendly sangat ditambah lagi dengn cara dia cakap tu. Macam good2 je. Macam manis je ayat dia+siap buat lawak sikit2. Macam friendly. Macam dihargai (tak semua orang yang interview aku sebelum2 ni, yang aku boleh rasa macam ni). Boleh kata type2 senang mengayat/senang pikat perempuan la. Adoi la. hakhakhak. Tapiiiiii bila dah kenal dengan dia baru tahu. hahaha.. Rasa macam 1st impression aku masa hari interview dulu dengan dia yang aku kenal sekarang, jauh berbeza, rasa macam 2 orang yang sangat berlainan. Hahah. Bahaya kalau dapat bf camni wooo. hak3x.

Tapi kalau sebagai boss ok. Aku ok je setakat ni, tak de plak rasa nak benti keje hanya disebabkan mulut dia je. Tapi rasa nak balas balik macam banyak kali jugak la. hahaha.

=)

Bilik meeting 11:59 pagi

“Aku ada banyak boss. Orang atas aku la. Dalam banyak-banyak boss ni,, *** la yang paling celaka sekali. Ye la, korang tau la mulut dia macam mana kan. Memang celaka la. Tapi secelaka-celaka dia, antara banyak2 boss ni, dia la yang paling banyak tolong aku kalau aku ada masalah. Orang lain tak tolong pun.”

-Mr. K

Saturday, January 14, 2012

Perubahan

Tentang bos paling besar kat sini or dengan kata lainnya Lab manager aku. Dia yang aku kenal sebelum2 ni jenis yang tak berapa mesra dengan pekerjanya. Maksudnya kalau bercakap ok je tapi TERHAD kepada benda2 yang melibatkan hal kerja je. Nada bercakap-plain. In fact, tak reti bergurau. Sebab kalau lelaki2 lain semua jenis yang kepala sengal, selalu cerita benda yang tak berkaitan hal kerja dan sikit2 nak bergurau punya type.

Tiba2 dalam minggu lepas, lab manager ni bertukar 100%. Dia tetiba menjadi orang lain. Setiap pagi dia sampai office, dia akan round 1 lab dan SAPA SEMUA ORANG (like selamat pagi ke camtu) kemudian bila balik dia akan round 1 lab lagi dan SAPA SEMUA ORANG LAGI (like balik dulu ke) which is benda yang TAK PERNAH dia lakukan selama bekerja kat sini. Kemudian kalau bercakap dia akan bercakap dengan nada yang ceria&semangat di mana dulu kalau dia bercakap, terlalu plain. Pastu dia dah tetiba macam buat lawak & start gurau2.

Dalam bahasa kasarnya dia macam dah buang tebiat.
Dalam bahasa baiknya, dia sedang berubah untuk menjadi bos yang prihatin, mesra dan disenangi pekerjanya.

Bukan aku je, semua orang pelik dengan perubahan dia. Ada yang siap perli2 dia lagi (negative). Reaksi aku? POSITIF! Walaupun nampak pelik tapi apa salahnya dia berubah kan. Ke benda yang lebih baik bukan ke benda yang tak baik. Tak baik tau diorang ni perli2 dia. Buat macam biasa dah la kan. Layankan aje dia.

Oh aku suka dia berubah. Bila dia sapa tu rasa macam dihargai. Ye lah dia bos paling besar kat Kerteh ni (dia atas lagi daripada boss aku), bila dia sapa tu rasa macam dihargai (sebab selalu pekerja yang selalu sapa boss ni terbalik).

Teringat dulu, aku tak suka dia atas sebab tertentu. Bila aku bandingkan dengan boss KL, bagai langit dengan bumi! Tapi aku perasan sekarang ni dia cuba jadi prihatin/mesra dengan pekerjanya. Dia macam nak dekat2 perangai dengan boss aku yang kat KL tu. Sebab boss KL prihatin skit kalau jumpa aku mesti tanya “Nadia, camne? Ok?”

Semoga perubahan boss lab aku ni kekal. Amin ;)